TVRSA- Suara dari langit Mengisytiharkan Imamul Mahdi

Salam semua. Kabare? Waras… ? wes mangan? Seronok betul anjang tengok anak-anak ASZ deklamasikan sajak pagi tadi. Gifted. Orang yang baru tengok spontan kata macam tu, tapi sebenarnya bonda Ummu banyak melatih mereka. Berani, hafaz, penuh gaya dan ekperasi (ejaan betul ke tak ni?) muka tampak menghayati walau hanya diberi masa 2 hari, baju matching warnanya dengan tudung. Siap dengan muzik latar. Yah dan Fah Nampak bersungguh. Zahidah tak kurang juga.tercabar peserta lelaki. Pengulas tetap Sy Zulhairi Othman ada di sebelahku, dia komen aku tukang sampaikan je. Kalau aku komen bahaya, leser. Lagipun aku bukan dari Madinah yang dapat kursus sendiri dari bonda Ummu macam Syh Zul. Ha.. suara kena keluar lagi bagi lantang, mata kena focus ke kamera, kena hafaz baru ada penghayatan, kena gincu dan bedak bila shooting nanti… begitulah antara komen-komen Syh Zul, aku yang sampaikan… macam program realiti. Untuk apa semua ini? Apa lagi kalau bukan untuk

TV RSA, SALURAN ROH SUCI DAN SEKS SUCI ISLAM.

Senjata terkini RSA untuk berperang dengan yahudi.

RSA korang semua tahukan? R untuk Rasulullah saw, S untuk Saidi Syeikh Imam Mahdi, A untuk Abuya.

Sampel TV RSA

Bagi yang tak tau la, sebab blog anjang ni macam-macam orang baca. Maaflah kalau ada short form. Bercakap tentang Imam Mahdi ni, teruja anjang. Sebab dari kecik lagi (orang arab kata min nu’umatil azfari) dah biasa mendengar cerita tentang Imam Al Mahdi. Kebetulan rumah anjang kat Kampung Tengah Bakri Muar tu dekat dengan rumah Faqih Zaid. Pernah dengar semasa dia mengajar cerita tentang Imam Al Mahdi. Ketika itu, semangat nak perang sebab tengok, orang kafir je menang kalau perang. Orang Islam tak pernah menang. Kena jajah aje. Masa tu masih di sekolah rendah. Bila dengar ada hero Islam yang akan menang mengalahkan orang kafir, teringin nak jadi tenteranya. Apalagi bila masuk sekolah Arqam, Abuya adalah orang yang sangat memperjuangkan Imam Al Mahdi. Pernah Abuya ditanya, kan persoalan Al Mahdi ni perkara khilafiyah je, mengapa Abuya tak boleh bertolak ansur mengenainya? Abuya kata: ‘Pemimpin besar nak datang, kita diamkan sahaja. Tak buat persiapan? Ye tak ye jugak, kalau menteri nak datang sesuatu tempat, punya lah hebat persiapan. Siap reahesal  lagi. Ini penyelamat Umat Islam dan manusia seluruhnya. Malah kita yakin, Abuyalah orang kuat Al Mahdi kerana dia amat mengenali Imam Al Mahdi dan sangat bersiap menanti kezahirannya. Bila Abuya beri aku peluang belajar dan menjadi duta Jemaah di Mesir, Jordan, Pakistan dan Syria, dapatlah aku lihat banyak golongan yang menanti Imam Al Mahdi dengan pelbagai persiapan. Diantara yang anjang pernah baca ialah hebatnya Imam Al Mahdi itu, pengistiharannya terdengar adalah suara dari langit mengistiharkan kepimpinannya.

Mai kita ngaji kitab pulak kali ni…..

Daripada Talhah bin Ubaid RA, katanya Nabi SAW bersabda,

“Kemudian hari nanti akan terjadi (sangat banyak) bencana, sehinggakan orang yang berada di sebelahnya tidak sedar, melainkan dia juga turut tertimpa bersama-samanya. (Dalam keadaan yang demikian) sehingga datang hatif (suara penyeru, tidak kelihatan orangnya) dari langit yang berkata, “Sesungguhnya Amir kamu semua adalah si polan (maksudnya adalah Imam Mahdi).”

Kata Sayidina Ali bin Abi Talib KMW,

“Apabila ada seruan dari langit, “Sesungguhnya kebenaran itu berada di pangkuan keluarga Nabi Muhammad SAW,” maka ketika itu (nama) al-Mahdi mulai sibuk diperkatakan orang. Lalu umat manusia beransur-ansur mencintai al-Mahdi. Seterusnya tidak ada orang lain yang disebut-sebut lagi melainkan al-Mahdi.”

Kata tabiin RH,

“Nama al-Mahdi akan disebut-sebut oleh suara dari langit.”

Kata tabiin RH,

“Ketika itu juga terdengar satu seruan dari langit yang berbunyi, “Ketahuilah! Sesungguhnya para wali Allah itu tidak merasa takut dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Surah Yunus, ayat 62)

Kata tabiin RH,

“Di dunia ini akan berlaku bencana (yang hebat-hebat) yang mana bencana ini tidak ada kesudahannya sehinggalah datang suara seruan dari langit, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya yang akan menjadi pemimpin di bumi ini ialah si fulan. Dialah pemimpin yang sebenar.” Yang diulang sebut sebanyak tiga kali.”

Kata tabiin RH,

“Ada suara dari langit yang memanggil-manggil nama al-Mahdi. Suara ini dapat didengar oleh setiap orang sama ada yang berada di Timur mahupun di Barat, sehingga tidak ada orang sedang tidur, melainkan pasti terjaga (kerana) mendengarnya.”

Hadis mursal, sabda Nabi SAW,

“Pada bulan Ramadan akan terdengar suatu suara (di langit), pada bulan Syawal akan terdengar (pula) suara dodoian, pada bulan Zulkaedah akan berlaku huru-hara, pada bulan Zulhijjah para jemaah haji akan dirompak, dan pada bulan Muharam suatu suara dari langit akan kedengaran, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya pemimpin yang dipilih oleh Maha Pencipta adalah si anu dan si anu (Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim), maka ikutlah dan taatlah (kepada mereka).”

Dari Syahar bin Hausab RH, daripada Nabi SAW bersabda,

“Pada bulan Ramadan akan terdengar suatu suara, pada bulan Syawal akan terdengar bunyi mendodoi, pada bulan Zulkaedah mula berlaku huru-hara, pada tahun itu jemaah haji akan dirompak, dan pertempuran yang hebat di Mina yang membunuh ramai jemaah, darah akan mengalir di sana sehingga sampai ke Jamrah. Para sahabat (al-Mahdi) melarikan diri, lalu mereka berdiri di antara Rukun dengan Maqam, iaitu tempat dia dibaiat sedangkan dia tidak menyukainya. Maka mereka pun berkata kepadanya, “Kalau kamu menolak, kami akan penggal lehermu.” Maka seluruh penduduk langit dan bumi amat meredhainya.”     (Nuaim bin Hammad & Amru Ad-Dani)

Kata Ammar bin Yasir RA,

“Apabila Nafsuz Zakiyah telah terbunuh, satu suara dari arah langit akan berkata, “Pemimpin kamu semua adalah si anu dan si anu” (iaitu Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim). Berikutan itu, Al-Mahdi akan muncul dan akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan.”       (Ibnu Tawus)

Apabila Imam Mahdi heboh diperkatakan oleh orang, maka itulah tandanya Imam Mahdi yang sebenar akan muncul tidak lama lagi. Jika penduduk bumi sudah heboh mengenainya, penduduk langit juga sudah terlebih dahulu heboh memperkatakan perkara yang sama, di kalangan mereka pula.

Artikel ini adalah bagian dari buku Imam Mahdi : Rahasia Kegemilangan Umat Islam pada Zaman Modern karangan Ustaz Hawari bin Abdul Malik

Apa yang anjang nak ko orang perasan ialah banyak perkara boleh ditafsirkan atau ditakwilkan tentang suara dari langit ni. Mungkin ia benar-benar suara dari langit atau ada makna lain. Hati anjang sangat berat mengatakan ia teknologi yang sangat power kerana suara itu difahami oleh semua orang yang berlainan bangsa dan bahasa. Tapi bila TV RSA dilancarkan baru-baru ini di Mekah, siap sembelih unta dan pengenalan istana RSA dan forum. Ia dipancarkan seluruh dunia GISB. Dengan teknologi internet dan skype, semua dapat ikuti perkembangan terbaru ini. Hati anjang berkata-kata, mungkinkah ini cara Imam Al Mahdi di istiharkan bilamana seluruh dunia boleh akses TV RSA yang menerangkan system Imam Al Mahdi sebelum datang sosok tubuh beliau. Tetapi Allah tentu ada cara yang lebih canggih memperkenalkan orang-Nya kepada dunia…..

Ok jumpa lagi… tempat korang dah buat ke teater, forum, sajak dan lain-lan untuk TV RSA? Buat, jangan tak buat…….

Qasr Lubnan’s Restaurant & Swimming Pool

Jerash, Jordan.

6.42pm, Julai 6, 2011

anjangmuor.wordpress.com

Incoming search terms:

  • seruan dari langit
  • suara seruan dari langit
  • hadis nabi tentang suara dari langit
  • suara dari langit mengatakan bahwa ia adalah al mahdi
  • suara di langit mahdi
  • suara dari langit membuktikan ia adalah imam mahdi
  • suara dari langit benar atau tidak
  • Seruan dari langit imam mahdi
  • rindu imam mahdi
  • pekembangan terbaru pemuda tamim

47 thoughts on “TVRSA- Suara dari langit Mengisytiharkan Imamul Mahdi

  1. Assalamualaikum…

    Perjuangan Abuya tidak akan berakhir sekalipun zahirnya ia tiada disisi. Saya sangat yakin itu kerana banyak sangat bukti-bukti dan ujian-ujian yang mereka lalui tetapi sangat mudah mereka menghadapi dan mencantasnya. Dan yang pastinya janji Allah itu benar, Allah tidak akan pernah memungkiri janji-janjiNya.

    Saya sangat merindui kalian, moga Allah akan memberi kesempatan untuk bertemu kalian. Sudah sekian lama, pesan hanya dikirim bersama doa, rindu hanya ditahan didalam hati. Bekalan dan didikan dahulu sewaktu bersama hanya pengubat hati dan menguat jiwa.

    Amalan A.M tetap terus diamalkan kerana itu memang tidak dapat dihalang walaupun dikurung didalam pagar besi tapi hati yang mengamalkan tiada satu manusia pun tahu. Walaupun mulut berkata tidak lagi, walaupun kaki tidak mampu melangkah sejauh dulu, berexpedisi keseluruh perkampungan disemenanjung, Sabah Sarawak, Indonesia, Thailand, tapi hati dan seluruh darah yang mengalir akan terus mengalunkannya. Siapa boleh menghalang……………………………….

    Jasa-jasa Abuya luar biasa, bukan saja kepada rakyat Malaysia tapi kepada seluruh dunia keseluruhannya.

    Kebenaran itu tetap satu, tiada dua dan tiada seterusnya.
    Kebenaran itu tetap satu, tiada dua dan tiada seterusnya.

  2. Salam..Malah kita yakin, Abuyalah orang kuat Al Mahdi kerana dia amat mengenali Imam Al Mahdi dan sangat bersiap menanti kezahirannya.——–> gi mana sih?? abuya kan sudah meninggal dunia..apa maksudnya?

    • Salam…..Rasul skrg berjuang dgn Gaya Wafatnya, begitulah Kekasihnya ini… Mereka Berjuang Bersama Membangunkan Kerajaan Ajaib yg diikuti Para Ambiya dan Auliya….Abuya bukan Berlepas Dgn Rancangan Tuhan ini… tentulah sdh ada Tahapan yg dilakukan Abuya sebelum ini setidak2nya yg kami ketahui 3 Tahap Proses Abuya Mendidik Orangnya sebagai Wasilah….sehingga dpt kita DENGAR dn IKUTI arahannya..diatas itu semua ada Rahasia bagi Pengikut dn Lawan dalam mengikuti jalan KEBENARAN ini…..Berdoalah agar Kita Selamat dn Rezkikan bertemu, Wahai Tuhan jgnlah Engkau sia-siakan Keyakinan ini, bahwa kami sangat mengharapkan Engkau Mengabulkan Doa dn Permohonan kami ini berkat RSA, Aamiin…. (Abdul Muznib).

  3. Kebenaran itu apabila benar,ia akan tetap benar selama-lamanya.

    それが真の真実、
    それは永遠に真のままになります。

    सच है जब यह सच है,
    तो यह सच हमेशा के लिए रहेगा.

    Saca hai jaba yaha saca hai,
    Tō yaha saca hamēśā kē li’ē rahēgā.

  4. salam ya akhi, sy sgt berminat membaca isi kandungan tajuk saudara yg ini. justeru, sy sangat-2 mengharap kpd saudara agar dpt menyatakan sekali dengan selengkapnya status hadis-2 serta kata-2 tabiin yg dipetik itu serta dari mana kitab-2 yg dipetik darinya. sebagaimana semua pengikut aswj tahu, kitab rujukkan yang disepakati oleh semua ulama aswj adalah yg pertamanya Al-quran dan keduanya sunnan sittah, inilah tertib asjw, sy pasti saudara sbg org yg berilmu, tidak keberatan sama sekali membantu sy. WA.

    • didalam Kebenaran Meski tdk dicantumkan dari AQ dn AH, tetapi Ia adalah sebagian dari Ilmu Tuhan, untuk HambaNya ada Aqli dn ada Naqli yg harus dibuka Tabir yg Menghijab kpd Jalan Kebenaran, Mintalah agar Tuhan Mengangkat Hijab itu dgn Bantuan RSA…sebelumnya siapakah yng Memiliki AQ dn AH itu..?, Bagaimana Rupanya Akhlaknya, Perjuangannya, Sistemnya dn Kesyumulan AjaranNya…..? agar setiap Manusia Mendapatkan TUHAN Yang Tidak ada Tuhan Selain Allah….Berakhlakkan AQ & AH bukan dikaji u bermujadalah….Marilah Bersama Membesarkan dan MengagungkanNya krn Ia Cinta Agung dan untukNya carilah OrangNya Kini…..Rapatkanlah SHAF dn Barisan u Menuju PadaNya…Aamiin Wlm (Abdul Muznib)

  5. Sungguh maha hebatnya Allah yg tdk membiarkan umat-Nya di akhir zaman Ini hidup tanpa pimpinan. Janji Allah pasti benar, kita pun sekarang sedang rindu & menunggu ketibaan orang 2 gaib dari alam ROH. Syaidi syeikh Muhammad as Suhaimi Al Imamul Mahdi. Abuya imam Asaari Muhammad at tamimi Putra Bani Tamim. Dan nabi Isa Putra Mariam
    Bersama team nya. Semoga TV RSA terus Dan teyap jaya.

      • Rosak otak kamu dgn caturan yahudi dah lama brlaku ye… cara menilai kamu sama je dgn dgn org yahudi yg saya prnah bekelahi kat amerika dulu……… Copy yg sama ! Saya gi amerika, tp x jd biol, tp kamu yg mgkn x prnah pegi jd *+#%^* lak nape……..? (kita sgt2 silap bila ramai2 pegi amik ‘master in islam’, ‘phd in islam’ dll kat tgn2 laknatullah yahudi (pensyarah2 yahudi) kat amerika, england & sekutu2nya (oxford, cambrige dll). Otak kita jd cetakan yahudi tulin YG ‘BERCAKAP PASAL(BUNUH) ISLAM UTK UMAT ISLAM….!’

  6. Ulama Ahlussunnah Waljamaah tidak pernah mengatakan apa yg anda katakan…kenapa asyik2 aja kalian menunggu kedatangannya. “Putera Bani anda” itu pun tidak pernah disebut dalam Kitab2 ulama muktabar. Yang ada ialah seorang yg namanya sama dgn nama Rasulullah dan berbinkan sama dgn bin Rasulullah. Apa kaitannya Abuya kalian dgn Al Mahdi? Kalian asyik2 dgn Al Mahdi, tetapi ‘asing’ dengan kalangan para ‘habaib’ keturunan Rasulullah yg mana dari nasab merekalah akan keluarnya Imam Mahdi.. Para ulama ahlu bait (habaib) pun tidak ‘kenal’ akan ‘abuya’ anda..

    • Ni sorg lagi yg bodoh murakap…… mgkn engko hanya smpat abis muqaddam je kot…, tp kata “aku dah abis baca kitab dari zaman mula tulisan ditulis…..,- abis semua aku dah baca….!” Nmpak sgt jahilnya & sombongnya……! ( utk bgtau tuan yg murakab…, majoriti kepimpinan global Ikhwan skrg adalah lulusan2 timur tgh, klau satu kitab yg ko mintak utk nas…, seratus kitab diorg akan bagi…!!) Maaf, sstgh kitab rujukan tu ada ulama yg sgt tokoh berkokok memfitnah Abuya pun bila diberi, terkebil2 hendak membacanya……….( so……????! )

      • *Kebanyakkan kitab muktabar2 adalah dlm bahasa arab level tinggi…. Jadi, klau tak dpt baca, jgn kata tak ada…..!, -(kena cakap gini, “aku kena blajar lagi ni…, rupanya aku masih bo…..h” ). Maap zahir batin…..(warkah ini utk hero yg bkn hero tadi….)

      • Maaf, sedikit teguran utk tuan. Jawapan yg tuan bagi sgt bernas, tp bahasa yang tuan gunakan agak kurang sopan. Berakhlaklah disudut apa sahaja. Rasanya itu yg di kehendaki oleh PBT. MZB.

  7. Ini ajaran sesat mana ada roh boleh kembali,jika boleh kembali Rasulullah SAW tak suruh kita ziarah kuburnya di Madinah.Jika benar Abuya tu benar dan Ummu Jah tu benar mengapa tak mau bermuzakarah dengan para alim ulama di Malaysia ,barulah kena dengan adabnya.

      • begitulah kalau org menolak BUJ, pasti sukar menerima kebenaran walaupun pahit

    • Ummu Jah tu tak diberi peluang langsung utk bersuara. Nak muzakarrah camne? Belum apa2 dah di tuduh sesat. Canang habis seluruh dunia. Lepas tu tuduh Ummu Jah tak nak muzakarrah. Tak patut, tak patut…….

    • sape kata roh x boleh kembali ?!
      roh itu sifatnya sangat fleksibel .
      sedangkan hantu yang sentiasa ditakuti org pun, org percaya (roh jahat)
      inikan pula roh Rasulullah yang sangat suci itu, masakan tidak boleh kembali untuk memimpin umatnya !
      sudah ramai yang pernah bermimpi berjumpa Rasullah.
      itupun masih BUTA lagi !

  8. Anda semua lebih baik buat kajiselidik sendiri, siapa pencetus SEMUA syiar islam kat malaysia ni. Mee buatan islam, sapa yg mula ? Kicap buatan muslim, sapa mula buat ? Tutup2 aurat sampai berpurdah sapa buat ? (dulu budak2 arqam lah sampai kena buang U , buang kerja dll beramai2 kerana sungguh2 nak tutup aurat……….., hasilnya org mula bukak kitab balik (betul2)…., oh ada hukum purdah rupanya…(Tp mereka yg dah terlajak cakap x prnah tarik balik…, mintak maaf lg la sorri…, skrg semua org dah tau tp eksyen tuduh Abuya mcm2 lg atas apa yg mereka tak tau -mcm tak reti kenang jasa org malaysia ni….!) Kalau x krn perjuangan Abuya dah lama kita KAFIR oleh serangan pop yeh yeh, cha cha, dll dari yahudi laknatullah. Abuya lah satu2nya yg berani menentang arus perdana waktu tu beb……………! ( kepada yg x tau, pegi lah belajar lg…, di al azhar sendiri beribu jilid lg kitab ilmu2 islam yg mmbenarkn apa yg Abuya buat. Sstgh kitab tu smpai berabuk krn org x nak amik tau !!- maaf, tok guru(lacturer2) kat azhar ramai yahudi……, nape ye…?!)

  9. Kita sebenarnya anak didik yahudi utk sekian lama………….. adakah ANDA SEDAR ? Apa yg Abuya buat sgt brtentangan dgn aliran wahabi. Wahabi adalah CIPTAAN YAHUDI yg terhebat di kurun ini. Dan anda mungkin adalah penganutnya (wahabi) tanpa sedar melalui ‘ustaz2′ produk yahudi laknatullah (versi wahabi)…… Apapun ,wahabi sdg mnuju era kekalahan apabila org2 Abuya mula br’niaga’ di sana… ALLAHU AKBARRR……

  10. MARI KITA UCAP TAKBIR UTK ORG2 ABUYA YG ‘SDG MENGERUMUNI’ ASIA BARAT SKRG ini…………….( msa utk gayang yahudi sdh hampir….!) Allahu Akbarrr….!! 1000 x

  11. ulama’ zman skarng ni dh dek wibawa lnsung mcm ner nk ikut…sdang kan abuya dah ade dpn mte.. kte nk cri orng lain buat pe??abuya tu stu2nye cnt0h yg kte nk ikut…dy lah yg akn membna tapk daulah yg k-2…dylah slinan RASULLUAH.. .di zamn skrng .. mne ade org dah mcm dy skrng…cbe ckp spe lgi??? mne ade…smge rsa bantu ape yg sya ckpkani…atk…mzb

  12. Asalamualaikum… Kepada anda yg tidak mempercayai yg Roh Abuya itu akan Muncul!!! Kamu tunggu dan Lihat saja.. Janji Tuhan itu Pasti Berlaku… Di ahkir Zaman ini…

  13. Sudah pasti tak sama kerana ada dinding yg memisahkan mereka. org yg berada dlm kebenaran makin bertambah keyakinannya sedang mereka yg menentang bertambah kekafirannya…begitulah firman tuhan

  14. YaRahman….tunjukilah hamba2Mu akan kebenaran…..Rindunya pada team akhir zaman…Nur Muhammad, Sayyidi dan Abuya…. Datangkanlah segera apa yang dijanji,…kami menunggu penuh rindu..!!…Sesungguhnya Engkau takkan memungkiri janjiMu kan Tuhan ??…

  15. yang penting sekarang, kita sebagai umat Islam perlu perbaiki diri selalu…banyakkan muhasabah diri…
    Amalkan dan hayati sungguh-sungguh ajaran Islam secara keseluruhan di dalam diri, keluarga dan seterusnya dalam masyarakat…

  16. With havin so much written content do you ever run into any problems of plagorism or copyright violation?
    My website has a lot of exclusive content I’ve either authored myself or outsourced but it appears a lot of it is popping it up all over the web without my agreement. Do you know any methods to help stop content from being stolen? I’d really appreciate it.

  17. Assalammualaikum&Selawat from ana.Hi there.Err,terribly sorry for the intrusion.I would suggest U,”trade show rental” to refer to writers/authors BY PROFESSION,like @saifulislam,etc.etc.etc.They views should be more beneficial to what U are seeking,Insya’Allah.HERE,my comrades are just “sharing thoughts,experiences & disseminating informations about DAKWAH”.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam from ana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>