***Iktibar hari Arafah***

Salam ceria. Macam mana pertemuan ibu bapa, guru dengan anak-anak di kolam? Mudah-mudahan berjalan lancar. Pendidikan ni mesti ada rasa bertanggung jawab dari semua pihak; ibu bapa, penjaga, guru, pemimpin dan ahli jemaah setempat. Semua kena jadi bahu yang memikul bukan hanya mata yang memandang. Lebih-lebih lagi ibu bapa, sebab Rasulullah saw sebut: kullu mauludin yuladu ‘alal fitrah, fa abawaihu yuhawwidani… Ertinya: Setiap bayi dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibubapanya yang meyahudikannya…Rasul sebut secara jelas, meletakkan tanggung jawab kerosakan anak-anak kepada ibu bapa… Marilah kita serius bertanggung jawab terhadap amanah Allah, buah hati RSA.

Lihatlah hasil sabar Sy Hj Sahrin menjaga remaja di Telok Tenggiri, sekarang dah terbang bertugas di Jerman. Bolehlah dia tebus dosa. Dulu masa belajar di AS, bawa anak ziarah ‘maqam’ Elvis Presly… Raja Rock n Roll. La ni singgah-singgahlah maqam-maqam orang-orang Tuhan, jika ada kesempatan di Turki dan Syria. Dah dekat tu. Naik bas pun boleh. Tebus dosa bang….

Hari ni, semua jemaah haji menuju ke Arafah. Berhimpun di padang yang luas, menunaikan rukun paling utama dalam manasik haji. Sambil mengenangkan sejarah pertemuan semula nenek dan datuk kita, Nabi Adam as dan Siti Hawwa’. Setelah berpisah 40tahun, Nabi Adam diturunkan di India, Siti Hawwa di Jaddah. Berjalanlah keduanya hingga bertemu di Arafah, di atas jabal Rahmah.

Ketika anjang ke Mekah musim haji 1431, tahun lepas, sedang kami makan malam bersama di istana RSA dengan Bonda Ummu, Sy Farul, Sy Nik Hishamuddin dan lain-lain, timbul satu isu menarik. Iaitu, ujian perpisahan di antara suami dan isteri dalam perjuangan. Ketika itu Bonda Ummu jelaskan, ambillah iktibar dari kisah wuquf di padang Arafah. Kisah cinta datuk dan nenek kita. Dengan hanya melanggar 1 perintah Tuhan, dengan hanya membuat 1 kesalahan terus mendapat hukuman dipisahkan selama 40tahun. Hidup bersendirian. Menangis kesedihan. Sedangkan sebelum itu hidup berdua dalam kenikmatan yang infiniti. 1 kesalahan, 40 tahun berpisah. Bukan 40 hari, bukan 40 minggu, bukan juga 40 bulan… Tapi 40 tahun. Lama tuu. Korang dah berapa hari di kolam? Sabar naa!!! Berjalanlah sendirian hingga bertemu di padang perkenalan atau dalam bahasa Arab: ‘Arafah’… Di atas bukit berbatu-batan yang panas terik di panggil ‘jabal Rahmah’. Bukan di hotel atau Ikhwan homestay…

Cuba lihat diri kita. Berapa kesalahan yang telah kita lakukan? Berapa perintah Allah yang telah kita langgar? Berapa dosa yang telah kita buat? Kalau satu kesalahan dalam hidup berumah tangga, kita dihukum cuma dengan sehari perpisahan, berapa hari patut kita berjauhan dengan isteri demi menebusnya. Terlalu banyak…!!! Itulah perjalanan hidup orang-orang Tuhan. Penuh ujian dan pengorbanan. Hari ini, ramai di antara kita berjauhan dengan isteri-isteri teman hidup. Ambillah iktibar dari sejarah Arafah…

Di sini juga memperlihatkan perjuangan ini tak sama sekali seperti apa yang orang di luar perjuangan sangkakan. Bila kita perjuangkan SSI melalui KTS, disangkanya orang-orang GISB kemaruk seks. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ gagal memahami. Sedangkan ada diantara kita tak jumpa isteri berbulan-bulan. Oleh itu, pedulikan mereka yang mengata-ngata. Umpama kaum nabi Nuh nak kencing dan berakkan kapal, teruskan membina kapal di atas bukit. Taatlah dan yakinlah. Tuhan akan bayar keyakinanmu itu. Teruslah yakin seperti pengikut Nabi Soleh menunggu munculnya unta, walau hari sudah hampir magrib. Sepanjang hari ditangguhkan kemunculan unta hanya kerana untuk menambah ragu di hati para munafik lalu meninggalkan jemaah kebenaran. Kerana kebenaran ini mahal, suci, mulia… Tak layak disambut oleh si munafik. Ya Allah, peliharalah hati kami dari sifat nifaq.

Ok, dah sampai Suwaileh. Sarapan ala-ala Palestine/Jordan. Hummus, falafil, dujaj masywi, mukhallal dengan hubz. Sy Daud dan Sy Fateh nampak semangat nak jamu kawan-kawan khasnya Sy Mazlan supaya muta’awwid dengan makanan Arab. Meng’global’kan perut. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​. Sy Mazlan la salah seorang yang terpilih untuk berjauhan dari isteri walaupun baru seminggu bernikah poligami…Ok, jumpa lagi.

Mat’am wa Kafeteria Zayyad, Suwaileh
8.06am, Nov 5, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

 

Incoming search terms:

  • datuk bahasa arab
  • sejarah hari arafah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>