***Nabi Khidir dan ‘Ainul Hayat***

ImageSalam ceria.

Pernah sampai pada kita kisah Saidi Syeikh mencari guru rohani yang akhirnya menemukan beliau dengan seorang guru yang menyambutnya dengan pukulan tongkat, nyaris mengenai Saidi. Rupa-rupanya ia cuma ujian dari guru mursyid itu, bukan benar-benar mahu memukul. Bila khadamnya menghidangkan air, bukan diberikan pada Saidi sebagai tetamu seperti kelaziman orang Arab tetapi dia sendiri yang meminumnya, bakinya baru dihulurkan pada Saidi. Tanpa bertanya tujuan kedatangan Saidi, dimasukkan Saidi ke dalam sebuah bilik. Dikuarantinkan selama 40 hari. Pelik. Tanpa panduan, kuliah, teguran, nasihat dll. Itulah guru rohani Saidi, bertindak cara rohani. Ada sumber yang memberitahu, dia adalah Nabi Khidir AS. Ramai Syeikh-syeikh tariqat, ketika menuju maqam yang lebih tinggi, berpeluang berjumpa dengannya. Malah ada kisah menarik di antaranya dengan Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir As. Nabi Khidir adalah seorang nabi yang berumur panjang, masih hidup hingga kini. Ada rahsia rupanya mengapa nabi Khidir AS berumur panjang, mari kita baca kisahnya. Ia adalah kehendak Allah SWT terhadap hamba-Nya, mungkin ada peranan tertentu yang dikhaskan kepadanya.

Kisah ini diriwayatkan oleh Ats-Tsa’labi dari Imam Ali ra.

Kisah ini adalah salah satu dari jutaan kisah untuk membuktikan bahwa jika Allah SWT berkehendak sesuatu perkara maka akan TERJADILAH. Tak seorang pun yang mampu menghalanginya. Seperti kemenangan Islam kali ke 2 di akhir zaman akan berlaku dengan kehendak Tuhan. Tak ada siapa boleh menghalangnya.

Berikut Kisah Nabi Khidir, moga-moga ada faedahnya.

Pada zaman dahulu dahulu ada seorang raja yang gagah berani bernama Iskandar Zulkarnain. Namanya dan ceritanya ada disebut di dalam Al Quran.

Pada tahun 322 SM, Raja Iskandar Zulkarnain berniat mengadakan perjalanan untuk mengelilingi bumi dan Allah SWT mewakilkan salah satu malaikatnya yang bernama Rofa’il untuk menyertainya dalam perjalanan panjang itu.

Dialog Malaikat dan Raja Iskandar Zulkarnain.

Kerana ditemani oleh seorang (tak tau penjodoh bilangan khas untuk malaikat) malaikat, Raja Zulkarnain banyak mengajukan pertanyaan mengenai dunia dan akhirat serta isinya. Salah satu pertanyaan yang paling terkenal adalah tentang ibadah para malaikat di langit.

“Wahai Malaikat Rofa’il, ceritakanlah kepadaku tentang ibadah para malaikat yang ada di langit,” tanya Raja Zulkarnain.

“Para malaikat yang ada di langit ibadahnya ada yang berdiri tidak mengangkat kepala selama-lamanya, ada juga yang bersujud tidak mengangkat kepala selama-lamanya, ada pula yang rukuk tidak mengangkat kepala selama-lamanya,” jawab Malaikat Rofa’il.

“Aduh, alangkah bahagianya hati ini seandainya aku boleh hidup bertahun-tahun lamanya untuk beribadah kepada Allah SWT,” kata Raja Zulkarnain.

“Wahai raja, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sumber air di bumi. Namanya Ainul Hayat, (sumber air hidup). Barang siapa yang meminum airnya seteguk, maka ia tidak akan mati sampai hari kiamat atau jika ia memohon kepada Allah SWT untuk dimatikan,” kata Malaikat Rofa’il.

“Apakah engkau tahu tempat Ainul Hayat itu wahai Malaikat Rofa’il?” tanya raja.

“Sesungguhnya Ainul Hayat itu berada di bumi yang gelap,” jawab Malaikat Rofail.

Setelah Raja Zulkarnain mendengar kata-kata malaikat Rofa’il tentang Ainul Hayat itu, maka raja segera mengumpulkan para alim ulama di zaman itu lalu raja bertanya kepada mereka tentang lokasi Ainul Hayat, tapi mereka semua menjawab tidak tahu.

“Wahai para alim ulama, tahukah kalian di manakah letak Ainul Hayat itu?” tanya raja.

“Kami tidak mengetahuinya wahai Tuanku, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui,” jawab salah seorang ulama.

Di luar dugaan, dari pertanyaan Raja Zulkarnain, ada salah seorang ulama yang mampu menjawab walaupun tidak secara detail.

“Sesungguhnya aku pernah membaca di dalam wasiat Nabi Adam as bahawa beliau berkata bahawa sesungguhnya Allah SWT meletakkan Ainul Hayat itu di bumi yang gelap,” katanya.

“Di manakah bumi yang gelap itu?” tanya raja.

“Iaitu di tempat terbitnya matahari,” jawab orang alim itu.

Kemudian Raja Zulkarnain menyuruh para pengawalnya untuk menyiapkan segala keperluan untuk mencari dan pergi tempat Ainul Hayat itu.

“Kuda apa yang sangat tajam penglihatannya di waktu gelap?” tanya raja.

“Kuda betina yang masih perawan,” jawab para sahabatnya.

Akhirnya raja mengumpulkan seribu kuda betina yang masih perawan dan ia memilih diantara 6 ribu tenteranya yang pandai serta pakar perang. Nabi Khidir as adalah salah seorang di antara para tentera itu, bahkan baginda adalah perdana menteri ketika itu.

Perjalanan Mencari Ainul Hayat.

Setelah dirasa semua cukup dan siap, maka berangkatlah Raja Zulkarnain dan Nabi Khidir as yang berjalan di depan pasukan. Setelah sekian lama mencari, akhirnya mereka mengetahui tempat terbitnya matahari.

Mereka pun menuju arah terbitnya matahari tersebut.

Perjalanan ke tempat tujuan tersebut memakan waktu 12 tahun lamanya untuk sampai di bumi yang gelap itu. Gelapnya bukanlah seperti di waktu malam hari, melainkan gelap karena ada pancaran seperti asap.

Raja Zulkarnain sudah tak sabar lagi hendak masuk ke tempat gelap itu, namun salah seorang yang bijaksana mencegahnya. Para tentera berkata kepada raja,

“Wahai Tuanku, sesungguhnya raja-raja yang terdahulu tidak ada yang masuk ke tempat gelap ini, kerana ia berbahaya.”

“Wahai tenteraku, kita mesti memasukinya, tidak boleh tidak,” sanggah raja.

Oleh kerana raja bersikap keras hendak memasukinya, maka tak ada seorang pun yang berani melarangnya.

“Diamlah dan tunggulah kamu semua di sini selama 12 tahun. Jika aku kembali kepada kamu semua dalam masa itu, maka kedatanganku terhadap kalian termasuk baik (selamat). Dan jika aku tidak datang dalam 12 tahun, maka pulanglah kalian kembali ke negeri kalian,” ujar raja.

Setelah itu raja mendekat dan bertanya kepada malaikat Rofa’il,

“Apabila kita melewati tempat gelap ini, apakah kita dapat melihat kawan-kawan kita?”

“Tidak akan kelihatan” jawab Malaikat Rofa’il.

“Akan tetapi aku memberimu sebutir permata atau mutiara. Jika mutiara itu di letak ke atas bumi, maka ia dapat menjerit dengan suara yang kuat, dengan demikian kawan-kawan kalian yang tersesat jalan dapat kembali kepada kalian,” jelas Malaikat Rofa’il lebih lanjut.

Masuk ke Ainul Hayat.

Demikianlah, akhirnya Raja Iskandar Zulkarnain masuk ke tempat yang gelap itu. Selama 18 hari lamanya tidak pernah melihat matahari dan bulan, tidak pernah melihat malam maupun siang. Tidak pernah melihat burung dan binatang liar, sedangkan raja berjalan dengan didampingi Nabi Khidir as.

Pada saat mereka berjalan, maka ALlah SWT memberi wahyu kepada Nabi Khidir as.

“Bahwa sesungguhnya Ainul Hayat itu berada di sebelah kanan jurang dan Ainul Hayat ini Aku khususkan untuk kamu.”

Setelah Nabi Khidir as menerima wahyu itu, beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya,

“Berhentilah kamu semua di tempat masing-masing dan jangan memninggalkan tempat kamu semua sebelum aku kembali.”

Kemudian Nabi Khidir as menuju kanan jurang hingga beliau menemukan Ainul Hayat itu. Beliau turun dari kudanya, melepaskan pakaiannya dan turun ke Ainul hayat tersebut. Baginda mandi dan minum air sumber hidup tersebut dan baginda merasakan bahawa airnya lebih manis daripada madu.

Sesudah mandi dan minum air tersebut, beliau keluar dari tempat itu kemudian menemui Raja Iskandar Zulkarnain sedangkan Raja tidak mengetahui apa yang telah terjadi atas diri Nabi Khidir as. Wallahu A’lam. Itulah yang anjang baca dan copy dari internet. Untuk penjelasan lanjut, mungkin korang boleh cari kitab-kitab kisah-kisah Sy Ali RA.

Kisah ini membuktikan Sy Ali Ra memiliki ilmu yang luas yang ramai sahabat lain tidak memilikinya berkat khidmat yang beliau berikan kepada baginda Rasulullah SAW. Kisah ini juga memberi kita kefahaman bahawa, Allah berhak memberi kelebihan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Raja Iskandar Zulkarnain mendapat kekuasaan dari Allah. Menguasai timur dan barat. Tetapi tidak diberi umur yang panjang. Nabi Khidir pula, tak diberi kuasa sepertinya, tetapi Allah anugerahkannya umur yang panjang. Jadi yang memberi hakikatnya Allah. Ia bukan milik kita sebenarnya. Sebab itu kita dilarang merasakan kemenangan, kejayaan, kekayaan, kepandaian, keberhasilan dan lain-lain dari usaha kita. Walaupun memang usaha itu disuruh. Kembalikanlah kepada Tuhan. Kita tetap hambaNya yang hina dina. Juga jangan sangka semua orang sama seperti kita, mungkin ada orang yang tinggi imannya, mendalam takwanya di sisi Tuhan, walaupun kedudukan atau jawatannya lebih rendah dari kita. 

Ampun maaf.

Duwar Qubbah, irbid.

10.21pm, Dis 15, 2012

 

Sumber: http://zamrudhijau.blogspot.com/2012/08/misteri-rahasia-nabi-khidir-berumur.html

 

 

.

Incoming search terms:

  • ainul hayat
  • kisah nabi khidir dan iskandar zulkarnain
  • rahsia nabi khidir
  • nabi khidir dan iskandar zulkarnain
  • kisah nabi khidir dan ainul hayat
  • kisah ainul hayat
  • kisah iskandar zulkarnain dan nabi khidir
  • Ainun hayat
  • rahsia kejayaan iskandar zulkarnain
  • iskandar zulkarnain dan nabi khidir

2 thoughts on “***Nabi Khidir dan ‘Ainul Hayat***

  1. Salam,

    Kisah ini sudah diwayangkan oleh orang2 roh gelap(Yahudi & sekutunya) dalam filem fitnah mereka yg berjudul “The Pirates of Carribean” dimana mereka mencari-cari sumber air panjang umur yang letaknya di lautan hujung dunia. Kisah ini persis yang Syeikh ceritakan di atas. Dah jadi adat orang Yahudi suka cedok ilmu Sayyidina Ali r.a lepas itu kata hak milik mereka siap buat copyright atau dalam bahasa melayu disebut “hak meniru” atau “kebenaran meniru”. Meniru pun boleh dikapitaliskan.

    Mengenai kisah di atas, ada kecelaruan tarikh. Nabi Khidir a.s sepatutnya hidup lebih lama daripada Iskandar Zulkarnain berdasarkan kisah benar Nabi Musa a.s berguru dengannya. Kalau Nabi Khidir dipanjangkan umur sebab minum air itu, ia sepatunya diminum waktu zaman Nabi Musa a.s. Ataupun kelahiran pemimpin agung Iskandar Zulkarnain adalah lebih awal daripada kelahiran Nabi Musa a.s? Kalau begitu sahlah Iskandar Zulkarnain bukannya yang dimaksudkan oleh sarjana barat Alexander the Great kerana dia seorang raja yang zalim dan kejam. serta tarikhnya tak match atau orientalis buat penipuan sejarah.

    Apa-apa pun Allah yang Maha Mengetahui. Biasalah orang akal selalu akan tanya soalan macam itu untuk sahkan kisah ini, tetapi orang roh pula terima, yakin dan kupas hikmahnya macam yang Syeikh buat.

    mzb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>