***Syh Dr Muhammad Said Ramadhan Al Buti dalam Kenangan***

ImageSalam ceria. 

2 hari ni banyak baring je. Demam dengan BP 110/140. Rasa berat di kepala khasnya bahagian belakang dan pangkal leher. Nak menulis pun tak larat. Tapi berita pembunuhan Syeikh Dr Muhammad Said Ramadhan Al Buti buatkan anjang kuatkan semangat untuk menulis. Rumah GISB Syria tak jauh dari Masjid Al Buthi. Beliau guru anjang. Ketika Abuya hantar anjang berkhidmat di Syria tahun 2005-2006, anjang pernah belajar dengannya peringkat MA di bawah Kuliah Fath Islamiyah. Masa tu beliau mengajar kitab karangannya sendiri, ضوابط المصلحة في الشريعة الإسلاميّة  

Walaupun dah berumur, beliau sangat tegas ketika mengajar. Semua pelajar mesti mempunyai kitab dan akan dibaca setiap perkataan lalu dihuraikan kefahamannya. Satu persatu. Macam mengaji pondok. Mengantuk dalam kuliah adalah pantang besarnya. Ketika itu, anak beliau Syh Taufik, juga mengajar di situ. Begitu juga Syh Hasan Bugho.

Ketika GISB hantar semula untuk berkhidmat di Syria pada tahun 2011, anjang selalu berjumpa dengannya tanpa sengaja. Selalunya bila balik ke rumah di Asaduddin dari Mat’am As Sehah sebelum Magrib lalu di depan rumahnya, ketika itu beliau nak keluar mengajar, ada driver atau anaknya yang menunggu di depan gate. Kadang-kadang sempat bersalaman. 

Di hari-hari terakhir sebelum perpindahan kami ke Irbid, banyak cerita yang anjang dengar tentang beliau. Rakyat yang tidak berpuas hati dengan regim Bashar Asad mengharap Syh Al Buti menyokong mereka. Sedangkan Syh Al Buti berpendirian, tak terlibat dengan politik dan tidak akan sekali-kali menentang kerajaan dengan kekerasan. Tugas ulama adalah menasihati pemerintah. Maka apabila ramai di kalangan rakyat yang terbunuh akibat tindakan brutal tentera kerajaan, Syh Al Buti juga dipersalahkan dengan tuduhan menyokong pemerintah yang zalim. Walhal Syh Al Buti sangat pentingkan maslahat umum. Anjang dapat berita, ada yang sanggup membakar kitab-kitab karangan beliau kerana tidak puas hati dengan fatwanya.

Hari ini sampai berita kematiannya. Terbunuh ketika beliau sedang lakukan perkara yang paling beliau cintai iaitu mengajar. Ketika memberi kuliah di Masjid Iman, tak jauh dari Duwar Maisat. Berdekatan dengan pejabat Parti Sosialis Syria. Kedua-dua pihak, pemerintah dan pemberontak saling tuduh menuduh siapa yang bertanggung jawab melakukan jenayah ini. Kata Syh Hafiz yang terus berhubung dengan para simpati GISB di Syria, bom itu diletak di bawah kerusi tempat beliau menyampaikan kuliah. Turut terbunuh bersamanya 49 orang lagi dan 84 orang cedera. Tetapi bila anjang amati gambar yang disiarkan media, kerusi itu tidak hancur. Kemungkinan ada pembunuh berani mati yang lakukan adalah lebih tepat. Tetapi siapa dia? Pemberontak menafikan dengan alasan kukuh bahawa laluan ke masjid tersebut sangat dikawal ketat oleh tentera pemerintah, mana mungkin mereka sampai ke masjid tanpa ditangkap. Tapi memang tak mustahil regim Syiah lakukan apa sahaja ketika keadaan terdesak. 

Moga-moga Allah anugerahkan beliau dan semua yang terkorban darjat syahid yang diidam-idamkan oleh semua pejuang kebenaran. Seluruh umat Islam Syria sangat beruntung kerana sentiasa didoakan oleh para Ikhwan dalam setiap sembahyang fardhu mereka iaitu:

(….Akhirnya kami mengharap tolonglah menangkan Islam di Syria dan selamatkan lah hamba-hamba-Mu, yg sedang menderita….)

Tiada satu negara pun yang sentiasa di doakan khusus oleh seluruh ahli GISB kecuali Syria.

Pemerintah Syria, Syiah Alawiyah, pemberontak pula telah diresapi Ektrimis Wahabi, orang awam yang menjadi mangsa terus menderita. Apapun Islam sebenar pasti akan muncul di bawah pimpinan Imamul Mahdi dan wazir-wazirnya khasnya Al Fata At Tamimi. Islam akan menang dan tak akan kalah-kalah lagi. Ketakwaan Imam Mahdi yang sangat hebat akan melayakkannya mendapat bantuan Allah. Tanpa bantuan Allah, tak kan mungkin Agama Allah dapat di mertabatkan semula. 

Musolla Tepi Kolam, Istana RSA, Mekah.

2.59pm, Mac 22, 2013

 

SHEIKH PROF. DR. MUHAMMAD SAID RAMADAN AL-BUTI

Nama penuh al-Buti ialah Muhammad Said bin Ramadan bin Umar bin Murad Al-Buti dilahirkan pada tahun 1929  di sebuah perkampungan kecil bernama Jilika, terletak di sebuah pulau bernama Buttan menurut bahasa Kurdi  dan dikenali sebagai Jazirah Ibn Umar menurut Bahasa Arab. Pulau ini berdekatan dengan sungai Dajlah sempadan Syria, Iraq dan Turki. Nama gelarannya al-Buti adalah nisbah kepada tempat kelahirannya Buttan. Berbangsa Kurdi. Kemudian berhijrah bersama ayahnya, Mulla Ramadhan Al-Bouti ke Damsyik pada tahun 1933, ketika itu berumur 4 tahun. Ia belajar peringkat rendah di kawasan Sarojeh. Ibunya meninggal dunia ketika beliau berumur 14 tahun, lalu bapanya berkahwin lagi dengan seorang perempuan Turki yang menjadi sebab ia mahir berbahasa Turki di samping Bahasa Kurdi dan Arab. Selepas itu beliau belajar di Masjid Manjak dengan Syh Hasan Habankah Al Medani. Ketika itu beliau sudah mampu menyampaikan khutbah di mimbar masjid sedangkan umurnya belum mencapai 17 tahun. Pada tahun 1954 beliau menyambung pelajaran di Universiti Al Azhar, setahun selepas itu beliau pulang ke Damsyik setelah lulus Fakulti Syariah di Azhar dan berkhidmat di Universiti Damsyik. Pada tahun 1956 beliau memperolehi diploma Pendidikan dari Fakulti Bahasa Arab Al Azhar. Pada tahun 1965 beliau mendapat Phd di bidang Usul Syariah Islamiyah, lalu menjadi Dekan Kuliah Syariah pada tahun yang sama.

seorang ulama yang pakar dalam ilmu Islam. Beliau sangat dihormati oleh banyak ulama terkemuka di dunia Islam.

Syh Al Buthi adalah seorang ulama’ yang tidak berpolitik. Kelihatan beliau sangat menjauhi hal ini, serta menyarankan pada ulama yang lain untuk meninggalkan politik. 

1. Beliau merupakan anggota Majma’ al-Maliky untuk Penelitian Peradaban Islam di Amman.

2. Beliau juga anggota Dewan Tertinggi dari Akademi Oxford.

3. Beliau adalah anggota Dewan Penasehat tinggi untuk Yayasan Tabah di Abu Dhabi.

Di bawah adalah senarai karya-karya Al-Buthi sehingga tahun 2011 mengikut kategori:

Akidah dan Falsafah

1. Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyat: Wujud al-Khalid wa Wazifah al-Makhluk

2. Al-Madhahib al-Tawhidiyyah wa al-Falsafat al-Mu’asarah

3. Nakd Awham al-Madiyyah al-Jidaliyyah

4. Al-Islam wa al-’Asr Tahdiyyat wa Aafat

5. Al-Salafiyyah: Marhalah Zamaniyyah Mubarakah La Mazhab Islami

6. Al-Mazhab al-Iqtisadi Bayna al-Syuyu’iyyah wa al-Islam

7. Al-Mar’ah Bayna Tughyan al-Nizam al-Gharbi wa Lata’if al-Tashri’ al-Rabbani

8. Al-Ta’rif ‘ala al-Dhat huwa al-Tariq al-Mu’abbat ila al-Islam

9. Al-Taghayyir Mafhumah wa Tarai’qah

10. Al-Din wa al-Falsafah

11. Dur al-Adyan fi al-Islam al-’Alami

12. Al-Bidayat Bakurrah A’mali al-Fikriyyah

13. Al-Zilamiyyun al-Nuraniyyun

Fiqh dan Perundangan

1. Muhadharat fi al-Fiqh al-Muqaran

2. Al-Jihad fi al-Islam: Kaifa Tafhamuh? Wa Kaifa Numarisuh?

3. Dawabit al-Maslahah fi al-Shari’ah al-Islamiyyah

4. Ishkaliyyat Tajdid Usul Fiqh al-Hiwariyyat

5. Ma’a al-Nas: Mushawarat wa Fatawa 1

6. Ma’a al-Nas: Mushawarat wa Fatawa 2

7. Al-Lamazhabiyyah: Akhtar Bid’ah Tuhaddid al-Syar’iah al-Islamiyyah

8. Al-Hiwar Sabil al-Ta’ayish Ma’a al-Ya’addad wa al-Ikhtilaf

9. Masalah Tahdid al-Nasl

10. Mushawarat Ijtimai’yyah

11. Qadaya Fiqhiyyah Mu’asirah

Tasawuf dan Akhlak

1. Al-Hikam al-’Ataiyyah – Sharh wa Tahlil 1

2. Al-Hikam al-’Ataiyyah – Sharh wa Tahlil 2

3. Al-Hikam al-’Ataiyyah – Sharh wa Tahlil 3

4. Al-Hikam al-’Ataiyyah – Sharh wa Tahlil 4

5. Al-Hikam al-’Ataiyyah – Sharh wa Tahlil 5

6. Min Asrar al-Manhaj al-Rabbani

7. Sakhsiyyat Istauqafatani

8. Urubbah min al-Taqniyyah ila al-Ruhaniyyah

Lain-Lain

1. Mamu Zain

2. Haza Walidi

3. Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah

4. La Ya’tihil Batil

5. Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah fi al-Quran

6. Ala Tariq al-Audah ila al-Islam: Rasm Limanhaj wa Hal Limuskilat

7. Aishah Umm al-Mu’minin

8. Al-Insan Musayyar am Mukhayyar

9. Al-Islam Maladh Kullu al-Mujtama’at al-Insaniyyah: Limaza? Wa Kaifa?

10. Allah am al-Insan: Ayyuhuma Aqdar ‘ala Ri’ayah Huquq al-Insan?

11. Barnamij Dirasat Qur’aniyyah 1

12. Barnamij Dirasat Qur’aniyyah 2

13. Barnamij Dirasat Qur’aniyyah 3

14. Difa’ ‘an al-Islami wa al-Tarikh

15. Dirasat Qur’aniyyah 1

16. Dirasat Qur’aniyyah 2

17. Dirasat Qur’aniyyah 3

18. Fi Sabilillah wa al-Haq

19. Haza Huwa al-Islam 1 (Silsilah)

20. Haza Huwa al-Islam 2 (Silsilah)

21. Haza Huwa al-Islam 3 (Silsilah)

22. Haza Huwa al-Islam 4 (Silsilah)

23. Haza Huwa al-Islam 5 (Silsilah)

24. Haza Huwa al-Islam 6 (Silsilah)

25. Haza Huwa al-Islam 7 (Silsilah)

26. Haza ma Qatlah: Amam Ba’d al-Ruasa’ wa al-Muluk

27. Hazihi Mushkilatihum

28. Hazihi Mushkilatuna

29. Haqai’q ‘an Nasha’ah al-Qaumiyyah

30. Hiwar Haul Mushkilat Hadariyyah

31. Hurriyyah al-Insan fi Zil ‘Ubudiyyah Lillah

32. Ila Kulli Fatat Tu’min Billah

33. Kalimat fi Munashibat 

 

JUMAAT, MAC 22, 2013

 

BERITA KEMATIAN DR AL-BOUTI

Seorang penyokong kuat kerajaan Syria yang berprofil tinggi, Assyeikh Dr Said Ramadhan al-Bouti ( العلّامة الشيخ محمد سعيد رمضان البوطى) telah terkorban dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan ke atas Masjid Iman, di tengah kota Damsyik.

Serangan itu berlaku ketika al-Bouti sedang menyampaikan kuliah mingguannya di masjid berkenaan melalui satu letupan yang menyasarkan diri al-Bouti sebagai korban.

Dalam pada itu, Assyaikh Muaz Khatib,Presiden Gabungan Pembangkang Kebangsaan mendakwa kerajaan Syria sebagai dalang serangan ini.

Menurut fakta, laluan sekitar masjid berkenaan merupakan kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa yang menjadikannya mustahil untuk menyalurkan senjata dan bahan letupan ke dalam sana.

Jumlah mangsa meningkat kepada 42 korban dengan 84 cedera. Antara yang terkorban termasuklah murid kanan dan cucu beliau.

Dr Bouti adalah seorang ilmuwan yang memang tidak asing di kalangan sarjana islam. Karya beliau banyak di terjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Malaysia dan banyak menjadi Syllabus pengajian beberapa universiti. Antara yang termayhur adalah kitab Fiqh Sirah Nabawiyyah.

Dr Bouti memang dikenali sebagai seorang penentang tegar Ikhwan Muslimin dan kematian ini menandakan satu kerugian buat regim.

Namun di akhir hayatnya, Dr Bouti telah berpaling arah dan menyatakan kesediaanya untuk menyokong rakyat dalam revolusi mengguling pemerintahan Assad. Beliau juga telah merancang untuk keluar dari Syria bersama keluarganya. Perkara ini juga mungkin menjadi faktor pembunuhannya..Image

Incoming search terms:

  • belum baligh ke mekah jgn niat berumrah
  • terjemahan syeikh said ramadhan
  • terjemah kitab syarah al-hikam dr muhammad said ramadan al buti
  • said ramadhan al-buty
  • ramadhan al bouti
  • ramadan al bouti kisah
  • pembunuhan said ramadhan al bouti
  • mulla ramadhan al buthi
  • madah abuya tasauf
  • kitab said ramadhan al buti

5 thoughts on “***Syh Dr Muhammad Said Ramadhan Al Buti dalam Kenangan***

  1. Innalillahi wainnailaihi rajiun. Begitulah syahidnya seorang pejuang ulama pewaris anbiya’. Hidupnya tak pernah senang lenang lahirnya sungguh begitu hatinya pasti tenang dan syahdu tunduk dan redha dengan ketentuan Ilahi. Allah maha Agong.

  2. Inilah zaman fitnah yang menggigit. Org baik dimusuhi ,yg jahat ✗ de sape bleh nasihati. Inilah yg juga yg dikatakan Islam berpecah pd 73 firqah ,satu je yg benar.klu masing2 buat hal sndiri ✗ pe juga tp ni tidak bergaduh ✗ pernah aman. Berjayalah yahudi pecah belahkan kita hinggakan kita jd mcm gulai kawah lah ..Syiah lawan wahabi ahli sunnah yg jd mangsa.klu ikut Islam Abuya kan selamat ,berbuat baik pd org yg buat jahat pd kita .malaikat pun kesian.!

  3. beliau bukan menentang ikhwan muslimin..tapi menentang fahaman wahabi yg ada dlm jemaah ikhwan muslimin tu je…

  4. terima kasih la mat kilau sebab beri tahu akan hal itu. saya sendiri pun pelik kenapa dia menentang i.muslimin sedangkan gurunya as-syahid sheikh imam al-banna penubuh gerakan itu. walau apapun dia mendapat syahid juga akhirnya seperti muallimnya al-imam al-banna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>