AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Pemuda PAS sokong MAIS

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pemuda PAS sokong MAIS

Zefry Dahalan | Nov 5, 14 2:28pm

DPPM kesal, SIS bersikap mencabar pihak-pihak berkuasa agama negara ini

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) berpendirian tegas bahawa usaha yang giat dikembangkan Sisters in Islam (SIS) dengan menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah satu kesesatan terang lagi nyata.

Timbalan Ketua DPMM Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ia sama sekali tidak mencapai tujuan Islam diturunkan untuk manusia akhir zaman serta membuka kewenangan kepercayaan, pegangan dan amalan, yakni penyimpangan dari syariat dan manhaj Islam sebenar.

“Dari bertunjang isu feminisme yang diperjuangkan SIS, golongan ini dilihat semakin berani menyanggah asas-asas Islam pegangan masyarakat negara ini iaitu mensepakati pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Selain mempermain-main dan menyindir usaha-usaha penegasan syariat Islam kepada masyarakat Muslim negara ini seperti isu tudung wanita di Kelantan, SIS juga mencabar fatwa pengharamannya oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini kerana berpegang kepada pluralisme dan liberalisme agama.

“Secara terang nyata juga, SIS telah mencabar akidah Islamiyah apabila turut mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah. Bermakna SIS menolak ke-Esaan Allah SWT sebagaimana Surah Al-Ikhlas,” katanya.

Muhammad Khalil berkata, DPPM kesal SIS bersikap mencabar pihak-pihak berkuasa agama negara ini dan kontradik dengan keterbukaan yang diperjuangkan sendiri apabila gagal menjawab atau menjelaskan segala dakwaan atas mereka terutama berkaitan kesesatan pegangan SIS.

“SIS hanya berselindung dan beralasan dengan kebebasan bersuara dan hak memberikan pandangan.

“Kesemua tindak tanduk dan pendirian SIS mewajarkan ia diharamkan serta merta tanpa kompromi lagi setelah barah ini berpanjangan dan kedegilan SIS mencetus pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam negara ini.

“Atas itulah DPPM berdiri bersama dengan keputusan pihak Jawatankuasa Fatwa MAIS,” katanya.

 

 

 

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *