AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Runtuhan disebabkan pembangunan untuk golongan elit

Kongsikan kepada yang lain
Share

Runtuhan disebabkan pembangunan untuk golongan elit

Adam Abu Bakar | Nov 8, 14 6:55pm

Pembukaan hutan ‘dibenarkan’ secara sah dan tidak sah untuk menambah keuntungan sesetengah pihak yang kecil.

PETALING JAYA: Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Cameron Highlands, Suresh Kumar, mempersoalkan mengapakah air sungai tiba-tiba melimpah keluar dan lebih banyak tanah runtuh yang mengancam nyawa dan harta benda berlaku di Cameron Highlands.

Katanya, sungai di Cameron & Empangan Sultan Abu Bakar (ESAB) sudah menjadi cetek akibat pengaliran masuk tanah dari penerokaan hutan dan projek pembangunan.

“2/3 daripada ESAB dikandungi tanah. Hanya 1/3 sahaja air! Kandungan tanah di dalam ESAB boleh mengisi 100 padang bola dengan ketinggian bangunan 2 tingkat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kata Suresh, pembukaan tanah baru di Cameron yang dibuat untuk menambah keuntungan harus ditukar.

“Pembukaan hutan ‘dibenarkan’ secara sah dan tidak sah untuk menambah keuntungan sesetengah pihak yang kecil.

“Tetapi petani kecil yang mempunyai tanah kurang dari 5 ekar tidak diendahkan. Mereka dinafikan hakmilik tanah dan terpaksa bergantung kepada Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Lebih malang, sebilangan mereka tidak memiliki LPS kerana enggan menyuap rasuah kepada pihak-pihak tertentu,” katanya.

Jelasnya, pembangunan berleluasa di Cameron juga boleh disoal. Bangunan rumah dan kedai dibina tidak henti-henti untuk menyuap kerakusan segolongan kecil syarikat dan perseorangan.

“Kebanyakkan entiti ini dijual dengan harga yang sangat mahal dan dibeli oleh golongan elit. Bayangkan, harga rumah termurah dalam skim 1 Malaysia di Cameron ialah RM120,000.

“Bolehkah golongan kurang mampu menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam model pembangunan ini? Jawapannya tidak.

“Sebaliknya mereka menjadi golongan yang tertindas akibat kesan-kesan negatif pembangunan,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, pertanian yang merupakan nadi utama Cameron juga dijalankan untuk komersil tanpa keprihatinan terhadap alam sekitar dan produk pertanian itu sendiri.

“Perbezaan ini ketara jika lawatan dibuat ke sebilangan kecil kebun-kebun organik di Cameron. Petani harus dipertanggungjawab dengan tanah yang mereka miliki.

“Kerajaan Pahang harus menukar kesemua LPS ke hak milik kekal supaya petani akan lebih bertanggungjawab terhadap kegiatan pertanian mereka. Sistem pendidikan beserta pemantauan efektif perlu dibuat serentak untuk memastikan sikap petani berubah,” katanya.

Bukan itu sahaja, kuasa yang terlalu banyak diperuntukkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron.

“Pegawai Daerah di Cameron juga bertindak sebagai Yang Di-pertua Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH). Tiada pilihanraya untuk memilih Ahli Majlis Daerah (Coucillor). Seperti pepatah Inggeris ‘Power corrupts, and absolute power corrupts absolutely’.

“Kuasa mutlak kepada Pejabat Daerah Cameron itu sendiri meyebabkan tiada mekanisma ‘check & balance’ dalam kelulusan projek & pembukaan tanah yang baru di Cameron.

“Walaupun terdapat lebih kurang 15 Jabatan Kerajaan lain yang harus memberikan pendapat untuk kelulusan sebarang projek, namun setiap ketua jabatan tersebut mengalami tekanan untuk bersuara untuk menghalang projek yang tidak bagus.

“Mereka mungkin berdepan dengan ‘hukuman’ jika bersuara terhadap projek yang mempunyai kepentingan segolongan kecil elit,” ujarnya.

Jelasnya, kuasa mutlak ini harus ‘dicaikan’ melalui mewujudkan mekanisma supaya penduduk Cameron dan NGO alam sekitar yang berwibawa seperti REACH dilibatkan bersama dalam membuat keputusan untuk ‘pembangunan’ di Cameron.

“Hanya dengan penyelesaian kesemua isu di atas, maka kita boleh harap peristiwa seperti 5/11 tidak akan berulang di masa hadapan,” katanya.

 

Sumber: FMT

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *