Pengalaman Pelanggan di Ikhwan Mart Cawangan Kampung Sungai Penchala.
Pengalaman saya dengan Ikhwan Mart Cawangan Kampung Sungai Penchala.
Saya nak ceritakan pengalaman saya buat aduan di Ikhwan Mart, Kampung Sungai Penchala. Tentang roti mereka yang ada rasa tak kena.
Sebagai seorang pengguna dan peniaga, saya belajar banyak perkara dalam situasi ini. Terutamanya tentang keperluan mendapat aduan pelanggan dan cara melayaninya.
Aduan tersebut saya buat secara bersemuka di kaunter bayaran. Seorang perempuan yang menjaga kaunter ketika itu.
“Haritu, 3 bulan lepas saya beli roti ini, ada rasa pelik. Macam mana saya nak pastikan yang roti kali ini ok?”
Akibat pengalaman tidak baik sebelum ini, pada hari tersebut saya terpaksa memilih roti Ikhwan sebab rak roti Gardenia telah kosong.
Selesai saya bertanya, perempuan yang berada di kaunter minta saya tunggu sebentar. Beliau ke bahagian belakang untuk memanggil seorang lelaki. Lelaki tersebut adalah supervisor premis Ikhwan Mart di situ.
Saya mengulang kembali aduan kepada lelaki tersebut. Beliau balas,
“Ini kali pertama kami menerima aduan seperti ini. Ada kemungkinan ini adalah masalah terpencil.”
Beliau sambung lagi, “Jadi macam ini… Abang ambil roti ini percuma. Kalau masalah masih berulang, laporkan kembali. Kami memang sentiasa menunggu aduan seperti ini.”
Balik sahaja rumah saya terus buka dan rasa roti tersebut. Rupa-rupanya rasa yang saya kata rasa tak kena itu hanya telahan sendiri. Roti Ikhwan memang ada rasa yang sedikit berlainan. Huhu.
Saya kongsikan apa yang saya belajar dalam situasi ini. Sebagai seorang pelanggan dan juga sebagai seorang pendiri perniagaan.
1. Sebagai pelanggan, kita perlu berikan komentar secara langsung. Itu juga sebagai salah satu cara untuk kita bantu peniaga tingkatkan mutu produk dan pengurusan mereka.
2. Buat komentar secara langsung. Bukannya pergi viral di Facebook dan ajak orang kecam peniaga sampai dia kena depression.
3. Tidak perlu cepat melatah. Mungkin kesalahan peniaga hanyalah sangkaan. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Benda boleh bawak bincang kan? Tenang.
3. Sebagai peniaga pula, perlu terbuka apabila mendapat aduan daripada pelanggan.
Semasa pihak Ikhwan Mart dengar aduan saya, air muka mereka tidak pun mencebik atau sinis. Malah mata mereka memandang tepat ke arah saya tanda begitu serius untuk ambil peduli.
4. Berikan penghargaan kepada pengadu. Kerana mereka mengadu sebab ada niat untuk terus setia.
5. Sentiasa mencari alasan untuk pertingkatkan kualiti produk dan pengurusan bisnes.
6. Mereka mempunyai sistem pengurusan yang baik. Tidak semua pekerja boleh melayan aduan pelanggan. Mereka letakkan seorang yang bertanggungjawab untuk jalankan tugas tersebut.
Mungkin individu tersebut sudah diberikan latihan. Jadi beliau berjaya menangani dengan sangat baik.
7. Ikhwan Mart yang saya pergi ni jauh terpencil dalam Kg Sungai Penchala. Orang luar memang takkan tahu wujudnya premis mereka di sini. Kalau tahu pun sebab hantar anak sekolah di SK Sg Penchala.
Walaupun begitu, tidak menjadi alasan mereka untuk mengekalkan sistem yang sehabis baik. Siap pasang penghawa dingin lagi.
8. Selepas beberapa tempoh, ada salah seorang yang selalu saya sembang cerita bahawa GISB sedang berusaha menemukan resepi roti yang lain. Huhu. Ambil serius betul mereka ni.
9. Fenomena #BMF ini bukan bererti kita sebagai peniaga muslim boleh ambil kesempatan untuk untung semata. Kesempatan yang paling utama adalah berusaha untuk kekalkan nilai kepercayaan yang telahpun diberikan oleh pelanggan.
Kesetiaan yang mereka berikan bukanlah sesuatu yang percuma. Mereka berjihad untuk menukar produk yang sudah menjadi kebiasaan kepada produk yang mungkin lebih mahal atau sedikit rendah kualitinya.
Sudah lama sebenarnya pengguna Muslim nak bantu peniaga Muslim. Kempen BMF ini akan terus kekal selagi peniaga Muslim terus berusaha tingkatkan kualiti mereka.
Ikhwan Mart salah satu cabang bisnes di bawah naungan syarikat gergasi GISB Holding.
Daripada pengalaman saya ini, mereka bukan sahaja fokus pada penghasilan produk halalan toyyiba. Malah turut menekankan aspek pengurusan yang baik.
Mungkin disebabkan dua faktor inilah yang menyebabkan mereka mampu maju dalam industri peruncitan dan pemakanan.
Tidak keterlaluan sekiranya kita mengatakan bahawa mereka adalah salah sebuah empayar yang berjaya milik bumiputera Muslim di Malaysia.
Izzat Ibrahim Bin Shamjuddin.
Sokong produk dan pengurusan berkualiti.
#SHARE kerana pengguna dan peniaga muslim yang lain juga perlu tahu.
Pengalaman saya di Ikhwan Mart Sg Penchala
- https://www anjangmuor com/2019/09/12/pengalaman-pelanggan-di-ikhwan-mart-cawangan-kampung-sungai-penchala/ (2)