RPU ikuti Kursus Scuba Diving (OWD)
Alhamdulillah Maha Baiknya Allah telah merezkikan kami menjadi 2 orang wakil RPU dan GISB untuk menjalani pogram Kursus Scuba Diving (OWD) bersama-sama beberapa NGO lain dalam Network Cdert Ohhsem.
Kursus teori bermula pada 14hb September di Dewan Perdana Ikhwan Damansara kemudian pada 15hb kursus asas menyelam berlanjutan di kolam Bukit Kiara. kursus OWD (open water diver) bersambung pada 19-20 September di Pulau Perhentian sebanyak 4 kali selaman (kedalaman 3.3m-11.11meter) untuk selesaikan semua ujian yang diberikan jurulatih, Alhamdulillah kesemua pelajar diberikan kelulusan dan 21 September pula kami melakukan Fun Dive berkedalaman 18.4 meter. kami seramai 8 orang pelajar (OWD) termasuk-
1. Zuhair Abu Zarim (Wakil RPU GISB)
2. Shahid Hisham (Wakil RPU GISB)
3. Dato Ahmad Idham
4. Tuan Junaidi (Polis P.Jaya)
5. Tuan Izzul (PPIM)
6. Datin Naziah (isteri Dato Banuri)
7. Ainun (anak Dato Banuri)
8. Farashafiqa (anak Dato Banuri)
Jurulatih-Tuan Khamarul Arifin (APM)
Yang turut hadir aktiviti menyelam ASD (Advance Scuba Diver)
Dato Seri Ezlan Yusof, Dato Banuri, Dato Fyzal dan ramai lagi..
Pada malam terakhir dibuat pogram tahlil dan pihak RPU GISB diberikan penghormatan untuk membawa tahlil ringkas dan doa yang di aminkan oleh semua yang hadir.
Di antara kelebihan aktiviti menyelam ialah permulaannya selalu akan membuatkan kita terkenang apakah dosa kita selama ini Allah ampunkan kerana sekejap lagi kita benar-benar sedang menghampiri kematian. Bayangkan di darat kita boleh menghirup udara dari segenap arah tetapi di dalam air hanya 1 sumber udara yang bila-bila masa Allah boleh izinkan berlaku sesuatu. Sebenarnya di mana-mana pun Allah boleh lakukan apa sahaja tetapi dalam keadaan begini lebih sangat terasa.
Selama ini, kita berpeluang melihat keindahan ciptaan Allah di langit dan di bumi, sebenarnya di bawah air juga memiliki keindahan ciptaan Allah yang tersangat indah. Terasa kerdilnya kita sebagai salah satu ciptaan Allah dibanding dengan alam dasar laut yang sangat luas.
Adapun manfaat lahirnya, kemahiran menyelam sangatlah boleh memberi faedah kepada masyarakat dalam memberi khidmat penyelamat bencana di bawah air.
Antara respon mereka terhadap peserta dari RPU GISB, rata-ratany gembira dan ada juga yang ingin berkenalan lebih rapat dengan GISB dan RPU juga banyak yang bertanya tentang sistem-sistem kehidupan staf GISB seperti kehidupan poligami, juga latihan remaja-remaja yang perlu memiliki banyak kemahiran.
Mereka sangat berharap pihak GISBH dapat bertapak di Pulau Perhentian sehingga ada terkeluar di mulut Dato’ Musa
“Ini kalau GISBH ambil alih tempat ni confirm cantik dan wibawa. Mereka buat dengan Ikhlas. Yang ada sekarang ni bukan buat dengan hati. Saya dah ke tempat-tempat GISB dan tahu ISO mereka sangat tinggi dalam satu-satu perkara.”
Marilah kita rasakan, seandainya Islam tidak nampak berwibawa itu adalah dari kesalahan diri kita yang wajib kita tebus.
HS GISBH Irbid
7.30am, Sep 23, 2019
Kredit: En Zuher RPU
- https://www anjangmuor com/2019/09/23/rpu-ikuti-kursus-scuba-diving-owd/ (1)