Meninjau Sarajevo Halal Fair 2019
Salam ceria.
Ada orang kata GISBH ‘berlakun’. Ok la, nak buat macam mana. Kita tak mampu kawal mulut orang. Jari yang menaip. Apa lagi hati manusia. Allah sahaja yang Maha Berkuasa.
Ada orang pula kata, macam mana boleh yakin Allah terima taubat? Sebagai hamba Allah, kita teruskan bertaubat. Jangan peduli la apa si hasad dengki nak kata. Macam dia lebih tau pula Allah tak terima. Kalau sama-sama tak tau, tak payah la cakap macam dah tau confirm Allah tak terima. Akidah mana pula ni? Kita terus bertaubat. Bumi mana yang tak ditimpa hujan? Taubat itu dituntut.
Kembali kepada berlakon tadi, eeh ‘berlakun’, mari kita nilai bersama. Tuan puan semua, dalam keadaan ‘berlakun’ ni GISBH dah masuk tahun kedua sertai Sarajevo Halal Fair. Tahun lepas sebagai ‘Silver Sponsor’. Tahun ini sebagai ‘Gold Sponsor’. Tahun lepas GISBH buka jualan roti canai, teh tarik, mi goreng, nasi kari kambing dengan Food Van sahaja. Tahun ini GISBH sudah ada sebuah restoran. Tahun lepas GISBH tinggal di hotel berhampiran tapak expo. Tahun ini GISBH telah mempunyai Villa sendiri dan Hotel sendiri. Ini baru tahap ‘berlakun’ (bagi pendapat saudara kita tu), kalau betul-betul serius tentu lebih dari ini.
GISBH datang ke Sarajevo ingin membantu masyarakat Islam di sini mengamalkan Islam sebagai cara hidup dengan bertapak dan membuka perniagaan di sini agar dapat bergaul secara direct dengan mereka. GISBH sangat serius. Kejatuhan empayar Uthmaniah hingga hilang indentiti Islam bagi ramai umat Islam di sini perlu ditebus. Sebab Islam dijanjikan kemenangan di Akhir Zaman.
Bahkan ada satu rombongan dari GISBH pula sedang berada di Rusia untuk sertai Expo Halal Samara. Untuk apa? Semua itu untuk ‘lakunan’? Yang paling utama menjalankan tugas sebagai hamba Allah dan KhalifahNya agar Allah dikenali, dicintai, ditakuti. Agar Rasululllah SAW dirindui. Marilah kita iringi segala usaha-usaha mereka dengan doa agar Allah jayakan lahir dan roh. Agar Allah beri hidayah kepada para pembenci untuk kembali kepangkuan Islam.
Kafe Nur Malaysia Amman
5.56pm, Sep 26, 2019