AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Halalkan poligami, kurangkan zina

Kongsikan kepada yang lain
Share

MOSCOW: Pemimpin Islam Russia menggesa kerajaan menghalalkan poligami di sisi undang-undang untuk memastikan hak wanita dipertahankan selain mengurangkan dosa dan zina di negara itu.

Mufti Moscow, Ildar Alyautdinov memberitahu agensi berita kebangsaan RIA Novosti, membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada satu akan menyelesaikan beberapa masalah sosial.

Menurutnya, dosa dan zina pasti berkurangan jika hubungan poligami tidak lagi diharamkan.

Ildar juga mendakwa wanita kini ‘langsung tidak dilindungi dalam lingkungan sosial disebabkan ketiadaan undang-undang Syariah di negara itu.

“Menghalalkan poligami akan menjamin hak wanita. Penting untuk mewujudkan mekanisme perundangan yang bersifat melindungi supaya wanita boleh menjadi isteri kedua yang sah.

“Ini akan membantu menyelesaikan banyak masalah sosial, tambahan pula ia akan mengurangkan zina dan dosa yang kini semakin berleluasa,” katanya.

Ildar membuat kenyataan itu selepas Ketua Pentadbiran Kerohanian Muslim Russia, Sheikh Ravil Gainutdin berkata dia menganggap wajar untuk menghalalkan poligami di wilayah yang mempunyai ramai penduduk Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 September 2019 @ 5:04 PM

Kredit: HarianMetro

https://www.hmetro.com.my/global/2019/09/501618/halalkan-poligami-kurangkan-zina

AM: Anjang dan semua Umat Islam percaya dengan Qadha dan Qadr. Tiada yang kebetulan. Bila berlaku sesuatu perkara yang nampak cantik timingnya, ada yang mengatakan itu kebetulan walhal itulah ketentuan Tuhan. Itulah takdir Allah.

Ketika rombongan ahli perniagaan Muslim Rusia yang diketuai oleh Marat Kabayev diberitahu bahawa Dato’ CEO GISBH beristeri 4 dan mempunyai 30 orang anak, spontan kesemua mereka berdiri dan bersalaman dengan Dato’ Lokman sambil mengucapkan tahniah penuh bangga. Malah Marat Kabayev yang juga bapa mertua Presiden Putin memeluk erat Dato’ CEO ketika hendak berpisah sambil bercakap atau bersusah payah mengucapkan dalam Bahasa Inggeris agar Dato’ Lokman datang ke Rusia. Bersungguh-sungguh beliau menjemput Dato’ ke Rusia ketika saling berpelukan yang agak lama.

Apabila berdatangan berpuluh-puluh orang staf dan pimpinan GISBH ke Rusia, untuk menjayakan Ekspo Halal di Samara, yang majoriti mereka adalah pengamal poligami, tiba-tiba keluar berita anjuran atau Cadangan agar undang-undang berpoligami dibenarkan di Rusia, ia BUKAN KEBETULAN! Allah sedang hendak memperlihatkan kebesaranNya kepada kita di bulan Muharram ini. Dan ianya berlaku di Rusia. Rusia Tuan-Tuan! Bukan Turki atau lain-lain negara yang juga mempunyai larangan berpoligami seperti ini.

Marilah kita takutkan Allah. Allah boleh buat apa sahaja. Allah akan menangkan agamaNya walau karihal kafirun.

Villa Amman

2.29pm, Sep 28, 2019

Jangan lupa baca blog Khaulah tentang perjalanan darat ke Samara;

http://khaulahattamimizone.blogspot.com/2019/09/kembara-paris-samara-part-1.html?m=1

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *