AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Lensa Hari Kedua Sarajevo Halal Fair 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share
Melalui medium perniagaan kita dapat menambah kawan. Malah mereka adalah saudara seagama dengan kita.
Berdakwah itu mengenalkan manusia kepada Allah dan syariatNya. Di sini kita menunjukkan contoh muslimah bertudung dan mengajak pengunjung menghayati syariat menutup aurat.
Alhamdulillah, muslimah Bosnia ramai yang datang dari keturunan masyarakat yang baik-baik semasa Empayar Uthmaniah. Mudah mereka menerima pemakaian tudung hanya perlukan contoh dan suasana. Islam kena diperjuangkan sebagai cara hidup bukan hanya slogan apalagi demi keuntungan berniaga semata-mata.
Jika ada manusia yang mendapat hidayah disebabkan oleh kita (hakikatnya Allah yang kehendaki), sesungguhnya ia lebih baik dari Dunia dan seisinya.
Menjadi jurucakap atas pembangunan yang telah dilaksanakan adalah kunci keyakinan masyarakat kepada kita.
Menyampaikan Dakwah melalui hiburan telah membawa GH dan RPU ke pentas antarabangsa. Moga semakin banyak hati yang tersentuh dengan Allah, Rasulullah dan kehidupan bersyariat.
Kasih sayang sebenar datang dari hati yang sama-sama cinta dan takutkan Allah.
Jarang ditemui tokoh korporat yang kuat beragama dan tokoh agama yang hebat perniagaanya di akhir zaman ini.
Kemesraan itu buah dari akhlak. Akhlak pula buah atau hasil dari ibadah yang dihayati.
Kalau betul dan tepat didikan, dengan hanya masakan sahaja, hati manusia tertarik untuk mengamalkan Islam.
Para pimpinan GISBH telah mula bercakap di pentas dunia. Pelapis di kalangan RPU kena segera menghayati tanggung jawab agar mampu menggalasinya kelak bila sampai masanya.
Senyum…senyum… masak pun kena senyum. Moga Islam nampak indah di semua keadaan.
Juga menjadi duta Malaysia melalui bidang masakan di jantung Eropah, Sarajevo.

Bersama bakal muslimah pembela ummah di Sarajevo

Hidupnya ilmu itu dengan bermuzakarah, berbincang. Indahnya Islam nampak bila ia dilaksanakan dengan sungguh-sungguh.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *