Al-Fatihah… Allah Menyayangimu Datuk Nurammar Abu Bakar
KUALA LUMPUR 30 Sept. – Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PPIPBM), Datuk Nurammar Abu Bakar meninggal dunia di Sarajevo, Bosnia, semalam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di bilik hotel selepas dipercayai terkena serangan jantung.
Allahyarham berada di Sarajevo untuk menghadiri Sarajevo Halal Fair 2019 bersama delegasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Menurut Timbalan Presiden PPIPBM, Datuk Azman Yusoff, pemergian Allahyarham sangat mengejutkan bagi warga PPIPBM.
“Berita ini sangat menyedihkan bagi saya kerana saya banyak menerima ilmu daripada Allahyarham,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Allahyarham berusia 48 tahun dan meninggalkan seorang balu bersama enam orang anak.
Kredit: UTUSAN ONLINE
Menurut pimpinan GISBH yang berada di Sarajevo, Allahyarham di jemput Ilahi di hotel penginapannya di Sarajevo petang semalam waktu Bosnia. Allahyarham sangat rapat dan memandang tinggi GISBH.
Antara yang paling rapat dengan beliau ialah YH Dato Lokman Hakim CEO GISBH lebih-lebih lagi bila sama-sama hadiri forum bisnes di Sarajevo April lalu. Semoga rohnya di tempatkan bersama para salihin.
Berikut adalah gambar Allahyarham bersama-sama dengan Para Ybhg ALP dan juga sewaktu hadir jemputan makan malam bersama menteri di Kafe Nur Malaysia Sarajevo malam sebelum kepulangannya bertemu Allah. Al-Fatihah