AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Masuk Damsyiq

Kongsikan kepada yang lain
Share
Stesyen ( lama ) Keretapi Syria

Setelah hampir selesai urusan di imigresen, Abil dan Miqdam yang naik bas baru sampai. Hafiz tolong mereka sekejap dan berikan maklumat apa yang patut dibuat. Abu Hashim, driver kami pula minta Hafiz cepat-cepat sebab dah lama sangat. Elok kereta kami nak gerak, datang seorang berpakaian biasa, nampak selekeh je minta duit kopi.

“Musyan mahabbah…” Kata dia. Terjemahannya lebih kurang, “…demi kasih sayang…” Begitulah, yang berpakaian rasmi, yang berbaju biasa, masing-masing minta habuan. Ya Allah! Tolonglah Umat ini…

Kami bersarapan nasi goreng yang dibekalkan kawan-kawan di Amman. Terima kasih kepada para pemimpin yang mendidik kami berkasih sayang. Saling berkhidmat sesama sendiri dan juga orang lain. Kita hidup saling memerlukan di dunia ini. Kenapa sombong…

Hotel Syumu’ atau Candle

Dalam teksi sepanjang perjalanan, jenuh set hand phone guna sim Syria yang Faah bekalkan, tak boleh-boleh dapat line untuk call atau Whatsup. Nak hubungi kenalan kami, Abu Umar, Tuan kafe lama GISB di Damsyiq. Lepas tu baru tahu, kalau pelancong beli sim, cukup masa yang di berikan, tak boleh guna dah sim itu. Tapi peliknya, top up boleh. Ampun.

Sebelum masuk area bandar Damsyiq, kami kena turun semua dari kenderaan dan cek semua dokumen semula di satu pejabat kontena. Cek lagi. Kalau ramai pelancong jenuhlah menunggu. Nasib baik ada 2 kereta je.

Anjang pula nak ke toilet, tak tahan nak buang air kecil. Lama sangat berurusan dan perjalanan tadi. Dari pejabat kontena bertanya-tanya dengan seorang di bangunan kosong yang ada di situ. Dia pula mempersoalkan anjang, kamu dari mana muncul di sini? Anjang kata dari teksi, sambil tunjuk ke arah teksi. Dia suruh anjang pergi kepada kawannya. Bila orang itu bergerak membawa anjang, bercakap di hati, tunjuk arah je dah la. Ke tandas pun nak iring ke? Belum beberapa langkah, seorang lagi bertanya dari jauh, nak ke mana? Lalu kawan ini mengatakan ke tandas. “Tak boleh!! Pergi tempat lain!” Tapi bila kawan ini terangkan sikit, baru di izinkan. Bila masuk dalam bangunan, rupanya kawasan tentera. Tapi semua pakai pakaian biasa. Patutlah sensitif sangat. Mudah-mudahan akan datang ada tandas awam di sini. Selepas itu kami meneruskan perjalanan menuju bandar Dimasyq atau dalam BM kita sebut Damsyiq, BI Damascus.

Teksi berhentikan kami di tepi jalan depan sikit Qadam Asali iaitu di Nahru Aisyah kerana teksi Jordan tak dibenarkan masuk ke dalam bandar. Anjang keluar mencari kedai untuk cuba juga hidupkan Hp ni tapi tak juga berjaya. Akhirnya kami ambil teksi untuk terus ke hotel. Teksi kenakan 1000 Lira Syria. Kalau tukaran rasmi dalam RM8 sahaja. Tapi teksinya dah buruk sangat. Anjang kena tutup pintu 2/3 kali baru lekat. Drivernya peramah, Alhamdulillah.

Masjid Tankiz. Kenangan 2005

Suasana bandar Damsyiq sibuk macam dahulu. Kereta, lori kecil, motor, basikal, basikal bateri penuh beragam di jalanraya yang kelihatan banyak sampah-sampah kurang di kutip. Rakyatnya masih mampu tersenyum walaupun tampak menahan perasaan sedih yang tersembunyi sepanjang krisis di negara ini. Mereka agak teruja dan seronok ada orang Malaysia masuk beramal-ramai kembali ke Damsyik.

Kami ambil hotel 2 bintang je. Candle Hotel. Sewa bilik 2 katil single, 1 double USD45. Kalau 2 katil single USD35. Boleh la, selesa dah. Ada aircond, peti ais sederhana besar, tv dll. Kami ambil 3 bilik kerana Abil dan Miqdam akan join sekali nanti. Masuk bilik siapkan Musolla, solat dan rehat menunggu ketibaan Abil dan Dam baru keluar sekali nanti.

Mahkamah tempat AM dinikahkan tahun 2011

Petang itu kami keluar berjalan kaki ke Souq Hamidiah melalui depan Masjid Tankiz, Masjid pertama kami bersolat sebaik tiba untuk membuka Cawangan di Syria tahun 2005. Juga lalu depan mahkamah tempat anjang dinikahkan tahun 2011. Melalui laluan bawah tanah kami melintas jalan ke Souq Hamidiah. Eskulator untuk naik masih berfungsi lagi nampaknya. Antara mangsa Perang yang selamat.

Belakang tu Kota Damsyiq lama

Masuk saja lorong Souq Hamidiah anjang ajak semua ziarah Makam Saiyidina Abu Hurairah RA. Makamnya di lorong pertama sebelah kanan dalam Souq Hamidiah.

Makam Saiyidina Abu Hurairah RA

Begitu penghujung hidup Sahabat perawi hadis Rasulullah SAW. Pencinta haiwan. Sangat sayangkan kucing khususnya anak kucing. Hingga membawanya ke mana-mana. Rasulullah SAW memberi gelaran kepadanya; Abu Hurairah ertinya bapa kucing.

Nama asalnya Abdu Syamsi ibn Shakhr Ad-Dausi, di zaman jahiliyah. Umurnya 30 tahun lebih muda dari Rasulullaah SAW. Setelah masuk Islam, Rasulullah SAW menamakannya Abdurrahman. Perawi hadis yang sangat terkenal. Bukan hanya meriwayatkan hadis sahaja bahkan berjuang selepas wafat Rasulullah SAW, tinggalkan Madinah dan akhirnya meninggal dunia di sini. Di makamkan di tempat yang sangat sibuk dengan urusan duniawi. Malanglah kalau ramai orang yang datang ke sini membeli belah lupa atau tidak tahu langsung makam seorang kekasih Allah, sahabat kepada RasulNya, malah perawi hadis yang umat Islam hampir satu dunia pernah mendengar namanya tetapi tidak pernah menziarahi makamnya.

Allah muliakanmu mati di perantauan dalam perjuangan. Anugerahkan kami juga ya Allah!

Begitulah rezeki kami hari pertama di Damsyiq. Bukan mudah mendapatkannya kecuali dengan izin Allah. Kami sempat berwirid, hadiahkan pahalanya kepada beliau dan kekasih-kekasih Allah serta berdoa agar seluruh perjalanan perjuangan yang semakin mencabar ini Allah bantu dan berkati. Moga Saiyidina Abu Hurairah RA bahagia di alam sana bersama Allah dan RasulNya.

Selepas itu kami sambung ziarah ke Masjid Umawi…. moga bersambung.

Villa GISBH Istanbul

9.50am, Okt 7, 2019

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

4 thoughts on “Masuk Damsyiq

  • Abu Nur

    Salam Ustaz. Selamat ke masuk Syria skrg.? Ada roadblock lagi tak?

    Reply
    • Road Block banyak. Biasanya driver yg deal. Depa beri rasuah.

      Reply
  • Abu Nour

    Salam Ustaz. Berapa tempoh masa visa dapat masuk sebelum keluar? Ada road block sepanjang perjalanan masuk Dimasq? Ada dengar bunyi tembakan sepanjang perjalanan? Terimakasih Ustaz

    Reply
    • Tak ada visa. Tempoh tak pasti. Biasanya 1 bulan atau 3 bulan. Tak ada terdengar apa2 tembakan. Memang aman.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *