AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Rahsia Songkok Melayu

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pagi ini anjang dapat artikel atau kisah tentang Rahsia Songkok Melayu dari satu group wasap yang anjang sertai. Isinya menarik tapi anjang tak jumpa sumbernya. Jadi anjang kongsikan di blog AM. Kredit untuk penulis yang anjang tak dapat jejaki.

AM 7.40, Okt 13, 2019

Rahsia Songkok Melayu

Apabila terjumpa card lama ini saya terus scan dan menyimpannya, kerana ia membawa satu kenangan manis di Mesir , disamping membuka satu pintu rahsia besar.

Ramai orang yang apabila sudah menuntut ilmu agama agak banyak sedikit , sudah tidak mahu pakai songkok Melayu lagi…entah kenapa…wallahu a’lam.

Saya ada terdengar juga ada beberapa individu mengatakan…mereka kata tak de sunnah nabi pakai songkok Melayu, ada yang mengatakan tak dapat sunnah berpakaian putih, dan macam macam lagi….eh eh…dulu waktu zaman jahiliah sungguh sungguh pakai songkok pergi ngaji, sekarang sudah ‘pandai’ talak 3 songkok Melayu..!!

Hari ini , sempena jumpa card saya bersongkok Melayu di Mesir, saya nak kongsi satu cerita menarik – rahsia yang lama hampir terkubur, akibatnya saya tidak lagi tinggalkan songkok Melayu sesaat pun dalam hari hari dalam penghidupan saya.

Pada tahun 1991, di kota Cairo, kawasan Hussein selepas mengaji dengan Sheikh Mustafa Imbabi, ketika menunggu di perhentian bas memakai songkok Melayu, jika tidak silap bas no 250. Saya terperasan ada seorang tua bertongkat asyik melihat-lihat saya , sekejap sekejap, seolah olah ada sesuatu dalam diri saya yang beliau ingin tegur, mulalah saya cek pakaian saya mungkin ada kotoran atau koyak atau sesuatu yang tak saya ketahuinya.

Orang tua itu mendekati saya sambil memberi salam, dia kenalkan dirinya Husam asal orang Turkey dan tanya nama saya asal usul saya, buat apa di Mesir…..

Tok Husam, 73 tahun bertongkat itu , seolah olah merasa satu kepuasan bila minta dari saya untuk melihat lebih dekat songok yang saya pakai, dia membelek belek songkok itu sambil bertasbih, tahmid, banyak lagi bacaan bacaan yang dibaca , seolah olah terharu dengan songkok itu…saya lihat airmatanya pun penuh…ini mungkin songkok dia hilang kot ( sangkaan saya sahaja )

Sebelum saya sempat bertanya kepadanya kenapa, dia terus mengambil nada suara tegas sambil berkata ( dalam bahasa pasar Mesir ) :

‘Lihat dan dengar saya, inilah dia songkok tentera berkuda Sultan Muhamad Fatih yang membuka kota konstinaple ( ISTANBUL ), waktu saya 10 tahun datuk saya mengatakan, nampaknya songkok yang bersejarah ini sudah tidak dapat sambutan dengan keluarnya tren baru berbentuk bulat ( tarbus ).’

‘Beliau bertanya “macamana engkau boleh dapat dalam keadaan baru dan baik buatannya, yang saya simpan ( di turkey ) sudah terlalu usang.? “‘

Saya pun mula bercerita kepadanya songkok Melayu itu pakaian datok nenek kita dulu….

Sampailah perbualan ringkas itu membuahkan hasil, iaitu….. adalah satu kepastian tentera berkuda Osmaniyah Turkey pada abad ke 16 masehi turut serta dalam peperangan dengan Majapahit membantu wali songo dalam membuka kota Demak.

Pakaiannya termasuk songkoknya di ambil Sultan sultan Nusantara kita dijadikan pakaian kebangsaan rasmi sebagai tanda penghargaan orang Melayu kepada tentera Osmaniyah.

Jadi …

1- Songkok Melayu bukan adat Melayu sahaja, tetapi disebaliknya ada tersemat darah semangat juang tentera Aswaja.

2- Ketika ini saya tak lihat putih itu sunnah atau tidak sebab hitam ini lah yang selamatkan putih kamu.

3- Dalam usul fiqih istilah sarban di definasikan kain yang terlilit keliling kepala…saya lihat songkok Melayu semuanya adalah kain yang telilit keliling kepala, maka siapa memakainya dapat pahala pakai sarban juga.

4-Dalam hadith akhir zaman kitabal-isya’ah , ada membawakan beberapa hadith tentera Islam yang hebat yang datang sebelum imam mahdi di akhir masyriq ( far east ) selepas membawa riwayat menyebut bendera hitam sebagai panji panjinya, penyusun kitab membawakan kemungkinan besar panji panji yang dimaksudkan bukan bendera tetapi adalah songkok songkok mereka, kerana wujudnya lafaz hadith yang berbunyi : qalanisuhum suud : songkok songkok mereka berwarna hitam.

5- Ada jamaah tabligh yang pergi keluar dakwah ke India, dan ingin duduk disana lama, di suruh pulang maulana maulana mereka. Saya bertanya kepada jamaah ini, kenapa disuruh pulang , tak boleh tinggal disana? kata mereka : Maulana cakap, banyak Auliya dinampakkan dalam rukyah solihah mereka Islam akan bangkit dari Nusantara Melayu dan pakaian yang mereka sempat melihat dalam rukyah tersebut songkok songkok melayu.

6- Kerajaan Osmaniyah sudah jatuh tetapi pakaian dan logonya masih dipakai terus kaum muslimin seluruh dunia, apakah artinya itu…? apakah benar benar Osmaniyah telah jatuh ? atau masih berfungsi ? Pakaiannnya songkok melayu dan bintang bulan adalah logonya ( di atas masjid masjid ).

7- Kerajaan Islam Berdaulat Aswaja masih wujud, lihat sahaja negeri Brunei, masih berdaulat , terlindung dalam pemeliharaan Allah, Sultan mereka masih memakai songkok sambung menyambung sehingga zaman Sultan Muhamad Fatih…satu satunya negeri yang tiada arak dan judi, tiada gangguan dari kaum khawarij dan syiah rafidhi.

Sekian sahaja.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

2 thoughts on “Rahsia Songkok Melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *