GISBH Info Centre – MESTI BACA
Salam ceria.
Firman Allah dalam Al Quran:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن جَآءَكُمْ فَاسِقٌۢ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوٓا۟ أَن تُصِيبُوا۟ قَوْمًۢا بِجَهَٰلَةٍ فَتُصْبِحُوا۟ عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَٰدِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Al-Hujurat: 6
Kebelakangkan ini banyak berita-berita tidak benar berkaitan GISBH disebarkan di tengah masyarakat samada melalui Facebook, Twitter, Group Whatsapp dll.
Banyak cerita-cerita lama yang dikitar semula untuk membawa gambaran buruk tentang GISBH. Walhal GISBH telah melalui berbagai-bagai fasa hingga berlaku lonjakan yang sangat berbeza dari sebelum ini bila ia telah berada di 16 buah negara.
Oleh itu, tidak wajar masyarakat dihidangkan dengan dengan kenyataan berbaur fitnah yang datang dari sebelah pihak semata-mata atau memang jelas fitnah jahat dari akaun-akaun palsu yang tidak bertanggung jawab. Allah sendiri melarang orang-orang Mukmin dari terus mempercayai bulat-bulat setiap berita yang sampai pada mereka. Ia perlu diselidik khasnya jika pembawa berita itu sendiri terdiri dari orang fasik.
Untuk itu, selepas ini, saudara saudari boleh mendapatkan sumber rasmi berita berkaitan GISBH di Facebook. Ia akan dapat diakses dengan sebuah Page FB atas nama GISBH Info Centre. Ia diujudkan sebagai Pusat Menyiarkan Kenyataan Rasmi dari GISBH, di bawah pantauan Sektor Media GISBH.
Moga dengan ujudnya GISBH Info Centre ini, membantu masyarakat agar lebih berhati-hati dari turut terjebak dalam menyebarkan berita-berita yang tidak benar dan selamat kita dari punca kerosakan di tengah masyarakat.
Ia dapat diakses melalui alamat di bawah:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=117241163020767&id=115820983162785&sfnsn=mo
#GisbhInfoCentre
#TolakFitnah
#BMF