AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Air Mata Norway

Kongsikan kepada yang lain
Share

“ALONG hanya boleh jumpa anak-anaknya sebulan sekali. Itu pun hanya tiga jam sekali jumpa. Sudah pasti Along sangat rindukan mereka. Anak-anak Along pun dah minta maaf, mereka mahu kembali kepada Along dan Kak Long,” kata Hasrol Muhamad, 33.

Hasrol adalah adik kepada Hairi Muhamad, 42, yang menetap di Stord, Norway sejak 10 tahun lalu bersama isterinya, Norliha Khamis, 42, dan lima anak.

Bagaimanapun, sejak Mei lalu, Hairi yang bertugas sebagai pakar kimpalan dan isterinya, Norliha hilang hak penjagaan lima anaknya berusia antara empat dan 16 tahun selepas berdepan siasatan pihak berkuasa susulan aduan dibuat seorang daripada anaknya.

Hasrol berkata, awal Ramadan lalu, seorang anak Hairi yang mungkin letih kerana berpuasa ditegur gurunya dan dia memaklumkan tertekan kerana berpuasa pada waktu yang lama (melebihi 12 jam).

“Mungkin gurunya fikir dia didera dan membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak dan siasatan dijalankan.

“Seorang lagi anak Along beritahu dia pernah dipukul, namun polis yang memeriksa kediamannya langsung tidak menemui rotan atau sebarang bukti yang boleh mendakwanya.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan sepanjang tempoh itu, semua anak-anak Along dipisahkan daripadanya dan kini di bawah jagaan tiga keluarga bukan Islam di sana,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Hasrol, abang sulung yang dipanggil Along ada memberitahu mereka sukar untuk menang dalam kes itu menyebabkan mereka sekeluarga bertambah risau.

Lebih risau adalah ibu bapa mereka, Muhamad Ero, 66, dan Hasnah Sulong, 61, yang tinggal di Chaah, Segamat.

“Mak dan ayah rindukan cucu-cucu mereka,” katanya.

Menurut Hasrol, memang keluarga abangnya ada peguam mewakilinya ketika perbicaraan namun abangnya bimbang kerana dakwaan memukul anak cukup berat di sana.

“Kami sangat kenal Along dan Kak Long, mereka orang yang lembut. Cuma mereka memang tekankan soal agama pada anak-anak.

“Katanya, setiap kali bertemu, anak-anaknya akan memeluk mereka dan menangis memberitahu mahu pulang tinggal semula dengan mereka. Mereka sudah faham apa rasanya berjauhan dengan ibu bapa,” katanya.

Perbicaraan kes terhadap Hairi dan Norliha diteruskan pada 4, 5 dan 6 November ini dan dijangka keputusan terhadap kes itu juga akan dibuat dalam masa terdekat.

Kredit: Air Mata Norway

AM: Mari kita doakan agar Allah selesaikan masalah keluarga Hairi ini. Agama anaknya dalam keadaan bahaya bila tinggal bersama keluarga non muslim. Adalah tidak adil bila kononnya hendak memperjuangkan keadilan tiba-tiba letakkan anak orang Islam di keluarga bukan Islam. Terlalu menggunakan otak tanpa bersandarkan Syariat menjadikan manusia bertambah sesat. Apakah Malaysia juga inginkan keadilan atau kebebasan begini?

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *