Biskra dan tamarnya
Bandar Biskra adalah ibu negeri kepada negeri Biskara. Ia juga dikenali sebagai Gerbang Sahara, kerana ia menghubungkan antara utara dan selatan Algeria. Menurut kenalan baru kami di sini, En Hatem, nama Biskra telah lama digunakan sejak dahulu membawa maksud gula, manis atau ‘sugar’ kerana pengeluaran buah kurmanya yang merupakan antara kurma terbaik di dunia.
Di musim kurma, kapal terbang dari Saudi terbang direct ke Air Port Baru Biskra membawa kontena kosong dan memenuhkannya dengan kurma-kurma yang terbaik untuk pasaran Saudi, Imarat dan negara-negara teluk. Air Port lama yang merupakan lapangan terbang pertama di Afrika (penerbangan pertama 1913) sekarang menjadi lapangan terbang tentera.
Penduduknya seramai 869,215 ribu orang (2015) di mana penduduk kota ini pernah kena serangan taun pada tahun 1650 M pada abad ke-17 yang menyebabkan kematian tujuh puluh ribu jiwa.
Semalam kami diraikan oleh En Hatem yang merupakan keluarga angkat Dato’ Fauzi MOFAZ di kilang dan ladang kurma MOFAZ di Biskra.
Sampai di kilang telah terhidang kurma-kurma Biskra pelbagai jenis. Ada yang biasa, ada yang tanpa biji, ada yang berisi kacang juga yang bersalut coklat bersama minuman teh, susu, laban, air minuman dan jus.
Kami dibawa ke dalam kilang melihat pekerja-pekerja wanita menutup aurat dan berpakaian rasmi kilang dengan penutup mulut sedang mengeluarkan biji-biji kurma dari buahnya. Selain mengeluarkan produk kurma yang telah 3 tahun di eksport ke Perancis dan Jerman, biji-biji kurma pula dibuat kopi kurma.
Kurma di sini, sebahagian jenisnya melalui proses tertentu. Dari dipetik di ladang, dimasukan ke bakul, dibawa ke kilang, diasingkan biji-bijinya, dikategorikan dan dibasuh. Setelah itu kurma-kurma ini di masukkan ke dalam bilik khas untuk dikukus dengan wap (steam) selama 4 jam. Lepas itu baru dibungkus. Patutlah kurma ‘Deglet Nour’ Algeria ni lain ketika di gigit. Lembut, agak kenyal dan sedap. Rupanya ada proses yang dilalui dan menurut En Yusuf, supervisor di kilang, tidak semua jenis kurma boleh dibuat begitu. Kata En Hatem, seluruh Algeria terdapat 168 jenis kurma. Maha Besar Allah. Berkat sungguh negeri Saiyidina Uqbah bin Nafi’ ni. Yang penting, kurma ini mengingatkan kita dengan baginda Nabi SAW.
https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2019/11/img_3202.movTiga orang melayan kami, Hatem dan 2 beradik, Yusuf dan Usama. Usama sudah 25 tahun tetapi masih belum berkahwin. Menurutnya kebiasaan orang Algeria bernikah ketika berumur 30 tahun ke atas kerana banyak faktor, antaranya perbelanjaan perkahwinan. Di usia 25 tahun dan bertugas di kilang kurma, Usama mampu menjawab berbagai soalan dalam masyarakatnya politik, sosial, ekonomi dan lain-lain dengan seyuman mesra. Ada potensi jadi RPU. Usama pun terperanjat bila Tuan Nasir bertanya; “Dari 5 orang calon utama pilihanraya presiden, siapa yang paling baik untuk negara Algeria?”, terperanjat kerana Tuan Nasir mengikuti perkembangan politik di negaranya. Kata Usama, “Seorang pun tidak disukai ramai kerana 5 orang inilah yang menjatuhkan mantan presiden, pernah memegang jawatan menteri, memang akan membawa cara lama.”
Algeria memerlukan seorang pemimpin bukan sahaja sufi tetapi mampu membangunkan dunia sesuai dengan syariat Allah dan sunnah Rasul.
Setelah itu kami pergi ke kebun kurma yang menempatkan 300 batang pokok kurma tetapi dah selesai dituai. Terdapat sebuah rumah untuk proses meleraikan kurma dari tangkai-tangkainya. Sebuah kolah besar simpanan air yang dipam dari bumi. Rupanya rahsia penghasilan kurma yang baik di sini adalah kerana di bawah bumi Biskra terdapat simpanan air tawar yang sangat banyak. Air yang dikeluarkan dari kedalaman 50 hingga 80 meter agak tinggi kandungan garamnya dan sangat sesuai untuk tanaman kurma. Di kedalaman 150 hingga 200 meter, air yang sesuai pula untuk minuman.
AM lihat Tuan Nasir tidak berhenti belajar di usianya bila hari ini beliau berjaya mengendalikan drone. Dalam masa yang sama, 3 RPU pula mengasah skil lama merempit tetapi di kebun tamar bukan di leboh raya.
Ketika Hatem, Usama dan Yusuf gembira baru berkenalan dengan rombongan kembara GISBH, Ammu Nabil pula sudah mula sedih malah mengalirkan air mata kerana perpisahan semakin hampir. Tiada lagi suara-suara dari 7 walkie talkie memberi arahan memotong, bernasyid lagu perjuangan dan dialek Kelantan juga menjawab teka teki dan yang penting panduan dari Tuan Nasir. Akan hilang gurauan Zanjabil… Zanjabil… kerana kami akan memasuki Tunisia hari ini. Moga Ammu Nabil diberi kekuatan untuk membangunkan Islam di Algeria.
Selepas itu kami menuju Makam Saiyidina Uqbah bin Nafi’, Pembuka Afrika.
Surau Hotel AN, Biskra, Algeria.
5.51am, Nov 6, 2019
Sedih juga….