Feri Tunis-Genoa, Itali
Salam ceria.
Alhamdulillah kami kumpulan terakhir meninggalkan Tunis. Setelah Tuan Nik dan rombongan ke Dubai, Tuan Nasir dan rombongan ke Istanbul dan rombongan yang diketuai oleh Tuan Fadhil Yasin menaiki Feri ke Itali kemudian ke Greece terus ke Istanbul by road, kini giliran kami naik Feri ke Genoa, Itali menghala ke Paris. Sampai-sampai sebahagian kami duduk di apartment dalam kawasan Muzium Galata Del Mare, Genoa, Italy. Tepi laut yang menarik. Ada sebahagian lagi duduk di hotel kerana kenderaan mereka rosak dan penginapan mereka ditanggung syarikat Insuran.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa GISBH adakan Kembara ini? Sebelum ini ke Balkan, pastu ke Eropah dan Morocco. Pastu ke Rusia. Sebelum itu ke Filipina dll. Terakhir ini ke Algeria dan Tunisia. Pastu nak ke Sudan Selatan. Apa tujuan? Siapa yang ikuti perkembangan ini dari awal, mungkin lebih memahaminya. Saya akan cuba jelaskan.
Program Kembara GISBH ini bertemakan: Silaturrahim: Dakwah.Ziarah.Tijarah. Dari tema pun kita dah dapat maksud awal kembara ini. Ia serampang banyak mata. Asas paling utama kita ke negara-negara tersebut adalah untuk bersilaturrahim.
Firman Allah:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Wahai umat manusia Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Al-Hujurat:13
Menuju Surau
Tanda arah ke Surau
Suraunya luas. Lambang orang barat nak kembali kepada Islam. Asalnya Bar, diubah menjadi Musolla.
Susun kasut pun kaedah berdakwah
Oleh itu bertemu sesama Muslim memang termasuk umum perintah Allah dalam ayat di atas. Apabila rangkaian perniagaan GISBH telah melebar ke 16 buah negara, sudah sepatutnya GISBH membuat hubungan dengan semua umat Islam di mana sahaja di dunia untuk melihat pemahaman dan pengamalan Islam mereka dan sama-sama serta bekerjasama untuk membangunkan Islam di tempat mereka pula. Memang itupun permintaan kebanyakan mereka.
Tambahan lagi di setiap negara yang menjadi target itu memang telah ada kenalan GISBH. Ada di antara mereka yang menjadi pelanggan di rangkaian Restoran GISBH atau pernah bertemu dan berkenalan di merata dunia.
Malah di Algeria, PLP GISBH, YBhg Tuan Nasiruddin memang telah mendapat jemputan dari Mufti Jelali sejak musim haji tahun 2018M/1439H lagi supaya datang ke Algeria. Sebab itu, apabila bertemu beliau dalam kunjungan kali ini, atas usaha beliau, program di Algeria seolah-olah terus menjadi program rasmi negara bila rombongan GISBH sentiasa diiringi oleh polis peronda sepanjang berada di sana.
Tayangan profile GISBH
Mengapa GISBH ke Sarajevo? Selain dari apa yang anjang sebut di atas, ada Hadis yang menyebut:
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
Terjemahannya: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain umpama satu bangunan yang menguat satu sama lain.
Riwayat Imam Muslim.
Apabila lama bertapak di Istanbul, Turki, GISBH dapat menghayati bagaimana hebatnya empayar Islam Uthmaniah yang mengasai dunia hingga ke Eropah, tetapi bila melihat dengan mata kepala sendiri, realiti pengamalan Islam di negara-negara Balkan yang sangat lemah, sedangkan mereka pernah di bawah Empayar Islam, sangat menyedihkan hati YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali lalu timbul rasa ingin membantu menguatkan Islam mereka. Penutupan aurat, makanan halal, kelas-kelas pengajian masih belum meriah. Susah nak nampak wanita memakai tudung di bandar Sarajevo. Restoran pula menghidangkan minuman keras walaupun pemiliknya mengaku Muslim. Maka Ahli Lembaga Penasihat GISBH bersetuju untuk bertapak di Sarajevo bermula dengan kunjungan ke sana dan penyertaan di Expo Halalnya.
Berdakwah via nasyid
Kembara ke Rusia pula kerana jemputan Mr Marat Kabayev yang bersungguh-sungguh mempelawa Dato’ Lokman Hakim, CEO GISBH ke Rusia. Dalam kembara ke Rusia, pihak GISBH dapat menjalin silaturrahim dan berziarah sambil berdakwah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam sepanjang perjalanan. Rupa-rupanya ada masyarakat kecil Muslim di Poland dan masyarakat Islam yang memberikan sambutan hangat di Samara dan Kazan. Mereka sangat inginkan produk Muslim samada makan minum, pakaian malah apa sahaja. Mereka ingin hidup cara Islam sebenar kerana telah lama terhalang sebelum ini. Sekarang Rusia sangat terbuka dan memberi ruang kepada orang Islam mengamalkan ajaran Islam, malah NGO Muslim dan dewan perniagaan Muslim di sana sangat aktif.
Sampai ke pengetahuan anjang juga orang bertanya tentang kembara-kembara GISBH ini. Ada yang memang inginkan info, ada yang sangat menyokong, ada yang mempersoalkan, ada yang memang sentiasa tak puas hati.
Pemandangan dari apartmen yang kami sewa di Genoa, Italy.
Kepada yang menyokong dengan doa, rintihan, harapan atau yang menyumbang harta tenaga dll anjang ucapkan ribuan terima kasih, moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan di dunia dan akhirat.
Bagi yang mencari info dan maklumat, anjang ucapkan terima kasih dan selalu-selalulah menjenguk AM Travelog ni.
Dia nak songkok Ikhwan, hadiahkan la. Orang Senegal
Bagi yang mempersoalkan, anjang pun nak bertanya, orang ke negara-negara barat, joli sana sini, membeli barang berjenama dan bermegah-megah dengannya, masuk keluar pusat hiburan, menonton sukan dan lain-lain yang tak menambah iman dan takwa, sikit pun tak persoalkan. Orang ke Korea, ketagih muzik Korea dan cinta sangat kat muka pembedahan plastik sedangkan idola mereka tu, istinja’ pun tak tahu, pasal apa tak sibuk? Bila ada yang nak kembalikan kegemilangan Islam seperti zaman Empayar Islam zaman dahulu, kenapa sakit hati? Tanya je.
Makanan Senegal
Bagi yang sentiasa tak puas hati ni, sejarahnya panjang. Semasa anjang remaja, masuk jemaah, mereka ini juga yang mengatakan tiada masa depan, nak makan apa, nak kerja apa, dah elok-elok dapat tawaran sekolah sains, pergi sekolah tak ada sijil. Bila anjang belajar luar negeri, senyap sekejap. Bila balik tak kerja kerajaan atau makan gaji, bising lagi. Kenapa itu? Kenapa ini? Dulu semasa masuk sekolah bukan yang mereka kehendaki, sibuk mengata; nanti kahwin sapa pun tak nak. Bila anjang kahwin satu, pastu dua, pastu 3 dan 4, bising lagi. Kahwiiinnn je! Tak ada kerja lain?! Bila anjang buat kerja dakwah melalui Tijarah, sibuk bising, jalaaaannnn je, habiskan duit anak buah je. Semua tak kena. Semua tak betul. Bukan nak bertanya apa yang tak tahu, tapi ada masalah lain. Orang macam ni ada penyakit hasad. Itu semua bukan masalah anjang, tapi masalah dia.
Kapal selam
Yang pergi kembara ni bukan pemimpin GISBH je! Majoriti yang terlibat remaja. Mereka sedang dilatih macam-macam perkara. Nak detailkan kena tulis pos baru. Sejuk duduk di anjung apartmen ni walaupun isunya panas.
AM menulis
Apartment SAL Immoboliare S.r.l. Genoa, Italy.
8.33am, Nov 12, 2019
luasnya bumi Allah ni untuk umatnya. Suhanallah!
Semuga kami juga boleh mengembara seperti yg d nikmati anda.🤲🏼Aamiin🌺🇲🇾
Kembara berkat, terima kasih Tuan am
Alhmdulillah, semoga usaha murni sdr anjang dan sahabat semua sentiasa di cucuri rahmat serta di permudahkn lagi..
Ingin sangat saya sertai..
Semoga di izinkn Allah..
In shaa Allah.. aamiin
Aamiin… doakan