Bantu Uyghur!!!
China ingin menghapuskan etnik Uyghur. Mereka dikontrol secara brutal oleh negara. Pemimpin dunia bukan sahaja tidak memperdulikan bahkan mempercayai dakwaan China bahawa kem tahanan dan penyeksaan hanya Pusat Latihan Vokasional.
Sedangkan terdapat bukti adanya pengawasan secara ekstrim, laporan-laporan penyiksaan, penahanan lebih 1 juta orang Uyghur. Semuanya merupakan keseluruhan usaha yang jelas dilakukan China untuk menghapuskan indentiti Uyghur dari wilayah perbatasannya.
Uyghur merupakan satu bangsa berketurunan Turki, campuran bangsa Eropah dan Asia Tengah. Sebagaimana diketahui mereka telah lama mendiami Turkistan Timur yang China namakan sebagai Xinjiang.
Makanan mereka terkenal di seluruh dunia, sangat lazat dan dipengaruhi oleh kuliner China, Yunan, Farsi dan Arab. Mereka mempunyai tarian tradisional yang energik namanya Sanam. Bahasa mereka pula boleh di tulis menggunakan huruf Arab, Latin dan Cyrilic (Asia Tengah). Mereka bukan orang Cina. Mereka orang Uyghur. Kebudayaannya yang indah membuatkan China mengeksploitasinya untuk meningkatkan pelancongan. Namun di saat yang sama, menindas penduduknya.
Bangsa Uyghur adalah penganut Islam Sunni yang inginkan kemerdekaan dari China. China telah berupaya mengubah ini selama beberapa dekad. Ia bermula apabila pada tahun 1949 Parti Komunis pimpinan Mo Zedong mengambil alih China. Setelah 5 tahun perang saudara yang banyak meragut nyawa, mereka teruskan dengan menyerang Turkistan Timur untuk mencegah Rusia merebutnya.
Pada Komunis agama dianggap candu/dadah yang bercanggah dengan ideologi mereka maka penindasan dengan cepat dilakukan ke atas apa sahaja yang berbau agama.
Orang Uyghur dihukum kerana melakukan ibadah sembahyang di tempat umum. Masjid-masjid mereka dihancurkan atau diubah fungsinya.
Dengan sokongan dari kerajaan pula, majoriti Cina Han mula berpindah ke wilayah ini secara sistematik pada tahun 1950’an. Mereka membangunkan penempatan-penempatan dan industri-industri yang bertambah maju di wilayah ini. Komposisi penduduk Han akhirnya menjadi 39% dari populasi wilayah ini. Jumlah itu terus meningkat malah mencapai peningkatan hingga 1000% sejak tahun 1949.
Orang Uyghur melihat kedatangan bangsa Han untuk merampas tanah-tanah mereka dan mengubah masyarakat mereka. Hakikat sebenarnya adalah teknik penjajahan melalui pendudukan oleh pendatang dari luar. Secara nature mereka menganggap orang-orang baru ini sebagai penjajah yang merebut tanah-tanah mereka.
Etnik Han yang miskin dari seluruh China secara rutin berpindah ke wilayah barat (Xinziang) untuk bekerja kepada Bingtuan. Bingtuan ini ialah kelompok separuh tentera yang yang menguasai tanah dan sumber alam yang diambil oleh kerajaan China daripada Uyghur.
Semunya bermula bila Mao Zedong mengasaskannya pada tahun 1954 Bingtuan pada mulanya adalah petani dari pesara tentera. Mereka adalah veteran tentera yang asalnya diletakkan di situ untuk melindungi provinsi ini dari Rusia. Anehnya ketika Rusia tidak lagi menjadi ancaman, kelompok ini tidak kembali ke tempat asal mereka tetapi terus tinggal di Turkistan Timur ini dan berkembang populasinya. Sekarang bilangan mereka lebih 3 juta orang yang kukuh menjalankan lebih dari 2000 industri di bidang pertanian, tenaga, keamanan, kewangan dan media.
Pembahagian pentadbiran Bingtuan membuatkan pemerintah pusat membuat dasar anti Uyghur. Di saat yang sama, mereka memperolehi keuntungan dari tanah dan sumber semulajadi yang mereka rampas.
Nilai Export dari Xinjiang ini mencapai 6.7 bilion USD pada tahun 2017 termasuk antaranya hampir 1/5 keperluan sos tomato dunia berasal dari sini dan bertan-tan kapas untuk keperluan jenama-jenama pakaian terkenal juga dari sini.
Xinjiang juga terkenal kaya dengan bahan bakar fosil. Dianggarkan terdapat 150 bilion barrel minyak dari buminya, 40% arang batu Cina dan Tarim Basin ( Xinjiang utara) membekalkan 23.5 juta meter Isipadu gas asli pada tahun 2017. Bahan-bahan mentah ini dihantar ke pusat-pusat pengilangan di China. Ini adalah transaksi bernilai multi bilion USD di mana semua mereka menikmati keuntungannya sedangkan tidak bagi orang Uyghur. Mereka tidak menerima keadilan, didiskriminasikan dari peluang pekerjaan bahkan di beberapa wilayah mereka hanya mendapatkan RM50 sebulan, kerana semua pekerjaan dan sumber asli diberikan kepada para penduduk etnik Han.
Uyghur merasakan hak-hak mereka dirampas, mereka merasakan tanah mereka diambil, sedangkan mereka tidak mendapat keuntungan sama sekali. Kesan yang paling jelas ialah kos hidup semakin tinggi. Kerana pendatang Han yang datang mengembangkan perniagaan mereka dan menyebabkan harga barang keperluan meningkat dan bahan-bahan asas jauh lebih mahal. Oleh kerana ramai orang Uyghur tiada pekerjaan mereka tidak mendapat penghasilan dan wang untuk membeli keperluan asas sehingga angka kemiskinan mereka semakin meningkat.
Kerana ketidakadilan dan diskriminasi inilah menyebabkan terjadinya penentangan dan aksi kekerasan terhadap etnik Han. Pada tahun 80’an dan 90’an kelompok pemisah yang terancang melakukan pemberontakan terhadap kerajaan China tetapi gagal.
Pada tahun 2009 lebih 200 orang terbunuh dalam rusuhan di ibu kota Xinjiang, Urumqi. Pada tahun 2017 pula 3 orang bersenjatakan pisau membunuh 8 orang di Guma, Xinjiang Selatan.
Sekarang kerajaan China meletakkan kod QR pada setiap pisau yang dibeli oleh Uyghur.
Beberapa orang Uyghur pula berjaya direkrut oleh kumpulan militan seperti ISIL dan Al Qaeda yang menjadi alasan kepada China menggunakan tindakan keras terhadap mereka.
Malangnya kerajaan China lakukan tindakan terhadap bangsa Uyghur kesemuanya dengan usaha yang mereka sebut sebagai 3 kejahatan:
Pemisah, Pengganas dan Ekstrim Agama.
Perempuan Uyghur dilarang bertudung dan lelakinya dilarang berjanggut panjang. Ibadah puasa dilarang. Beberapa nama Muslim untuk bayi yang baru lahir dilarang. Ibu bapa dilarang memberi pendidikan Islam dan Uyghur kepada anak-anak mereka.
Remaja di bawah 18 tahun dilarang ke masjid ketika ada kuliah agama. Al Quran dan tafsir yang beredar mesti mendapat kelulusan negara terlebih dahulu di mana ada teks-teksnya diubah agar sesuai dengan ideologi parti Komunis.
Ibadah haji tidak dibenarkan, kebebasan bergerak di sekat. Paspot-paspot mereka dirampas ketika Chen Quangou memerintah wilayah ini. Pekerjaannya sebelum itu ialah melakukan penindasan terhadap musuh politiknya di Tibet.
Sekarang polis di Xinjiang mendapat bajet yang sangat besar dari pusat. Pegawai pemerintahnya menggunakan teknologi moden, propaganda dan ancaman/ugutan untuk mengawal aksi dan pemikiran Etnik Uyghur. Subuh Jumaat, ketika anda bangun dan berusaha ke masjid, polis China akan menahan anda dan lakukan Imbasan mata juga pemeriksaan tubuh. Ketika anda di masjid pula dan memandang ke atas, ada gambar Presiden Xi Jinping. Anda tidak boleh memaparkan gambar orang lain di Masjid. Mereka dipaksa untuk mengagungkan bendera merah China dan gambar Xi Jinping di masjid.
Pada tahun 2017, China membelanjakan 8.5 billion USD untuk mengawal setiap aspek kehidupan masyarakat Uyghur. Xinjiang dipenuhi dengan ribuan kamera kawalan dan cctv yang sangat banyak diantaranya dilengkapi teknologi pengecam wajah.
Kenderaan wajib didaftarkan untuk melalui perjalanan-perjalanan yang berisiko di antara wilayah. WiFi sniffer dan aplikasi yang wajib untuk memeriksa hp orang Uyghur apakah ada konten yang di anggap tidak benar secara politik.
Orang Uyghur dipaksa memberi sampel DNA, data biomatrik wajah, cap jari dan informasi peribadi mengenai kehidupan beragama dan hubungannya. Negara kemudian memutuskan Apakah mereka tidak berbahaya dan informasinya dimasukkan ke dalam kad pengenalan yang perlu ditunjukkan di pos pemeriksaan, petrol pump dan supermarket.
Mana-mana orang Uyghur yang dianggap berbahaya akan dihantar ke penjara atau kem-kem pendidikan. Organisasi HAM melaporkan bahawa ada lebih dari 1 juta orang Uyghur di kem tahanan ini tetapi China menyebutnya sebagai Pusat latihan vokasional. Mereka yang ditahan di sini atas tuduhan bersikap ekstrim seperti bernikah menggunakan upacara keagamaan, tidak mahu menonton tv kerajaan atau kerana berubah rutin kehidupan seperti membeli banyak bahan makanan lebih dari biasa.
Mereka dipaksa mengibar bendera China di luar rumah. Menggantung gambar Xi Jinping dan pemimpin komunis yang lain di rumah. Rumah mereka diperiksa apakah ada digantung gambar-gambar Islami di dindingnya seperti gambar ayat Al Quran atau gambar masjid sedangkan ia adalah kebiasaan masyarakat Uyghur sejak sekian lama.
Jika perisikan atau tentera kerajaan melihat benda-benda tersebut, mereka terus melebelkan orang itu ekstrimis atau mencurigakan. Antara kegiatan dalam kem ialah memuji-muji Xi Jinping, mempelajari propaganda komunis, mengkritik dan menghina Bahasa Uyghur, Kebudayaan mereka dan agama Islam. Ada juga laporan tahanan itu dipukul, disiksa bahkan dibunuh dalam kem-kem tersebut. China menolak semua tuduhan-tuduhan HAM ini.
Ada beberapa sebab mengapa negara lain bungkam tidak menentang kebiadapan China ini antaranya China sedang di peringkat awal projek multi-trilion Dollar: Belt and Road Initiative. Satu projek insfrastruktur bercita-cita tinggi yang melalui lebih dari 60 buah negara dan bertujuan untuk memudahkan dunia untuk melakukan perdagangan dengan China.
Majoriti jalurnya melalui Xinjiang tanah dan rumah bagi bangsa Uyghur. China secara tidak langsung membayar agar negara-negara ini tetap bungkam tidak masuk campur penindasan mereka terhadap etnik Uyghur. Negara-negara ini akan mendapatkan pinjaman jutaan USD untuk membangunkan insfrastrukrur, jalanraya, rel keretapi dan jalur paip agar mudah digunakan. Jumlah ini cukup untuk membuatkan mereka tutup mata atas penderitaan yang menimpa orang Uyghur. Tiada yang bersuara membantah dari negara-negara Islam.
Moga Allah bantu umat Islam Uyghur melepaskan diri dari kezaliman yang melampau ini.
Sumber: AlJazeera
Villa GISBH Mekah
11.18pm, Dis 23, 2019
Baca juga: