AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Telaga ‘Ain Tiflah di ‘Asafan, Saudi

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Semalam dalam perjalanan Madinah-Mekah, Kiyai tanya anjang lagi,

Tuan pernah pergi ke ‘Ain Tiflah?”

“Kat mana tu? Ada apa di situ? Tak pernah lagi rasanya…”

“Telaga, Rasulullah SAW ludah. Airnya bercampur dengan air ludah Nabi… Airnya manis dan sejuk.”

“Kena pegi tu, tak pernah sampai lagi… kat mana.”

“Jap ana tengok Google…” kata Kiyai sambil drive. Bahaya juga pemanduannya sambil nak tengok Hp. Anjang yakin dia drive ok tapi kat luar tu banyak kamera. Katanya dia akan snap gambar mereka yang tak pakai tali pinggang keledar tapi kalau ada yang guna Hp, kena saman sekali la. Saman terus masuk ke sms pemilik kenderaan.

Klik video di bawah:

TELAGA LAMA DAN AIN TIFLAH

Kita baru terlepas, kita u turn ya Tuan?”

“Ok la!”

Kami cari patah balik dan mencari lokasi, masuk ke satu pekan dan berpandukan Google Map, akhirnya sampai juga ke destinasi.

Kawasannya bertembok batu susunan lama yang menarik. Di dalamnya ada kawasan lapang. Oleh kerana tiada panduan, kami terus menuju ke hujung sudut kiri kerana kelihatan ada telaga lama di situ.

Rasa seram dan gayat melihat kedalaman dan ukur lilit mulut telaga yang luas. Tak tau berapa diameter. Tapi ia kering dan yang peliknya ada satu tangga menuju ke dalam telaga. Dapatlah masuk ke dalam telaga yang sangat dalam dan luas. Terasa berdengung telinga. Ingatkan ini telaga Tiflah rupanya bukan. Pun begitu dapatlah melihat kesan binaan orang-orang dahulu.

Cuba zoom. Kami sayup di bawah tu… berdengung telinga.
Dalam telaga
Tengok susunan batu-batunya… Naik atas keluar.
Cover Album Nasyid
Tangga menuju ke dalam telaga

Selepas itu kami beralih ke sudut kanan pintu masuk, ada satu pintu lagi bertembok dan menurun beberapa mata tangga, di sini terdapat dua bangunan kecil. Satu dipercayai tandas dan bilik air tetapi telah usang dan tidak digunakan, satu lagi seperti rumah untuk meletakkan pam air.

Depan Ain Tiflah yang berkat

Alhamdulillah kami telah berada di hadapan telaga Tiflah, salah satu tempat penuh berkat. Jaraknya kira-kira 79km dari Mekah, melalui highway menuju ke Madinah. Jarak dari bandar Jeddah kira-kira 25km.

Diceritakan suatu ketika Rasulullah SAW dan para sahabat menuju ke Mekah untuk mengerjakan umrah lalu singgah ke telaga ini kerana haiwan tunggangan telah kehausan tetapi tidak boleh minum air telaga ini kerana rasanya yang masin.

Sila klik untuk tonton video:

TELAGA AIN TIFLAH

Baginda meminta diambilkan satu baldi airnya, lalu baginda meludah ke dalam baldi itu dan diminta tuangkan ke dalam telaga ini. Maka ketika itu air telaga ini berubah menjadi tawar dan sedap diminum.

Dari perkataan ludah (Tifl) datang nama telaga Tiflah atau telaga ludah Nabi. Telaga ini tidak pernah kering sejak beberapa kurun kerana ada riwayat Hadis mengatakan Nabi Ibrahim, Nabi Nuh dan Nabi Hud juga pernah menggunakan telaga ini.

Dalam kitab Tafsir Kabir karangan Imam Al-Tabarani, dalam tafsiran ayat 22 Surat Al-Hajj beliau berkata:

” عن ابنِ عبَّاس قال: ” حَجَّ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أتَى وَادِيَ عَسَفَانَ قَالَ: ” لَقَدْ مَرَّ بهَذا الْوَادِي نُوحٌ وَهُودٌ وَإبْرَاهِيْمُ عَلَى بَكْرَاتٍ حُمْرٍ خَطْمُهُنَّ اللِّيْفُ، يَحُجُّونَ الْبَيْتَ الْعَتِيْقَ ” اه

Ibn Abbas berkata:” Rasulullah SAW telah pergi menunaikan haji, apabila dia datang atau sampai ke Lembah Asafan baginda bersabda: “Kami telah lalu di lembah ini Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Hud pernah melalui kawasan ini menunggang unta jantan muda berwarna kemerah-merahan yang tali kekangnya dibuat dari kulit pergi menunaikan haji ke Baitul Atiq (Kaabah).

Mulut telaga ini telah ditutup dengan kepingan besi kecuali sedikit. Ada tali dan tong plastik untuk mengambil airnya. Ia tidak diurus dengan selayaknya sedangkan ia adalah khazanah umat Islam sedunia. Mungkin Saudi lebih suka mengurus artis barat dan Korea di Jeddah dan Riyadh dari telaga yang tak memberi mereka pulangan dunia.

Akibat tidak diurus, ketika mengambil air, terdapat banyak sampah-sampah dedaun kayu dll dalam air. Rasanya pula masin, payau dan ada sedikit pahit. Mungkin kerana ada pokok di sebelahnya memberi kesan padanya. Rasanya macam pokok bidara, wallahu A’lam. Tapi anjang ambil juga sedikit untuk campurkan dalam koleksi air-air yang ada pada anjang. Moga-moga ada keberkatannya.

Adalah ambil sedikit untuk keberkatan

Terima kasih Rasulullah SAW, walaupun telah lebih 14 kurun kami ditinggalkan tetapi kesan-kesan perjuangan Paduka Tuan masih dapat kami ziarahi. Terima kasih juga kepada seluruh pimpinan GISBH khususnya YBhg Tuan Nasir yang menyediakan segala kemudahan Villa penginapan, GMC, staf di kalangan RPU hingga dapat melawat tempat-tempat begini. Kalau pakej biasa-biasa tak dapat pengalaman begini.

Villa GISBH Mekah

1.40pm, Dis 24, 2019

  • https://www anjangmuor com/2019/12/24/telaga-ain-tiflah-di-asafan-saudi/ (145)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *