AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Kubu Asafan Uthmaniah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Selepas keluar dari kawasan telaga ‘Ain Tiflah yang berkat, kami mengambil jalan menghala ke Mekah semula. Tiba-tiba anjang terpandang satu kota lama yang menarik. Apa lagi terus capai Hp untuk snap gambar. Iphone lama je, tak la sama macam Hp Abil. Tapi berjasa sebab dapat kongsi gambar pada ramai orang.

“Kota apa ni? Nampak cantik dan strategik!”

Kiyai slowkan GMC beri peluang anjang snap. Takut juga kalau ada kereta laju dari belakang.

“Ini Kubu lama zaman Uthmaniah…” kata Kiyai yang terus masuk ke tepi dan pusing bukit tersebut betul-betul depan pintu masuknya.

“Alhamdulillah buka, kita boleh masuk. Selalunya berkunci..” kata Kiyai.

Kota itu di atas sebuah bukit kecil, tetapi sangat strategik kerana darinya boleh melihat mereka yang datang dari arah Mekah dan dari arah Madinah.

Asalnya kubu ini terletak di atas bukit yang agak besar tetapi projek lebuhraya Mekah-Madinah telah meruntuhkan sebahagian dari bukit ini untuk laluan lebuhraya, maka keluasannya berkurang. Malah ketika pembinaan tersebut, ada sudut kubu ini yang turut runtuh.

73 mata tangga ok lagi, Jabal Arbaien 600 lebih mata tangga.

Pihak berkuasa tempatan mengambil tanggungjawab memuliharanya dengan membinanya semula dan menambah binaan anak tangga untuk memudahkan pengunjung sampai ke atas kubu. Ia juga ditambah dengan lampu limpah untuk pencahayaan di waktu malam. Patutlah anjang biasa nampak bangunan kubu lama dengan cahaya-cahaya yang menarik di waktu malam bila melalui kawasan ini. Allah izinkan dari bulan 3 tahun ini, hampir setiap bulan anjang ke Haramain.

Pintu kubu. Tak pasti dari asal atau baru dibina oleh kerajaan Saudi

Setelah memanjat penuh semangat 73 mata tangga kami berada di muka pintu kayu Kubu Asafan di puncak bukit itu. Di atas hanya terdapat dataran dan banyak anjung bertingkap atau berlobang untuk meninjau ke bawah. Ertinya dari puncak kubu ini para tentera boleh lihat pergerakan kafilah yang datang dari berbagai arah. Kira kubu ini adalah post kawalan tentera untuk mereka yang hendak masuk atau keluar kota Mekah.

Meninjau dari tingkap

Di samping itu ada satu ruangan bertangga ke bawah, apabila kita masuk terdapat ruang yang Kecil bersambung ke bahagian lain yang bertutup dengan dinding. Mungkinkah ada laluan rahsia sebelum ini, wallahu a’lam. Kerana maklumat yang kita perolehi, tangga itu baru dibina walaupun menggunakan jenis batu yang sama. Sedangkan sudah tentu ada laluan khusus tentera di era Uthmaniah untuk menaiki kubu ini untuk berkawal.

Tangga ke bilik kubu
Mulut bilik kubu
Susunan batu bilik kubu

Teringat YBhg Tuan Nasir ada minta buat beberapa menara tinjau di Air Bintan. Dah buat satu tapi sampai sekarang belum disiapkan. Abang Haris dah balik Sungai Penchala. Tak datang dah. Kalau siap tu boleh nampak hampir keseluruhan Ikhwan Resort Air Bintan dari atas menara tinjau. Ikut cadangan Tuan Nasir boleh jadikan tempat suluk, menulis, tumpu ibadah untuk beberapa orang sambil mengawal seluruh kampung.

Villa GISBH Mekah

4.46pm, Dis 26, 2019

VIDEO Kubu Asafan Uthmaniah

P/s Maaf lambat pos sebab banyak hal lain.

Gambar waktu malam. Sila klik gambar untuk video.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *