Peraturan wajib songkok di Kelantan ‘idea bodoh’, kata ahli akademik
PETALING JAYA: Seorang ahli akademik mengutuk keputusan kerajaan Kelantan mewajibkan pemakaian songkok dalam kalangan penjawat awam lelakinya setiap hari Khamis sebagai satu langkah yang tidak menyumbang apa-apa bagi membaiki kebajikan hidup rakyat di negeri itu.
Mohamed Ghouse Nasuruddin, profesor emeritus seni persembahan di Universiti Sains Malaysia berkata, kerajaan negeri pimpinan PAS itu sepatutnya memberi perhatian pada pembangunan ekonomi, bukannya mengeluarkan arahan yang “tidak masuk akal”.
Bercakap kepada FMT, beliau menuduh PAS gagal mengurus ekonomi Kelantan dan mendakwa ia mempunyai kecenderungan untuk lebih mengutamakan bentuk berbanding isi dalam usaha menonjolkan sisi Islamnya.
Beliau menyifatkan arahan pemakaian songkok itu sebagai “bodoh” dan menghindari tugas meningkatkan produktiviti ekonomi yang “lebih penting”.
Katanya, PAS biasanya dikaitkan dengan kopiah, bukan songkok, dan parti itu kini seolah-olah mahu dilihat seperti Umno yang kebanyakan ahlinya memakai songkok dalam acara rasmi parti itu.
“Mungkin mereka mahu mengambil hati Umno dan mungkin Umno akan memakai kopiah sekarang,” katanya.
Umno dan PAS menandatangani satu piagam kerjasama pada Sept lepas.
Terdapat kira-kira 5,000 penjawat awam lelaki di Kelantan dan berdasarkan satu arahan bertarikh 19 Dis yang berkuat kuasa serta-merta mereka dikehendaki memakai songkok setiap Khamis.
Pada Rabu timbalan setiausaha kerajaan negeri Tengku Azmin Jaafar berkata, arahan itu selari dengan usaha mempromosi imej Islam Kelantan.
Sumber: FMT
AM:
1. Pakai songkok itu sangat baik. Bukan hari Khamis sahaja. Setiap hari. Songkok atau apa sahaja penutup kepala yang sesuai dengan Islam seperti kupiah, tarbus, serban di atas kupiah semuanya perkara yang baik dan terpuji dalam Islam tetapi bukan cap/topi kap. Cap jelas bukan dari pakaian Umat Islam.
2. Kanak-kanan tadika pun tahu masuk tandas pun sunat menutup kepala. Ketika makan minum pun sunat menutup kepala apa lagi berjalan ke sini ke sana, sangat dituntut menutup kepala. Ia dipanggil menjaga muru’ah. Menjaga kehormatan diri.
3. Dalam kitab menyatakan orang yang sentiasa tidak menutup kepala ini kesaksiannya ditolak. Ulama terdahulu menuqilkan dalam kitab-kitab mereka bahawa antara ciri-ciri orang fasik itu sentiasa atau melazimi tidak menutup kepala ketika berjalan di merata tempat. Di dalam kitab disebut berjalan di pasar.
4. Lihatlah sendiri kitab Matla’ul Badrain yang suatu ketika dahulu menjadi teks wajib Sekolah Agama Negeri Johor. Juga kitab Sirrus Salikin. Pengarang kitab-kitab turath ini adalah ulama yang sangat dipercayai, ikhlas dan tiada kepentingan. Mereka mendidik masyarakat agar hidup mengikut Syariat Allah dan menzahirkan syiarnya.
5. Sebenarnya memang benar, tak memakai kupiah itu ciri-ciri orang fasik. Kesaksian mereka tidak boleh diterima. Seperti yang kita sebut, alangkan masuk tandas pun adabnya kena tutup kepala, inikan pula di luar tandas. Inikan pula berjumpa orang ramai. Berjalan-jalan ke sana, ke sini. Bahkan, inikan pula bertemu Allah, mengadap Tuhan dalam sembahyang. Sebab itulah Saiyidina Ibnu Umar RA pernah memarahi hambanya yang bersolat tanpa memakai penutup kepala. سبق في أثر ابن عمر أنه قال لمولاه نافع: «أتخرجُ إلى النَّاس حاسرَ الرَّأس؟ قال: لا، قال: فالله أحقُّ أن يُستحى منه» وهو يدلُّ على أن الأفضل ستر الرأس “Telah kami sampaikan sebuah atsar dari Ibnu Umar, beliau berkata kepada maula-nya, Nafi’:‘Apakah engkau keluar menemui orang-orang tanpa penutup kepala? Nafi’ berkata: Tidak. Ibnu Umar berkata: Sungguh malu kepada Allah adalah lebih layak daripada kepada yang lain‘. Hal ini menunjukkan bahwa menutup kepada itu lebih afdhal”
6. Cuba teliti, ketika ihram haji dan umrah tidak dibenarkan memakai penutup kepala samada songkok atau kupiah. Ia termasuk larangan dalam berihram. Cuba fikirkan. Wajib buka. Kalau pakai juga, kena dam. Ini menunjukkan selain waktu ihram kena pakai. Tidak akan datang hukum wajib buka, kalau memang dah terbuka. Ini menunjukkan orang Islam sentiasa memakai kupiah dan serban atau seumpamanya.
7. Walaupun Ulama tidak mengatakan wajib tapi mereka mengatakan ia sangat dituntut. Sunat hukumnya. Meninggalkannya menghilangkan wibawa. Makruh. Makruh itu Allah benci. Kenalah rasakan macam mana Allah benci. Boss benci pun dah merana, lagilah Allah.
8. Lebih-lebih lagi kalau meninggalkannya kerana ingin mengikut ‘style’ orang kafir, maka jelas haramnya.
9. Juga haram bila meninggalkannya kerana malu memakai pakaian sunnah. Malu tak bertempat.
10. Sebab itu ketika nak nikah, semua orang atau sebahagian besar pakai songkok. Pakai kupiah. Bukan pengantin sahaja. Agar semua yang menghadiri majlis kembali kepada adil, keluar dari kefasikan. Malah jurunikah mengajak beristighfar dan perbaharui syahadah. Memohon ampun dan kembali kepada Islam kerana umum manusia terlibat dengan dosa malah ada yang jatuh kafir tanpa sedar. Itulah hikmahnya
11. Tetapi ia sepatutnya hasil dari didikan dan tarbiah. Pimpinan yang berterusan. Percayalah dengan didikan dan pimpinan, perokok pun akan malu dan takut dengan Tuhan lalu meninggalkan rokok tanpa paksa. Itu yang berlaku di dalam GISBH.
12. Begitu juga memakai songkok, sepatutnya orang yang memperjuangkan Islam telah lama mendidik masyarakat dan rakyatnya agar cinta Allah dan Rasul lalu melaksanakan Syariat Allah dan Sunnah Rasul dengan dorongan iman dan rela hati. Bukan dengan akta dan undang-undang.
13. Kalau dengan akta dan undang-undang semata-mata, belajarlah dari Saudi. Apa yang telah terjadi sekarang? Konsert besar-besaran, pergaulan lelaki perempuan bukan mahram berleluasa. Bahkan sejak lama dahulu, bila keluar Saudi, terserlah sikap sebenar, samada kita tahu atau tidak je.
14. Kalau buat kerana Allah, ia akan istiqamah. Ia akan dipakai setiap hari. Allah pemilik semua hari, semua minggu, semua tahun. Allah bukan Tuhan kita hanya untuk hari tertentu atau bulan Ramadhan sahaja.
15. Kemudian dalam memilih songkok atau kupiah Anjang cadangkan pilih songkok Ikhwan. Songkok Ikhwan ni bukan macam songkok tradisi dari baldu dan suratkhabar tu. Songkok baldu tu tak boleh basuh. Kalau basuh rosak. Kalau kena najis atau busuk, susah diuruskan. Tapi songkok Ikhwan boleh dicuci. Siapapun pakai akan naik seri mukanya, lebih-lebih lagi mukanya memang dah berseri seperti Fazly Mazlan. (Ini bukan puji kerana sama-sama orang Muo, memang betul pun)
16. So Prof yang kata wajib pakai songkok tu idea bodoh sila tetapkan pendirian anda sekarang. Anda boleh kritik kelemahan pentadbiran kerajaan negeri tetapi tak seharusnya mengatakan idea memakai songkok itu ‘tak masuk akal’. Ia syiar agama kita, kalau semua nak kena ‘masuk akal’ professor, macam-macam perkara asas dalam agama ni pun akan berubah.
17. Orang politik pula, harapan saya, bangunkan lah agama Allah ini dengan dakwah, didikan, tarbiah, asuhan, panduan, pimpinan berterusan. Mulakan dengan diri dan keluarga. Mulakan dalam parti dahulu. Mudah-mudahan tanpa akta dan peraturan pun orang akan laksanakan kecuali sedikit yang berdegil.
Villa GISBH Mekah
1.59pm, Dis 28, 2019
Songkok Ikhwan ni dah mendunia. Nanti kita buat design lain yang bulat, yang tajam kerana lain orang lain citarasanya. Yang penting pakai kupiah atau songkok.
Saudara Ali Ma Da Peng , seorg kontrator jalanraya dan bangunan di China.
Hj Ali Ma Xian, pemilik kilang roti dn bakeri terbesar di bandar Kai Yuan, Yunnan. Beliau juga telah membuka 27 rangkaian bakeri di sekitar daerah Hong He, Yunnan
- https://www anjangmuor com/2019/12/28/peraturan-wajib-songkok-di-kelantan-idea-bodoh-kata-ahli-akademik/ (1)