Speaker Dewan Rakyat Di Restoran Nur Malaysia Tashkent I
Restoran Nur Malaysia Tashkent yang baru beroperasi dalam 2 bulan setengah telah menerima ramai tetamu dari Malaysia dari berbagai kalangan. Terkini Restoran Nur Malaysia Tashkent didatangi oleh YB Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, Speaker Dewan Rakyat, isteri, 2 orang anak mereka ditemani oleh seorang Tourist Guide dan pemandu.
Walaupun Tan Sri dan rombongan sampai agak lewat iaitu sekitar jam 10 pm tetapi staf GISBH telah menyediakan ruangan khas untuk mereka. Cadangan awal untuk menyediakan ruangan VIP untuk mereka terpaksa dibatalkan kerana telah ada pelanggan lain menggunakannya dahulu.
Mr Kahraman sebagai Tourist Guide yang telah lama mengenali kita mmperkenalkan wakil GISBH kepada pada Tan Sri dan Puan Sri yang ramah orangnya dan bertanya kepada staf GISBH berasal dari mana di Malaysia. Puan Sri berkata Tan Sri berasal dari Sg. Petani Kedah dan beliau pula dari Pahang.
Staf Restoran mengatakan CEO GISBH juga berasal dari Pahang. Tan Sri seakan mengenali dan menyebut nama YH Dato’ Lokman Hakim.
Pihak GISBH menceritakan yang YB Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin adalah kawan baik Dato’ CEO dan GISBH pernah bekerjasama dengan Tourism Pahang dalam Kembara Pahang-London.
Rombongan Tan Sri telah sampai ke Uzbekistan sejak beberapa hari lalu setelah selesai menunaikan umrah. Sebenarnya YB Dato’ Mohd Rashid Hasnon yang memberitahu pihak Nur Malaysia akan kedatangan beliau dan keluarga pada 26hb Disember. Mereka sangat ingin menziarahi makam Imam Al Bokhari dan kata Puan Sri, “Alhamdulillah hajat Tan Sri tercapai juga.”
Puan Sri ada bertanya berapa umur En Abbad dan terkejut bila diberitahu masih muda baru 22 tahun tetapi telah menjadi Manager Syarikat di luar negara. En Abbad mengambil peluang menceritakan dalam GISBH kebanyakan tenaga adalah di kalangan para remaja yang disusun untuk ditugaskan di mana-mana yang diperlukan termasuklah di luar negara seperti di Istanbul, Dubai, London dan lain-lain.
Mendengarkan itu, Tan Sri bertanya di London, Restoran GISBH di mana? dimana? Staf GISBH menjawab di Acton. Beliau yang pernah pergi ke Restoran GISBH di Dubai mengatakan ia lebih kecil dibandingkan yang di Tashkent.
Staf GISBH juga memaklumkan yang GISBH juga mempunyai restoran di Australia. Puan Sri memberi komen;
“Bagus lah, GISBH sebelum ini tersorok tapi sekarang telah berada di mana-mana dan banyak menghasilkan produk sendiri.”
Waktu hendak pulang mereka melihat-lihat gambar ALP dan GIIBF lalu Wakil staf mmperkenalkan para ALP dan menceritakan program GIIBF tahun lepas. Antara yang menarik perhatian mereka ialah Mufti AlJelali dari Algeria.
Antara komen mereka ialah:
“Teh Tarik Sedaaappp!”
Begitulah para remaja GISBH dididik untuk takutkan Allah, rindukan Nabi dan diberikan tugas dan tanggung jawab. Melalui tanggung jawab yang mereka laksanakan mereka berpeluang mengenal masyarakat di dalam dan luar negara.
Selama ni tengok YB Tan Sri Ariff dengan tenang mengendalikan ahli-ahli parlimen yang bertikam lidah. Memberi peluang yang patut berucap, memberi ucapan. Meminta yang menggunakan perkataan yang tidak sesuai menarik balik perkataan. Seboleh-bolehnya tidak memihak kepada blok kerajaan mahupun pembangkang. Sebagai bekas hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, YB kelihatan tidak terpengaruh dengan provokasi mana-mana pihak. Semua itu boleh dilihat di skrin hp atau di tv sahaja. Tak sangka akhirnya dapat bertemu dengan YB di Restoran Nur Malaysia Tashkent. Moga YB Tan Sri terus tenang dan tegas dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Villa GISBH Jadid Amman
1.02 pm, Jan 2, 2020
Pingback: Besar Juga Jasa Bung Karno – AnjangMuor's Travelog