AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Syeikh Hisham Kabbani berkunjung ke Villa GISBH Madinah

Kongsikan kepada yang lain
Share
Yang Mulia Syeikh Hisham Kabbani, Syeikh Tareqat Naqsyabandiah ketika sampai ke Villa GISBH Madinah diiringi oleh Syeikh Sulaiman
YM Syeikh Hisham dan rombongan saat tiba di Villa.
Di dalam kenderaan Syeikh Sulaiman telah menerangkan kepada Syeikh Hisham mengenai GISBH dalam Bahasa Inggeris dan memaklumkan pemimpin GISBH di Mekah dan Madinah ialah Tuan Nasiruddin Mohd Ali.
Syeikh Sulaiman juga memberitahu bahawa jemputan ini adalah dari Tuan Nasir sendiri. Syeikh Hisham mengucapkan terima kasih.
Rombongan masuk sambil berselawat (dengan lagu yang biasa dibuat di Turki). Apabila melihat frame gambar serban Rasulullah dan cop mohor baginda, Syeikh Hisham terus duduk di situ. Jadi program berubah dari surau ke dewan kuliah & tayangan.
Tetamu yang datang dari jemaah Syeikh Hisham Kabbani seramai 28 orang (20 orang lelaki dan 8 orang muslimah) manakala dari jemaah Syeikh Sulaiman pula seramai 7 orang lelaki.
Maka dimulakan program zikir dan Maulid yang sangat berkat bersama-sama seorang yang sangat berkat.
Moga keberkatan sentiasa ada di Villa GISBH Madinah
Para tetamu muslimah. Di belakang adalah frane gambar cop mohor Rasulullah SAW.
Pembantu peribadi Syeikh Hisham memaklumkan sepanjang ziarah di Madinah, Syeikh paling suka ke rumah ini. Di sini Syeikh paling selesa.
Selesai majlis rombongan di bawa ke tingkat atas untuk jamuan.
Syeikh Hisham menaiki lift untuk ke tingkat atas
YM Syeikh Hisham dijamu di meja makan bersama 8 orang yang lain. Ketika makan Syeikh Sulaiman memberitahu Syeikh Hisham bahawa Syeikh Nasir mewakilkan mereka (staf GISBH) untuk menjalankan tugas dan berdakwah dan mereka menetap di Madinah. Syeikh Hisham berkata, Syeikh Nasir adalah dari kalangan orang yang pemurah dan suka muliakan orang. Yang berbaju hitam adalah pembantu peribadi Syeikh Hisham. Beliau berasal dari India. Syeikh Hisham bertanya, Syeikh Nasir gembira tak dengan program ini? Begitu hatinya ingin tahu respon Syeikh Nasir. Pihak GISBH memberitahu di Malaysia ketika itu jam 2 pagi. InsyaAllah akan diusahakan mendapat respon Syeikh Nasir.
Rombongan muslimah dijamu di meja makan.
Sebahagian besar ahli rombongan pula makan di surau
Alhamdulillah hidangan 7 dulang dengan seekor kambing Mandy cukup untuk semua dengan keberkatan.
Krew Syeikh Hisham memuji kerana seronok dan kata setup makan di Villa GISBH ni special, set hidangan lengkap.
Bila dipakaikan bip/apron mereka tunjukkan isyarat bagus. Bila dibasuh tangan menggunakan teko basuh tangan Malaysia, masing-masing senyum dan ucap, “MasyaAllah!”
Setelah makan, rombongan dibawa turun ke Dewan Kuliah untuk menonton tayangan Profile GISBH. Syeikh Sulaiman menyantuni Syeikh Hisham dengan menyuapkan pengat pisang Ikhwan.
Ketika tayangan profile semua tetamu sangat mengambil perhatian.
Setelah tayangan para tetamu bertepuk tangan gembira.
Setelah tayangan, Syeikh Hisham dan rombongan mula beransur untuk pulang ke hotel En Ikrimah menyampaikan salam dari Tuan Nasir dan memaklumkan Syeikh Nasir juga memimpin di Eropah dan berpusat di Turki. Setelah itu Syeikh Hisham menyebut-nyebut nama Syeikh Nasiruddin Mohd Ali sebanyak 3 kali.
Rombongan Syeikh Hisham Kabbani berswafoto dengan Syeikh mereka di hadapan Villa.
Seorang murid Syeikh Hisham dari Manchester bergambar khas dengan staf GISBH untuk dikongsikan dengan kawan-kawan GISBH di sana katanya. Seorang lagi pula mengatakan itulah kali pertama dia menonton profile Syarikat Islam yang begitu sempurna lalu ucapkan Tahniah! Tahniah! Semua anak-anak murid Syeikh Hisham ketika bersalaman ingin mencium tangan staf-staf GISBH kerana memuliakan mereka..
Moga kasih sayang terus berkekalan bersumberkan rindu Rasulullah.
Syeikh Hisham menghadiahkan staf GISBH manisan Arab. Halawiyat.
Moga kedatangan Syeikh Hisham Kabbani dan rombongan akan menambah eratkan hubungan di antara jemaah Tariqat Naqsyabandiah dengan GISBH yang selama ini banyak bertemu dengan Syeikh Mahmud Effendi di Turki.

Rindukanmu Ya Rasulallah, membuatkan Tuan Nasir pergi merata dunia mencari-cari pencinta Rasulullah. Akhirnya Allah datangkan sebahagian dari pencinta kekasih-Nya bertamu di villa GISBH Madinah. Terima kasih Rasulullah SAW.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *