AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Islamnya Mr Semen Afanasev@Sulaiman

Kongsikan kepada yang lain
Share
Allah Maha Berkuasa. Hidayah adalah milik mutlak-Nya. Dia memberi hidayah-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki di mana yang Dia hendak. Tiada siapa pun tahu. Tiada siapa boleh menghalang. Begitulah yang berlaku kepada saudara Semen Afanasev yang berasal dari Siberia, Rusia. Mendapat hidayah di Negeri Gajah Putih, Thailand.
Mr Semen mula bertemu dengan GISBH melalui YBhg. Tuan Mohd Azral Mohd Noor di Lapangan Terbang KLIA. Setelah lama berbual mengenai Islam, dia sangat jatuh hati dan ingin mengikut YBhg. Tuan Mohd Azral ke Sabah. Dia memang telah lama meminati dan mengkaji tentang Islam, tetapi dalam masa yang sama, banyak mendengar komen-komen negatif saja di Instagramnya. Pun begitu, dia tidak mempercayainya bulat-Bulat malah ingin mencari kebenaran. Niat baiknya mendapat respon dari Allah dengan ditakdirkan dia bertemu dengan dengan YBhg. Tuan Mohd Azral.
Apabila visamya di Malaysia tamat, untuk menyambungnya dia perlu keluar dari Malaysia. Allah takdirkan dia memilih untuk pergi ke Bangkok. Di Bangkok, pihak GISBH menugaskan En Fatihah menjadi tourist guidenya, disamping boleh berbahasa inggeris untuk membantu urusan tersebut.
Pada 11hb Januari, En Fatihah telah membawa beliau ke Masjid Ali Khalifa al-Hamoudi di Daerah Banbuathong, wilayah Nonthaburi, di mana di situ bertemu dengan YBhg. Tuan Muhammad Adam. Tidak lama setelah Tuan Muhammad Adam bergerak meninggalkan Masjid tersebut, dia meluahkan hasratnya untuk memeluk agama Islam lalu mengucap dua kalimah syahadah di situ.
Ucapan syahadah secara rasmi telah dibuat sekali lagi di Pejabat Global Ikhwan Foundation di Khlong Nueng dengan dipimpin oleh YBhg. Tuan Muhammad Adam sendiri dan disaksikan oleh YBhg. Tuan Mohd Azral melalui panggilan video. Tuan Mohd Azral memberikan nama baru kepadanya iaitu Sulaiman.

Dia merasa yakin dan tidak lagi takut dengan keluarganya serta ingin terus belajar lagi tentang Islam. Dia mengatakan dia sangat dapat melihat keindahan Islam di tempat-tempat GISB yang dia pernah pergi. Staf GISBH sangat melayan tetamu dan berkasih sayang, berlainan dari yang beliau dengar dan lihat sebelum ini. Beliau turut ikut solat berjemaah bersama-sama di sini walaupun belum belajar secara formal.

Terima kasih Tuhan kerana menghadiahkan seorang saudara baru Islam pada kami, semoga bertambahlah keyakinan kami pada Islam dan terus memperjuangkan syiar Islam melalui syarikat GISBH ini.

Moga Allah kekalkan AM dan keluarga dalam Petunjuk-Nya hingga kematian datang menjemput.

VIDEO PENGISLAMAN PEMUDA SIBERIA

12.59AM, Jan 13, 2020

Majlis cukur jambul Muhammad Abu Lubabah Ahnaf
Cucuku yang ke 4. Dah dimamah usia.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

One thought on “Islamnya Mr Semen Afanasev@Sulaiman

  • jadmazlan Aziz

    Tahniah tuan.. data cucu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *