GISBH DI MESYUARAT SEKRETARIAT PENGUKUHAN JAWI
Dengan rahmat Allah, pada 20hb Jan 2020, Jam: 9.30 pagi, 2 orang wakil GISBH dijemput menghadiri mesyuarat penubuhan Sekretariat Tetap Pengukuhan Jawi telah berlangsung di Pejabat Majlis Dakwah Negara, NEO DAMANSARA, Mutiara Damansara.
Mesyuarat ini bagi membentuk satu Sekretariat Tetap Pengukuhan Jawi sebagai satu usaha Majlis Dakwah Negara (MDN) ke arah perpaduan ummah. Kehadiran seramai 25 orang.
Antara yang hadir ialah:
1) Ybhg Prof Emeritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid selaku pengerusi Majlis Dakwah Negara.
2) Datuk Abang Solehuddin – Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka
3) Prof Datuk Dr Awang Sariyan – Bekas KP DBP yang juga Penyandang Kursi Za’ba, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris
4) EN Mohd Norizan Abd Ghani – mewakili KP JAKIM dan juga turut hadir ialah para pengarah dan pegawai di Majis Dakwah Negara, WAKIL-wakil KP MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAWIP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Yayasan Taqwa, Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Perpustakaan negara dan wakil-wakil IPT seperti UM, UKM, UPSI, USIM serta wakil NGO seperti WARDAH, ABIM dan GISBH.
Mesyuarat yang dipengerusikan Ybhg Prof Dato’ Dr Mahmood telah membincangkan banyak perkara berkaitan peranan yang akan dimainkan sekretariat ini. Antaranya bagaimana merakyatkan tulisan jawi di peringkat sekolah dan juga masyarakat. Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan pelantikan anggota Sekretariat Tetap Pengukuhan Jawi. YHDato’ Lokman Hakim Pfordten – CEO GISB Holdings telah dicadangkan menjadi Bendahari Agong Sekretariat dan telah disetujui sebulat suara oleh semua anggota majlis mesyurat berkenaan.
Semua ahli mesyuarat kemudiannya diraikan oleh YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISB Holdings dengan jamuan makan tengahari di Restoran Ikhwan Kota Damansara. Semoga semua tetamu terus terhibur.
GISBH akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi menjayakan hasrat melahirkan masyarakat Islam yang bertaqwa yang saling berkasih sayang dan sentiasa berusaha membahagiakan antara satu dengan yang lain.
- https://www anjangmuor com/author/anjang/page/61/ (2)
Alhamdulillah..teruskan perjuangan dalam memperkasakan pembelajaran jawi.Ini merupakan anugerah yang kita jangan persia-siakan.