AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Iktibar dari serangan CORONAVIRUS

Kongsikan kepada yang lain
Share
Klik gambar untuk video

Maklumat dari group Whatsapp

NOVEL CORONAVIRUS 2019 nCoV

Inilah tempatnya di Wuhan, China punca bermula nya strain virus terbaru dinamakan sebagai “Novel Coronavirus 2019 nCoV”. Ia adalah dari keluarga strain virus SARs-CoV dan MERs-CoV.

nCoV bermakna “novel Coronavirus ” dan CoV bermakna Coronavirus.

“Novel Virus” bermakna sebarang jenis virus yang tidak pernah kita temui sebelum ini (emergent) atau berkembang dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baru (extant).

Bagaimana semua ini bermula dan kenapa dari China? Musuh yang tersembunyi adalah virus yang berada didalam haiwan dan berjangkit kepada manusia, kemudian disebarkan sesama manusia. Dikalangan saintis kita memanggil virus tersebut sebagai “the hidden enemies”. Penyakit berjangkit yang muncul kerana jangkitan virus ini, malah bacteria atau parasite yang berpunca dari haiwan ini kita panggil “zoonosis” atau zoonotic disease.

Bangsa China memakan hampir apa sahaja yang merayap dibumi juga terbang di angkasa. Malah di Wuhan tempat dikatakan bermulanya virus ini adalah pasar menjual binatang liar dinamakan Huanan Seafood Market yang juga menjual 112 jenis binatang liar yang hidup. Disinilah “ground zero” tempat bermulanya Coronavirus 2019 nCoV.

Virus SARs yang muncul pada tahun 2003, turut membunuh Dr Carlo Urbani dari WHO (World Health Organisation) yang pertama kali menemuinya dari pesakit bangsa Amerika yang dimasukkan ke hospital di Hanoi, bermula dari kucing civet— antara binatang kegemaran sebagai makanan (delicacy) di China selain daripada mereka juga sangat suka memakan anjing dan kucing biasa. Anjing terutamanya dibuat sup dan dimakan dimusim sejuk kerana dikatakan boleh memanaskan badan.

Senarai harga yang beredar di internet di China untuk perniagaan di pasar Wuhan menyenaraikan produk haiwan atau produk berasaskan haiwan termasuk musang hidup, buaya, anak-anak serigala, salamander gergasi, ular, tikus, burung merak, landak, daging unta dan binatang liar yang lain; 112 jenis semuanya.

“Segera disembelih, dibekukan dan dihantar ke pintu rumah anda,” tertera bersama senarai harga pemborong, “Tempat ternak binatang liar untuk orang ramai”, tambahnya lagi.

Kerajaan China memejamkan mata terhadap penyeludupan binatang liar kerana memakannya adalah budaya mereka.

Ketika saya menulis 17 orang telah maut dan 547 orang terkena jangkitan di China. Namun seperti biasa China akan merahsiakan angka. Saintis dari Imperial College of London mengatakan sekitar 4,000 orang telah terkena jangkitan di Wuhan sahaja sehingga 18 Januari.

Bermula 10 Jan hingga 18 Feb, 450 juta bangsa China akan melakukan 3 ribu juta perjalanan merayakan tahun baru China. Ia terjadi pada masa yang paling kritikal, penghijrahan sementara manusia terbesar didunia. Wuhan adalah salah satu hub perjalanan seterusnya di Tengah negara China.

Setakat ini tidak ada “vaccine” untuk memusnahkan Coronavirus. Ada vaccine dalam percubaan di US dan China tetapi tidak mencukupi untuk semua penduduk. Dalam bahasa yang mudah tidak ada ubat untuk melawan penyakit akibat serangan Coronavirus yang boleh menyebabkan kegagalan sistem pernafasan.

Ia boleh menjadi pandemic atau wabak keseluruh dunia kerana perhubungan moden antara manusia yang pantas. Di US hari ini, satu kes jangkitan telah dapat dikesan di Washington, seorang lelaki berumur dalam 30an yang baru kembali dari Wuhan kini berada di hospital. Setakat ini jangkitan telah juga dapat dikesan di Jepun, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Mexico dan Australia.

Coronavirus boleh membiak sangat cepat melalui proses “clone” dengan menyalin DNA induknya. Mereka tidak ada jantan betina, sebaliknya memecahkan dirinya menjadi jumlah yang banyak dalam masa yang singkat melalui proses yang dipanggil “mitosis”.

Korea Utara telah menyekat semua pelancung dari memasuki negaranya, dari China atau bukan dari China.

Persidangan tergempar WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) telah pun telah pun berlangsung di Geneva sebentar tadi. Persidangan akan bersambung besok. Sudah jam 9:18 malam hari Rabu di Geneva sekarang.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (حَلَالًا طَيِّبًا) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Surah Al Baqarah ayat 168.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *