AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Pertemuan Tuan Nasiruddin Mohd Ali dengan Syeikh Hisham Kabbani

Kongsikan kepada yang lain
Share

Alhamdulillah atas keberkatan setelah Syeikh Hisham Kabbani pulang dari Mekah ke Madinah pada 12hb Januari 2020 berlangsungnya pertemuan dua orang pemimpin iaitu Syeikh Nasiruddin Mohd Ali mewakili GISBH dengan Syeikh Hisham Kabbani dari Tareqat Naqsyabandi.

Ramai orang yang datang ke Madinah dan mengambil kesempatan untuk bertemu dengan Syeikh Hisham Kabbani. Oleh kerana ramai bilangan mereka, ada yang terpaksa menunggu di lobi hotel selama sejam untuk bertemu beliau.

Atas kesungguhan Syeikh Sulaiman mengaturkan pertemuan ini, Syeikh Hisham sangat gembira menerima kehadhiran YBhg Tuan Nasir. Ia dapat dikesan apabila Syeikh Sulaiman memberitahu Tuan Nasir nak jumpa, Syeikh Hisham mengatakan, siapa yang datang dari kamu terus boleh jumpa. Tanpa menunggu giliran.

Selepas Maghrib 12hb Jan 2020 rombongan dari GISBH sampai ke Hotel Inter Continental lalu dibawa naik ke tingkat 13. Ketika itu jemaah Syeikh Hisham sedang solat Isyak berjemaah. Selepas solat di umumkan semua di minta ke tingkat M untuk makan malam bersama.

Syeikh Hisham minta izin masuk bilik bersiap. Selepas semua turun Syeikh Hisham keluar dan menyambut Ybhg Tuan Nasir. Suasana sangat mesra dalam perjumpaan besar yang bersejarah ini. Syeikh sulaiman sangat gembira dia dan mengatakan pertemuan ini ialah satu permulaan akan berlaku peristiwa besar di madinah dan Tuan Nasir kuncinya.

Selepas bersalam Syeikh Hisham bertanyakan khabar. Ketika itu En Syurahbil memperkenalkan Tuan Nasir dan GISBH. Syeikh Sulaiman terus beritahu, inilah Syeikh Nasir yang menjemput Tuan ke villanya sebelum ini. Syeikh Hisyam ucapkan terima kasih.

Selepas itu Syeikh Hisham menjemput Tuan Nasir dan rombongan untuk turun makan sekali ke tingkat M. Pembantu peribadi merangkap bodyguard Syeikh Hisham menyusun kedudukan tetamu yang hadir. Syeikh Hisham duduk di hujung sekali dan ada 3 orang kiyai dari Indonesia makan bersama. Tuan Nasir dijemput duduk makan di meja VIP bersama Syeikh Hisham.

Hidangan malam itu ialah bufet makanan ala barat dan Hindi di sediakan oleh pihak hotel. Selepas makan semua berdiri dan berselawat. Syeikh Hisham bersalaman dengan Tuan Nasir dan semua pengikutnya dan dia mohon izin untuk naik ke bilik hotel.

Isteri Syeikh Hisham berjumpa dengan rombongan GISBH dan bertanya, “Kamu dari malaysia ke?” Dia memperkenalkan dirinya, “Saya isteri Syeikh Hisham dan anak Syeikh Nazim.”

Setelah itu rombongan GISBH mohon izin untuk pulang. Moga-moga pertemuan secara lahir ini menjadi sebab hati sentiasa terhubung dan saling berkasih sayang serta terus doa mendoakan. Islam sangat memerlukan umatnya bersatu agar diberi kekuatan dan kemenangan. Bersatu yang paling utama ialah bersatu hati, dari situ semuanya akan mudah diselaraskan bukan hanya bersatu lahir atau bertemu dan berkumpul dalam satu jemaah atas satu nama tetapi hati, fikiran, akhlak, akidah, perlaksanaan syariat dan lain-lain tidak bersatu. Ia hanya mendapat kebencian Allah.

Firman Allah,

‎ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ

Engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah.

Al Hashar: 14

Restoran Nur Malaysia Amman

3.31PM, Feb 1, 2020

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *