AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

MANTAN DUTA BESAR BRUNEI KE JORDAN DI RESTORAN NUR MALAYSIA AMMAN, JORDAN.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Alhamdulillah, Restoran Nur Malaysia Amman menerima tetamu istimewa hari ini dengan kedatangan Mantan Duta Besar Brunei Darussalam ke Jordan Tuan Nooradin, isterinya Puan Ratna dan anak mereka.

Mereka datang ke Jordan kerana menziarahi anak mereka yang sedang menuntut di University Of Jordan. Tuan Nooradin dan isteri pernah menjadi di antara pelanggan tetap Nur Malaysia Amman. Isterinya tadi terus order Nasi Goreng Kampung menu favouritenya dan beliau sebut, harini datang memang nak order Nasi Goreng Kampung dan rasanya tetap sama tak berubah begitu juga dengan Teh Tarik.

Tadi sempat ditayangkan profile GISBH dan wakil GISBH berbual-bual tentang isu-isu semasa dunia seperti serangan wabak coronavirus juga berkongsi perkembangan GISBH, sistem pendidikan dalam GISBH dan terbaru GISBH akan membuka sebuah restoran di Brunei.

Mereka sangat gembira mendengarnya dan wakil GISBH memperkenalkan YBhg Tuan Azral sebagai pengarah di Sabah, Sarawak dan Brunei. Selepas itu mereka saling bertukar-tukar nombor telefon untuk terus berhubung dan juga untuk memudahkan kawan-kawan di Brunei dan Miri berhubung dgn mereka kerana Tuan Nooradin tahu GISBH ada di Miri.

Tuan Nooradin juga banyak mengimbas kembali kerjasama yang pernah berlaku antara GISBH Jordan dengan pihak Kedutaan Brunei di Jordan seperti aktiviti menyembelih korban, meraikan tetamu antarabangsa di kediaman rasmi beliau dengan persembahan nasyid dan mengadakan jamuan dengan duta-duta besar ASEAN ke Jordan di Restoran Nur Malaysia sebelum ini.

Moga silaturrahim dan kerjasama dapat diteruskan walaupun Tuan Nooradin telah kembali ke Brunei kerana orang-orang beriman itu bersaudara.

Ofis Nur Muhammad Amman

7.01AM, Feb 3, 2020

FAIL LAMA: KENANGAN

Imbas kembali Tuan Nooradin ketika mengadakan korban kambing di Aidil Adha bersama GISBH Jordan
Jamuan daging kambing korban fresh di khemah Badwi
Persembahan nasyid dari anak-anak GISBH di kediaman rasmi Duta Besar Brunei
Memenuhi jemputan Tuan Nooradin sebagai Duta Besar ketika itu
Jemputan terdiri dari duta-duta dan pasangan masing-masing dari beberapa buah negara.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *