ISLAM YANG INDAH DITERIMA SEMUA – Pengalaman di Restoran Nur Malaysia, Tashkent.
Malam tadi Restoran Nur Malaysia Tashkent didatangi 10 orang pelanggan perempuan warga tempatan. Mereka semua berkerjaya sebagai doktor dan memilih restoran ini untuk mengadakan pertemuan sesama kawan-kawan yang telah lama tidak bertemu.
Alhmdulillah di awal mereka sampai lagi mereka sangat teruja untuk mencuba makanan Malaysia. Antara menu-menu yang di pesan ialah Ikan Sweet Sour, Ikan Bakar, Roti Canai, Nasi Goreng USA dan Nasi Goreng Seafood.
Oleh kerana lama tidak bertemu, mereka kelihatan rancak berbual sementara menunggu makanan siap. Tiba-tiba En Abbad, Pengurus cawangan restoran GISBH di sini perasan ada salah seorang dari mereka mengeluarkan wine dari beg kertasnya lalu terus bertanya,
“Ini air apa? Ini alcohol ke?”
Mereka jawab,
“Ya.”
En Abbad terus berkata,
“Minta maaf di sini kami tak benarkan minum Arak.”
Mereka jawab,
“Tak apa, kamu tak perlu tuang, kami akan buat sendiri.”
En Abbad kata lagi,
“Di sini tak dibenarkan bawa arak atau minum arak. Minta maaf sangat…”
Dan Mereka terus ramai-ramai cakap,
“Oohh..Musulman.” yang bermakna ‘Ooohh Orang Islam.’
Mereka cakap,
“Ini cafe Islamlah?”
“Ya.. “. Jawab En Abbad.
Mereka beramai-ramai memuji dan bersetuju bila pihak GISBH melarang mereka minum arak di Restoran Nur Malaysia, tambahan lagi bila pihak GISBH mengatakan arak tidak elok untuk kesihatan.
Respon mereka,
“Kami semua doktor dan lebih tahu tentang itu.”
Alhamdulillah semua mereka bersetuju untuk tidak minum arak di kafe ikhwan ini.
Atas keberkatan bila makanan mereka sampai, mereka menambah order lagi. Kelihatan mereka sangat berselera. Sehingga waktu hendak pulang, salah seorang dari mereka memuji lagi,
“Bagus sebab kamu halang minum arak. Arak tak elok.”
Sebelum pulang, semua mereka menurunkan tanda tangan di Guest Book’ dan mereka kata akan datang setiap bulan ke Restoran Nur Malaysia Tashkent.
Begitulah kehebatan Islam yang indah apabila diamalkan ia diterima oleh semua orang dengan senang hati. En Abbad, anakanda Pengasas Syarikat GISBH Sdn Bhd, walaupun masih muda sangat tegas dalam mempertahankan prinsip di rangkaian restoran GISBH untuk tiada pengambilan minuman keras tetapi dalam masa yang sama sangat berakhlak dalam menyampaikannya.
Apa yang terjadi semua pelanggan tersebut menerimanya dengan baik malah Allah gerakkan mereka seronok menikmati juadah makanan, menambah order, memuji tindakan beliau menghalang arak diminum malah menyebut mereka akan datang lagi setiap bulan.
Jiwa besar yang ada pada remaja beginilah yang kita mahu menirunya. Beginilah caranya Islam menang. Allah dan syariat-Nya dibesarkan oleh semua hasil kekuatan jiwa pejuangnya. Berapa banyak para peniaga dan selainnya yang demi keuntungan dunia yang sedikit sanggup tergadai prinsip. Malah ada yang langsung tiada prinsip dalam kehidupan.
Moga Islam menang dan terus menang.
Perbualan ini dalam bahasa English atau Tartar ya? 🤔