Bertemu YB Mohamad Sabu di Pasar Minburi, Bangkok.
Pasar Minburi, Bangkok terkenal kerana di sini terdapat makanan-makanan halal yang dijual oleh orang Islam Bangkok. Di seluruh Bangkok terdapat 184 buah masjid menunjukkan ramainya umat Islam. Dulu Minburi ialah sebuah negeri di luar Bangkok. Bersama dengan pembangunan dan pembesaran kota Bangkok, sekarang Minburi telah berada di dalam Kota Metopolitan Bangkok.
Pengasas GISBH, Ustaz Ashaari Muhammad ketika berdakwah di Thailand selalu singgah di pasar ini. Menurut Tuan Nasir, yang mengiringi Ustaz Ashaari ketika itu, oleh kerana makanan yang dihidangkan berunsur makanan China, terasa kembang-kembang tekak juga ketika mula-mula menikmatinya. Terdapat bubur-bubur, sosej dan sos, ayam goreng dengan sos, manisan-manisan yang dibuat dari tepung dan telur.
Hari ini rombongan xpdc Kembara Jelajah Malaysia Thailand Singapura Siri ke 6 singgah di sini. Parking bas 2 tingkat GISBH di tepi pasar. Turun beramai-ramai, berdakwah dengan sikap dan akhlak. Menyantuni para peniaga dan umat Islam Bangkok sambil membeli keperluan.
Allah takdirkan pagi ini di pasar Minburi, rombongan bertemu dengan YB Mohd Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia. GISBH berkawan dengan semua orang, Muslim dan bukan muslim, kerajaan atau pembangkang juga orang yang dahulunya pembangkang dan sekarang sudah jadi menteri.
Antara mereka yang berkawan dengan GISBH ialah YB Mohamad Sabu. Bukan sekarang. Sejak sebelum ini lagi. Sebab apa? Kerana beliau pernah mendapat khidmat GISBH sebagai mutawwif ketika mengerjakan umrah. En Abil sendiri yang menjadi mutawwifnya. Sebab itu beliau sangat mengingati En Abil. Sekarang En Abil atau Syurahbil Amran adalah SU Peribadi kepada Tuan Nasiruddin.
Ketika berkunjung ke Turki, semasa di team pembangkang dahulu pun YB singgah makan di Restoran Nur Muhammad Istanbul. Ketika restoran GISBH itu masih lagi di bangunan lama di kawasan Al-Fatih. Kali terakhir bertemu beliau ialah ketika beliau mengiringi YAB Perdana Menteri Tun M ke Istanbul Turki tahun lalu. Kali ini Allah izinkan bertemu dengannya di pasar Minburi, Bangkok tetapi bersama ramai staf GISBH khasnya RPU dengan bas dua tingkat.
Dunia sangat kecil, ke mana kita pergi, mungkin kita berpeluang berjumpa orang yang sama. Itulah yang terjadi hari ini, bukan sahaja bertemu dengan YB Mohamad Sabu tetapi Allah izinkan berlaku pertemuan En Adib dan Puan Mubaroqah dengan guru yang pernah mengajar mereka di Pulau Labuan awal 2000’an. Ikatan kasih sayang hasil didikan mursyid masih ada antara murid dengan gurunya walaupun hanya belajar di sekolah rendah ketika itu.
Rupanya menjejaki perjuangan Mursyid juga bererti menjejaki mereka yang pernah berkawan dan berjasa pada kita.
Villa GISBH Amman
9.27AM, Feb 21, 2020