Bekas presiden Mesir Hosni Mubarak meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah pada usia 91.
Beliau menerajui Mesir selama 30 tahun sebelum digulingkan oleh tentera pada tahun 2011 selepas didakwa membunuh penunjuk perasaan dalam satu revolusi di negara berkenaan.
Kematian Mubarak disahkan oleh saluran berita Mesir pada Selasa. Sebelum itu, portal berita Al-Watan melaporkan yang beliau telah meninggal dunia.
Portal berita BBC melaporkan Mubarak telah menjalani satu pembedahan pada Januari sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi.
Kredit: AstroAwani
AM:
Pemimpin di seluruh dunia pergi menuju Allah dengan berbagai cara. Begitu juga kita yang bukan pemimpin. Nasib kita belum tahu.