PH pula dakwa miliki 114 Ahli Parlimen
AHLI Parlimen Selangau Baru Bian pula menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia didedahkan menerusi siaran langsung melalui akaun Facebook Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang memaklumkan Baru Bian adalah individu ke-114 menandatangani SD berkenaan.
Untuk rekod, Baru adalah Ahli Parlimen PKR yang dikaitkan dengan kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan parti berkenaan.
AM: Kemelut politik yang berlarutan tak sudah-sudah ini menghakis kepercayaan rakyat terhadap cara demokrasi memilih pemimpin.