Anwar memang ‘gila-gila’ nak jadi Perdana Menteri – Tun Mahathir
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menjadi Perdana Menteri kerana tidak ramai yang menyokongnya.
Mahathir berkata demikian dalam satu mesyuarat tertutup Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Ahad, yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Parti Amanah Nasional (Amanah).
“Anwar ni memang dia gila-gila nak jadi Perdana Menteri. Dia tak boleh jadi (Perdana Menteri). Entah macam mana, kalau dulu ramai sokong dia, sekarang ini ramai sokong saya.”
Dr Mahathir menjelaskan, apabila beliau meletakkan jawatan, langkah itu membolehkan Anwar untuk bertanding.
“Tetapi kalau orang hendak saya bertanding, saya bertanding. Kalau saya dapat lebih (sokongan), saya baliklah,” ujarnya.
Dr. Mahathir mengulas lanjut dengan menerangkan bagaimana perancangannya untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri di tengah-tengah krisis itu telah digagalkan oleh Anwar.
Menurut Mahathir, Anwar telah mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk menamakannya (Anwar) sebagai calon Perdana Menteri apabila mereka ditemu ramah oleh Yang di-Pertuan Agong pada Rabu lepas.
“Jika tidak, saya sudah dapat 92 undi (sokongan ahli Parlimen). Saya boleh dapat lagi 60 undi, dan boleh dapat majoriti.
“Jadi kerana dia (Anwar) tuntut untuk menjadi calon, walaupun dia sepatutnya tahu dia tidak boleh dapat (sokongan majoriti).
“Dia tuntut nak jadi calon (perdana menteri). Orang macam tu percaya benda tak betul, sebab dia nak (jadi) Perdana Menteri,” kata Mahathir.
Anwar dan PH hanya kembali menyokong Mahathir pada petang Jumaat selepas Muhyiddin berjaya mendapat sokongan sebahagian besar ahli Parlimen Bersatu untuk bekerjasama dengan UMNO, Pas, dan beberapa parti lain.
Tan Sri Muhyiddin Yasin selamat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di Istana Negara pada pagi Ahad.
Kredit; ASTROAwani
AM: Anjang dapat macam-macam analisa dari ‘Pakar- pakar Penganalisa Politik’ Tanah Air, antaranya:
1. Saya tidak fikir Tun M tidak sedar dengan tindakan-tindakan luar jangkaan yg dilakukannya.
2. Saya juga tidak fikir Tun M tidak sedar akan implikasi yang bakal terjadi hasil dari tindakan ini.
3. Semua orang tahu bagaimana telitinya insan yang bernama Mahathir dalam menilai, memutuskan dan melaksanakan sesuatu agenda atau misi.
4. Tetapi kenapa tindakan beliau kali ini seolah2 seperti budak2 main masak-masak atau seperti orang tua yang berpenyakit alzheimer?
5. Saya berkeyakinan semua tindakan yang beliau lakukan ini memang disengajakan dan dibuat secara “terancang berganda” atau diluar kotak yang berlapis-lapis. Kelihatan sangat sangat bodoh tapi strategi beliau untuk misi ini mungkin memang bertujuan agar dilihat bodoh oleh semua pihak.
6. Beliau lakukan semua ini untuk matikan langkah dan gerakan semua musuh di pelbagai peringkat secara serentak.
5. Nampak tindakan tidak waras tapi sangat sistematik dan terancang.
6. Hasilnya:
6.1. Menafikan Anwar sebagai PM8. Saya kira ini matlamat utama beliau.
6.2. Menafikan dan pada masa yg sama berjaya mengawal kemas Anwar tanpa manouvre apa2. Malah Anwar terpaksa pula merayu agar Tun M jadi PM8 semula.
6.3. Apabila Tun M meletak jawatan, beliau dapat membebaskan dirinya dari ikatan perjanjian peralihan kuasa.
6.4. Beliau berjaya menaikkan wakil Bersatu sebagsi PM8 dan pada masa yang sama berjaya memastikan Najib dan Zahid duduk tepi dalam perundingan.
6.5. Umno juga terpaksa akur dengan terma rundingan yang dijalankan oleh TSMY dan Azmin serta wakil2nya.
6.6. Beliau berjaya merobohkan kekuatan Anwar melalui geng kartel.
6.7. Berjaya mengelirukan pelbagai pihak dengan mempamerkan tindakan bodoh dengan cara mengeluarkan kenyataan untuk memanggil sidang parlimen pada 2hb untuk menentukan siapa PM8 pilihan. Bukan dia tak tahu perkara itu diluar bidangkuasa PM interim. Tapi saja buat-buat bodoh. Kaedah ini telah berjaya mengalihkan fokus semua pihak kepada isu tindakan bodohnya ini. Semua pihak terlalai dan membuat telahan Mahathir memang tamak kuasa dan pelbagai lagi tuduhan.
6.8. Dalam tempoh lalai inilah beliau membiarkan TSMY dan Azmin mengumpul sokongan. Mana pernah Tun M kalah kalau dia mahukan sesuatu. Tp dia buat2 kalah kepada Muhyiddin dalam persaingannya merebut jawatan PM8. Kekalahan yang disengajakan.
6.9. Beliau membiarkan dirinya menjadi sasaran dengan tuduhan masih mahu lagi jadi PM. Hari tu apasal letak jawatan. Sekarang mahu balik. Mcm2 lagi serangan dituju kepada beliau samada dari pihak PH mahupun pihak UMNO.
7. Sebenarnya, semua ini dilakukan demi untuk melindungi gerakan TSMY dan Azmin dalam misi mengumpul sokongan.
8. Panjang lagi kronologi strategi buat tindakan dilihat bodoh oleh Tun M ni, tapi cukuplah setakat ini ditulis.. Ia sudah memadai untuk memahami keseluruhan plot buat2 bodoh yg dilakukan oleh politikus paling bijak ini.
9. Mana mungkin hilang grip dlm Bersatu. Mana mungkin 36 MP bersatu ini berpakat mengkhianati Tun M. Mana mungkin mereka boleh bertindak keras kepala terhadap Tun M dengan meninggalkan Tun M seolah2 terkonteng keseorangan.
10. Ini semua utk kelirukan semua keadaan dan kontrol semua peringkat musuh.
11. Cakaplah apa pun, Tun M hakikatnya telah berjaya mencapai matlamat sebenar yang diingininya terjadi. Ia benar2 terjadi.
12. Bukankah Tun M selalu ungkapkan ayat, ” saya sedia dipandang hina asal negara ini tidak dipimpin oleh pemimpin yang rosak moral, perasuah dan kleptokrat.
13. Siapa yang kenal Mahathir, pasti tahu prinsip dan pegangannya. Tidak mungkin beliau akan gila talak apabila dia sudah buat keputusan dan menghantar surat perletakan jawatannya, apatah lagi dihujung usia dan telah ratusan kali mengulangi kata2 akan pegang jawatan untuk hanya sekitar 2 tahun.
13. Tercapaikan matlamat eh….?
Satu lagi ulasan menarik:
PENGORBANAN SEORANG NEGARAWAN ( By : Din Burasa Albugisi)
Situasi kemelut politik negara seperti sudah berada di garis penamat. Keputusan rasmi sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Seni Politik Tun bersama rakan PPBM sangat luar biasa. Meskipun mereka parti baru tapi mampu merangkul 2 kejuaraan berturut² menjadi Perdana Menteri. Namun perlu di ingat meskipun parti ini baru beberapa pemimpin dalaman parti adalah pemain² yang bertaraf sifu di gelanggang politik.
Perhatikan percaturan Tun M bermula dengan peletakan jawatan PM agar kabinet terbubar biar para menteri secara automatik tak berfungsi dan mereka tak boleh memanipulasi kementerian untuk kepentingan politik. Dan menariknya situasi bermula pada hari cuti di waktu pejabat tidak beroperasi. Langkah Tun M meletak jawatan perdana menteri adalah untuk mengelak daripada melakukan pembubaran Parlimen. Percaturan Tun M yang cukup halus untuk memastikan bangsa Melayu memenangi game politik tanpa PRU maka beberapa pemainnya cuba diajak mengeluarkan beberapa kenyataan politik dan UMNO memohon untuk pembubaran seolah² memberi gambaran bahawa Tun M akan kehilangan majoriti mandat di Dewan Rakyat. Susulan itu, puak PH mengeluarkan kenyataan terbaharu menyokong DSAI sehingga secara tidak langsung Tun M mahu memperlihatkan pada rakyat bahawa puak DAP, PKR Dan Amanah adalah parti yang tidak boleh dipercayai.
Bermula dengan itu maka Tun M memasuki step ke 2 dalam percaturan ini. Permainan yang cukup berseni. Bila Tun M melihat puak PH mengatur strategi dan melihat kedudukan Melayu mula tergugat semula Tun M berusaha memastikan bahawa kubu yang bertembung seharusnya sesama mereka. Dan akhirnya Tun M kembali ke kubu PH bersama beberapa pemimpin dan dalam waktu yg sama nama DSMY cuba di tonjolkan. Dan dikhuatiri DSMY tidak mampu bersaing dengan DSAI maka Tun M cuba menampilkan diri semula di Kubu PH. Tun M mengambil opsyen ini agar apapun keputusan pemilihan Perdana Menteri yang menang pasti PPBM dan rakan sekutu Melayu. Inilah yang saya katakan mesej Tun M dalam ucapan khasnya seperti memberi gambaran bahawa akan ada parti kecil yang menjadi besar dan parti besar akan menjadi kecil.
Dalam kemelut ini, Tun M juga mengajak rakyat melihat institusi beraja sangat berkuasa. Agar jangan ada bangsa lain cuba bermain dgn institusi beraja yang menjadi simbol ketuanan Melayu. Sekali lagi Tun M menjadi Hang Tuah modern yang menjadikan institusi beraja sebagai simbol beradaban bangsa. Tun M juga mengajak rakyat Malaysia untuk memahami serba sedikit kandungan perlembagaan agar bangsa Melayu tidak hanyut dengan permainan politik kepartian tapi turut memahami kuasa politik yang terdapat dalam perlembagaan.
Tun M sebenarnya bukan hanya menjadi Hang Tuah tapi beliau cuba memainkan watak Tun Perak era modern. Tahniah Tun M seorang negarawan yang sanggup mengorbankan kedudukannya terus menjadi Perdana Menteri demi melihat maruah bangsanya kembali di persada politik perdana. Meskipun beliau menyedari bahawa akan ramai rakyat yang akan menghina dan mengkritik tindakannya. Tapi ayahanda Tun M tidak melihat semua itu. Kerana baginya terjun kegelangan politik yang penting adalah bangsanya dan agamanya. Sebagaimana ucapannya bahawa para orang politik harus memikirkan bangsa dan negara bukan kepentingan parti POLITIK. Kuasa telah diberikan semula maka sekarang giliran DSMY bersama teamnya perlu meneruskan bahtera selanjutnya, Kerana Tun M akan meninggalkan gelangan Politik buat selamanya.
Terima Kasih ayahanda Tun M Dan Insya Allah satu saat seni Politik mu akan dikenang dan cukup dihargai oleh generasi akan datang.
AM tlng kongsi nnti ,jwtn2 menteri menteri bhru.sprti mtri belia dan sukan mtri pertahanan mtri kewangan dan lain2.terima kasih anjangmour.