COVID-19 hampiri tahap pandemik – WHO
Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata penyebaran wabak COVID-19 kini menghampiri tahap pandemik. –
GENEVA: Penyebaran wabak COVID-19 sudah menghampiri paras pandemik, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus.
Namun begitu, menurutnya, penyebaran wabak yang menular di seluruh dunia itu masih boleh dikawal.
“Wabak ini sudah menyerang hampir seluruh dunia, dan jika dilihat ia boleh menjadi satu ancaman pandemik.
“Ini menjadikannya pandemik pertama dalam sejarah yang dapat dikawal. Namun, kita masih akan terkesan akibat virus ini,” katanya.
Mengikut rekod, COVID-19 kini telah menjangkiti lebih 100,000 mangsa dengan lebih 100 negara terjejas.
Pandemik merupakan penyebaran penyakit berjangkit di seluruh dunia.
Wabak boleh dikategorikan sebagai pandemik apabila ia meliputi kawasan yang besar, menjangkiti sejumlah besar mangsa dan menyebabkan kematian yang banyak.
Dalam sejarah, terdapat beberapa kes yang pernah berada pada tahap pandemik iaitu cacar, tuberkulosis, black death yang membunuh lebih 75 juta orang.
Pada tahun 2009, pandemik selesema babi membunuh 14,286 orang di seluruh dunia.
AM:
Di dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Hitunglah enam perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat iaitu:
(Salah satu darinya ialah)
Kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba”