Kakitangan UTHM disahkan positif Covid-19
SEORANG kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh disahkan positif Covid-19.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM, kakitangan terbabit dipercayai menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat mengesahkan kakitangan terbabit positif Covid-19 semalam dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru serta dilaporkan dalam keadaan stabil.
TAATILAH PEMIMPIN DENGAN MENGIKUT SEMUA ARAHAN KKM. TAATKAN ALLAH LEBIH-LEBIH LAGI. AMALKAN DOA TOLAK WABAK.