COVID-19: Satu Pencerahan
‼️ NOVEL-CORONAVIRUS‼️
Sedikit pencerahan tentang Covid-19:
1️⃣ Jumlah virus paling tinggi dalam saluran pernafasan adalah ketika peringkat awal iaitu sebelum mula menunjukkan simptom atau pada peringkat permulaan iaitu flu-like symptom (demam selesema biasa). Bermaksud penyebaran virus pada waktu ini adalah sangat mudah dan keberangkalian untuk menjangkiti orang lain adalah sangat tinggi.
2️⃣ Tempoh inkubasi Covid-19: 14 hari. Tempoh ini cukup memadai untuk mengesan simptom apabila seseorang terdedah kepada virus ini. Tempoh paling awal seseorang menunjukkan simptom ialah selepas 2 hari dijangkiti.
3️⃣ Selain simptom pernafasan seperti sakit tekak, batuk dan susah bernafas, virus ini boleh menunjukkan simptom yang melibatkan usus seperti loya, cirit birit dan muntah.
4️⃣ Bukan semua yang dijangkiti Covid-19 perlu mendapatkan rawatan di hospital. Jika khuatiri diri anda dijangkiti tetapi tidak mempunyai simptom yang serius, memadai dengan kuarantin diri di rumah untuk elak menjangkiti orang lain.
5️⃣ Pesakit dalam kategori MILD (hanya mempunyai flu-like symptom) hanya perlu merawat gejala/simptom yang dihadapi seperti membeli ubat demam untuk gejala demam atau ubat selesema untuk gejala selsema di farmasi berdekatan.
OUTCOME PESAKIT COVID-19:
⁉️Pesakit dalam kategori MILD (flu like symptoms): Boleh pulih sepenuhnya atau beralih ke radang paru-paru (pneumonia) sekiranya virus tersebut tidak dpt dikawal oleh sel immune system kita. Pada masa ini pesakit dikategorikan dalam kumpulan moderate.
⁉️Pesakit dalam kategori MODERATE. (susah bernafas dan xray menunjukkan terdapatnya radang paru-paru) perlu mendapatkan rawatan di hospital.
⁉️Pesakit di hospital boleh di kategorikan dlm 3 kumpulan:
1. STABLE
2. SEVERE. (memerlukan bantuan oxygen) atau
3. KRITIKAL ( memerlukan bantuan pernafasan di icu). Pesakit dalam fasa kritikal mempunyai harapan untuk sembuh tetapi memakan masa yang lama sehingga berminggu/ bulan atau keadaan boleh menjadi semakin teruk dan menyebabkan multi-organ failure (kegagalan fungsi organ penting dlm badan).
BAGAIMANA Covid-19 TERSEBAR?
✳️ Melalui rembesan air liur yang disebar melalui batuk & bersin
✳️ Virus ini juga boleh terdapat dalam darah, najis & cecair badan yg lain.
Virus ini paling stable pada:
☢️ Permukaan plastic & stainless steel : Boleh bertahan selama 72 jam (3 hari)
☢️ Cardboard: 24 jam (1 hari)
☢️ Copper/tembaga: 4 jam
☢️ Udara: 3 jam
Jadi apa langkah langkah PENCEGAHAN yg kita boleh lakukan?
‼️ Elakkan memakai jam tangan/cincin
‼️ Sentiasa mencuci tangan sebelum memegang muka/makanan
‼️ Membawa pocket tissue/hand sanitizer ke mana sahaja.
‼️ Bersihkan permukaan di tempat awam sebelum sentuh
‼️ Sanitize/cuci tangan selepas masuk kereta & selepas batuk atau bersin
‼️ Pastikan anda berada dalam jarak selamat >1 meter antara satu sama lain: untuk mengelak rembesan air liur dari orang yang batuk & elak bersentuhan
‼️ Menjaga etika batuk dan bersin.
‼️ Duduk di rumah melainkan ada keperluan spt membeli barang harian
‼️ Pastikan tandas duduk sentiasa ditutup
‼️Jangan sentuh berus pd berus gigi dgn tangan sblum membasuh tangan
RUJUKAN (reliable scientific sources/rujukan yg dipercayai):
1. https://www.nejm.org/doi/10.1056/NEJMc2004973
2. https://www.medscape.com/viewarticle/926929
3. https://www.medscape.com/viewarticle/926682
4. https://twitter.com/techinsider/status/1240392196014178306?s=19
Dari Grup Whatsapp
AM: Alhamdulillah, ada hamba Allah yang menyusun pencerahan yang ringkas tapi padat mengenai COVID-19. Begitulah bila telah ada kesedaran tentang peri bahayanya penyakit ini dan telah dilihat sendiri bagaimana kesannya terhadap ramai orang khasnya di negara China, Itali, Iran dan umumnya di Eropah. Pun begitu, di awal arahan Perintah Kawalan Pergerakan ramai yang melanggarnya atau tidak serius mengikutinya kerana beberapa sebab antaranya tidak faham arahan, merasakan ianya tidak serius juga yang mementingkan diri sendiri.
Tetapi apabila kes semakin bertambah dengan drastik dan jumlah kematian juga bertambah, penguatkuasaan juga semakin ketat malah netizen dan artis juga bersuara di media social mengecam mereka yang balik kampung juga golongan yang berdegil seperti sebahagian ahli tabligh yang enggan menjalani pemeriksaan kesihatan walaupun terlibat dengan perhimpunan di Masjid Petaling, juga Dr Pakar Jantung yang sibuk nak berjoging di luar rumah dan abang yang sengaja langgar peraturan dengan kenduri kepala kambing beramai-ramai di Kedah.
Pemimpin bersuara dan merayu agar kekal kuarantin di rumah untuk hentikan penularan penyakit, ulama menasihat dan menyatakan hukum, netizen dan vlogger mengecam, Diva AA memaki hamun dan mencarut hingga akhirnya tentera akan dikerahkan membantu polis dalam penguatkuasaan undang-undang agar penyakit yang membawa kematian beramai-ramai ini dihentikan.
Begitulah keadaannya bila ada kesedaran di kalangan sebahagian masyarakat, betapalah kalau keseluruhannya.
Mari kita meneliti, adakah penyakit lain yang jauh lebih merbahaya dari Covid-19? Dalam Islam telah dijelaskan bahawa nafsu dalam diri itulah yang paling bahaya. Walaupun covid-19 membahayakan tetapi ia asalnya di luar diri kita, telah ada pengalaman orang menghadapinya dan diberi panduan-panduan menghindarinya malah sangat diberi perhatian dalam merawatnya.
Perlu diingat, nafsu di dalam diri kita itu paling bahaya. Bahaya kepada diri kita dan orang lain. Malangnya tidak pernah dibising-bisingkan dan diheboh-hebohkan. Tidak pernah diceritakan secara meluas bagaimana menjaga dan mengawalnya. Padahal nafsu di dalam diri manusia itu telah merosakkan manusia dan dunia. Telah memusnahkan pembangunan, kemajuan dan tamadun.
Tidak ada pun klinik dan hospital yang merawatnya. Ia lebih merbahaya dari Covid-19. Ia menyerang semua orang tidak ada kecualinya. Cina, India, Melayu, Iran, Eropah semua bangsa dan negara, tabligh, ikut perhimpunan atau tak semua kena. Artis, netizen, ahli politik, Polis dan tentera pun kena. Tetapi ramai di kalangan manusia tidak memandangnya merbahaya. Padahal merbahayanya hingga terjun ke neraka.
Yang sibuk balik kampung tu sebahagiannya degil, dah tau tak elok balik, menambah peluang tersebar penyakit tapi degil. Degil itu dari nafsu bukan dari covid-19!
Yang sibuk nak berjoging itu rasa diri pandai, tak mahu ikut arahan. Pentingkan diri. Kalau ribuan orang guna hujah seperti dia, akan ada ribuan orang berjoging, terungkai arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Rasa diri pandai dan pentingkan diri itu penyakit hati, dari nafsu bukan dari corona virus-19!
Yang sibuk pertahankan kononnya lebih takut Allah dari Covid-19 itu sombong, ego sedangkan jelas wabak ini adalah bala kerana dosa-dosa yang terlalu banyak dari semua kita. Tak takutkah siapa yang hantar Covid-19, itulah Allah yang sedang mengugut kita. Di zaman Rasulullah SAW apabila ada hujan lebat dengan ribut petir semua para sahabat berkumpul di masjid ketakutan, apakah kiamat akan berlaku? Apakah Allah sedang murka? Mereka perbanyakkan bertaubat, menambah amalan untuk mendekatkan diri pada Allah bukan mendakwa diri takutkan Allah dan berani dengan ancaman Allah. Ego atau sombong itu dari nafsu bukan dari Covid-19 tapi siapa pedulikan nafsu. Kadang-kadang kita yang nak menegur mereka yang mengikut nafsu pun jika kurang terdidik terikut-ikut nafsu hingga mencaci, menghina bahkan memaki hamun dan mencarut yang semua itu juga akan membawa kita ke lembah dosa.
Mati kerana penyakit lahir kalau ada redha dan sabar setelah berusaha menghadapinya, InsyaAllah akan dianugerahkan keampunan Allah dan syurga dengan rahmat-Nya. Tetapi mati dalam keadaan membawa penyakit hati atau nafsu yang jahat seperti sombong, riyak, ujub, sum’ah, cinta dunia, gila nama dan glamour, pemarah, dengki, tamak, mementingkan diri dan lain-lain hanya akan membawa kepada kemurkaan Allah dan neraka-Nya di akhirat sana.
Villa GISBH Melaka
8.49AM, Mac 21, 2020