SERUAN BANTUAN UNTUK FRONTLINER
“Gais, siapa boleh masuk kerja malam ni?”
“Teamate kita dah 19 orang kena kuarantin.Tak boleh kerja.Kita short staff. Tolong gais!”
Baru sempat nak habis baca mesej,
“Takpe, aku masuk!”
Terima lagi mesej lain.
“Aku boleh sambung double shift!”
Masej lain pula naik.
“Berapa orang lagi tak cukup? Kalau tak cukup, aku masuk!”
Begitulah kami.
Ada yang baru sampai rumah, tak tengok anak seharian. Batalkan niat, masuk kerja balik.
Ada yang baru nak balik untuk rehat. Batalkan niat, masuk kerja balik.
Ada yang baru nak jamah makan. Batalkan niat, sambung kerja balik.
Sebolehnya kami akan pastikan barisan hadapan tak tumbang.
Kalau tumbang, keadaan akan jadi makin parah.
Yang mana rasa letih, letak tepi dulu.
Yang mana lapar, lupakan dulu.
Yang mana nak luangkan bersama keluarga, tangguhkan dulu.
Keadaan sekarang makin kritikal. Makin ramai frontliner yang tumbang.
Semua kes frontliner yang terdedah dengan covid-19 bukan sebab mereka tak ikut SOP.
Tapi, ada pesakit yang degil, tak jujur, selfish!
Berkali-kali ditanya ada kontak rapat dengan tabligh, mati-mati mereka nafikan.
Sekarang 337 staff frontliner dah terdedah.
Abah selalu pesan,
Jangan susahkan orang nanti Allah susahkan hidup kita.
Jika tak mampu senangkan orang, sekurang-kurangnya jangan susahkan orang.
Jika ada dermawan yang ingin beri sumbangan pada frontliner HKL,
Kalau makanan, terus sahaja hantar di Kecemasan HKL.
Kalau sumbangan barang,boleh hubungi bilik gerakan covid 19 HKL:
03-2615 5553
03-2615 5554
03-2615 5556
03-2615 6267 (nombor faks)
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. (Maidah:2)
Bantu saya kongsikan, mungkin ada golongan dermawan dikalangan kawan fb kita. Kita juga dapat pahala.
Dr Ahmad Samhan
-saling bantu membantu-
Kredit: FB Ahmad Samhan