Khidmat GISBH ketika COVID-19
AGIHAN KOTAK MAKANAN UNTUK PETUGAS TANGANI COVID-19
Pada 21 Mac hari Sabtu GISBH Zon Labuan dan Zon Tengah bersama para RPU telah diberi tugasan menyediakan makanan untuk para petugas kesihatan di Hospital Sg Buloh dan di Hospital Selayang serta para anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan Balai Polis Selayang.
Juadah makan malam ini disediakan untuk menghiburkan para petugas di barisan hadapan yang sedang mengekang penularan wabak VOVID-19 yg melanda seluruh dunia termasuk negara kita. Inisiatif ini merupakan tanda sokongan GISBH terhadap pengorbanan para doktor, jururawat, para petugas kesihatan serta para anggota keselamatan yang berdepan risiko jangkitan wabak berkenaan.
Keperihatinan GISBH ini bertujuan menghiburkan mereka dan menyatakan komitmen GISBH untuk bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dalam apa jua situasi.
Dengan panduan YH Dato’ CEO GISBH, tugasan menyediakan juadah diagihkan kepada Restoran Ikhwan Kota Damansara dan Ekhwan Katering. Sebanyak 350 kotak makanan berupa nasi tomato dan nasi ayam telah dihantar bermula jam 6.00 petang.
Para petugas di Hospital Sg Buloh, di Bahagian Kecemasan sangat mengalu-alukan kehadiran wakil GISBH dan para RPU. Boleh dikatakan keseluruhan mereka mengenali GISBH atau IKHWAN. Suasana ceria dan penuh syukur terserlah di wajah masing-masing. 200 kotak makanan serta air minuman Ikhwan akan mereka agihkan kepada semua yang akan bersengkang mata sepanjang malam terutama para doktor, jururawat termasuk kakitangan keselamatan dan petugas kebersihan.
Di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pula, 50 kotak makanan diserahkan kepada Tuan Sarjit Singh, Timbalan Ketua Balai Polis Selayang. Beliau menyatakan ramai anggota mereka sedang bertugas di luar antaranya melaksanakan sekatan jalan bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak ini dipatuhi sepenuhnya.
Apa yg menarik, Tuan Sarjit Singh ini awalnya tidak menyedari kehadiran kami yang telah mendapat kebenaran pegawai bertugas di kaunter untuk mengambil video bagi “Breaking News” Ikhwan TV. Tuan Sarjit agak tidak senang dan menegur,
“Eh di sini tak dibenarkan ambil gambar atau video!! Kalau nak ambil juga kena kat luar sana!”.
Tetapi tiba-tiba nada suaranya berubah. Beliau yang bertubuh tinggi menundukkan kepala dan merenung penampilan kami dan dengan nada suara yang lembut kelihatan mahu menampakkan beliau menghormati kami, beliau berkata,
“Ehh! Cantiknya songkok yang kamu pakai ini.. kamu semua dari mana ni?”
Melihatkan nadanya telah berubah, kami pun terus perkenalkan diri dan baru kami tahu beliau adalah Timbalan Ketua Balai Polis Selayang. Beliau jadi terus mesra dan sudi bergambar sambil menerima sumbangan kotak makanan yg kita berikan.
Turut serta membuat rakaman video ialah En Mohd Afiq Dato’ Ibrahim dari MetroNews Sdn Bhd iaitu sebuah agensi pembekalan bahan berita swasta tempatan.
Kemudiannya, agihan kotak makanan yang masih berbaki di bawa ke lokasi sekatan jalan berdekatan Pasar Borong Selayang menghala ke pusat Bandaraya. Inspektor Syahidan selaku Ketua Operasi Trafik telah menerima 20 kotak makanan untuk tujuh orang anggota polis trafik di mana lebihannya akan dibawa pulang ke rumah masing-masing. Mereka sangat berterima kasih pada GISBH.
Agihan seterusnya kepada petugas kesihatan di Hospital Selayang. Mereka juga terlibat dalam kawalan dan rawatan COVID-19 di mana kawalan kehadiran orang awam di sini lebih ketat. Apabila kami sampai dan memperkenalkan diri darioada GISBH atau IKHWAN, mereka jadi mesra dan menyatakan perlu sebanyak 40 kotak. Berpusu-pusu mereka datang mengambil kotak makanan nasi ayam tersebut sambil mengucapkan terima kasih.
Agihan selebihnya kepada golongan miskin di Perumahan Rakyat Termiskin PPR BERINGIN, Kepong, Selangor.
Rata-rata semua yang kita temui sangat mengenali GISBH dan bertanya,
“Datang dari COUNTRY HOMES ke?”
Wakil GISBH mengambil kesempatan bercerita tentang GISBH yang telah berada di 16 buah negara dan sebagainya disamping memberi kad nama yg mempunyai laman web gisbh.com untuk mereka layari.
Semoga wira-wira negara yang sedang bertugas mempertaruhkan nyawa mengekang wabak COVID-19 ini mendapat hati yang ikhlas berjuang dan berkorban sehingga mendapat keredhaan Allah.
Apa yang GISBH lakukan ini – dengan panduan pimpinan yang berterusan, adalah sekadar menyatakan penghargaan yang setinggi-tingginya terhadap komitmen mereka. Semoga hati-hati kita semua mendapat rasa takutkan Allah dan kami berazam untuk terus memberi sebanyak-banyak perkhidmatan dan pertolongan kepada masyarakat.
_____________________________________
PENYEDIAAN MAKANAN OLEH RANGKAIAN RESTORAN GISBH UNTUK ANGGOTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM
Seterusnya 26 cawangan restoran GISBH akan terlibat menyediakan sarapan, makan tengahari dan makan malam sebanyak 500 pax setiap hari untuk anggota Angkatan Pertahanan Awam.
Ini adalah kerana operasi Pemantauan Covid 19 oleh Jabatan Pertahanan Awam sedang diadakan di bandar-bandar tertentu di Seluruh Malaysia dan pihak GISBH Sdn. Bhd. telah dilantik untuk membekal sarapan, makan tengahari dan makan petang bagi anggota-anggota APM yang bertugas di dalam operasi tersebut.
Makanan berkenaan disediakan oleh Kafe dan Restoran Ikhwan yang terpilih di seluruh negara.
Senarai Restoran
1. Kuala Terengganu
Restoran Ikhwan Kuala Terengganu
Pengurus : Pn Rohizan
No Tel : +60 11-3753 0445
2. Klang
Ikhwan Cafe Bukit Raja Klang
Pengurus : En Anas Zambri
No Tel : +60 19-562 1375
3. Kelantan
Restoran Ikhwan Kota Bharu
Pengurus : I Nik NorAqilah Nik Abd Kadir
No Tel : 01111760313/0164489221
4. Melaka
Ikhwan Cafe Krubong Melaka
Pengurus : Sha’wana binti Yunos
No Tel : +60 11-5670 0571
5. Seremban
Nasi Ayam Hainan Ikhwan Seremban 2
Pengurus : Zaidah bt Manap
No Tel : 013-7051371
6. Kuantan
Restoran Ikhwan Kuantan
Pengurus : Muizzuddin Abdullah Hashim
No Tel : 01121909051
7. Batu Pahat
Restoran Ikhwan Batu Pahat
Pengurus : Ummu Salamah Maskom
No Tel : 01111418737
8. Kuching
Restoran Ikhwan Kuching
Pengurus : Zahin bt. Abd Razak
No Tel : 0109303757
9. Kluang
Ikhwan Cafe Kluang
Pengurus : En Nawawi Dahlan
No Tel : +60195575008 / +601116910575
10. Manjung
Kafe Ikhwan Manjung
Pengurus : Nur Aini Zainal
No Tel : 0189046220
11. Sepang
GH Corner Bandar Enstek
Pengurus : Siti Khadijah
No Tel : 018-2818289
12. Gua Musang
Ikhwan Delights Gua Musang
Pengurus : En Zainal Mamat
No Tel : 018-2024824
13. Kota Kinabalu
Ikhwan Cafe Kota Kinabalu
Pengurus : I. Hizam. El Husna but Kamat
No Tel : +601111048135
14. Segamat
Ikhwan Cafe Segamat
Pengurus : Pn Hamimah Tosem
No Tel : 0187870973
15. Langkawi
Kafe Ikhwan Langkawi
Pengurus : Pn Eisah Yahaya
No Tel : 0194708313
16. Kuala Perlis
Kafe Ikhwan Kuala Perlis
Pengurus : En Jamari Ali
No Tel : 01127081068
17. Pekan
Restoran Nasi Ayam Hainan Pekan
Pengurus : Pn Juwairiah
No Tel : +601111384313
18. Miri
Ikhwan Cafe Miri
Pengurus : Pn Rahmah Yaakob
No Tel : 0148960676
19. Kuala Lipis
Kafe Ikhwan Kuala Lipis
Pengurus : Pn Khaulah Hazan
No Tel : 012-9361332
20. Kota Tinggi
Kafe Ikhwan Kota Tinggi
Pengurus : Cik Aishah Ramli
No Tel : +60103344975
21. Temerloh
Ikhwan Cafe Temerloh
Pengurus : En Zaqwan Abd Hamid
No Tel : 01127423151
22. Rompin
GH Corner Kuala Rompin
Pengurus : En Akashah
No Tel : 0167193681 / 01119420042
23. Labuan
Ikhwan Delights Labuan
Pengurus : En Fateh Nordin
No Tel : 0137041285
24. Cameron Highlands
Ikhwan Delights Cameron Highlands
Pengurus : En Jundullah
No Tel : 018-3920480
25. Kuala Lumpur
Restoran Ikhwan Kuala Lumpur
Pengurus : Pn Sha’wana Abd Halim
No Tel : 014-6815594
26. Putrajaya & Ibu Pejabat APM
Kafe Ikhwan Putrajaya
Pengurus : En Abu Nuaim Ahmad
No Tel : 014-3411442
Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi
En Hakim Abdullah
+60127760313