COVID-19 | Solat Hajat Serentak Seluruh Negara Esok
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Solat Hajat dilakukan secara serentak di seluruh negara esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu kenyataan media memaklumkan, waktu yang dicadangkan adalah seperti berikut:
Tarikh : 27 Mac 2020, bersamaan 3 Sya’ban 1441H
Masa : Selepas Solat Zohor
Tempat : Kediaman masing-masing
Dalam pada itu, Datuk Dr Zulkifli menyeru agar seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam menyahut titah Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Solat Hajat secara serentak esok dilaksana di rumah masing-masing sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.