AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

GISBH JOHOR BAHRU MENYANTUNI FRONT LINERS COVID-19

Kongsikan kepada yang lain
Share
Sila klik untuk video

Setiap hari Jumaat pihak GISBH Johor Bahru melalui Ikhwan Cafe Mutiara Rini membuat agihan Jumaat Box Berkat. Semalam Jumaat Box Berkat di agihkan kepada wira-wira menangani Covid-19 di lapangan khasnya Front Liners. Mudah-mudahan dengan Allah datangkan ujian wabak COVID 19 akan bertambah rasa takut kepada-Nya di hati-hati manusia, juga bertambah ukhuwah dan kasih sayang dengan saling bertolong bantu di semua peringkat masyarakat.

PROGRAM JUMAAT BOX BERKAT

-27/03/2020

Lokasi:

– Balai Polis Mutiara Rini.

– IPD Iskandar Puteri

-Post Sekatan Jalanraya

Golongan Sasaran:

– PDRM

– ATM

– Jabatan Pertahanan Awam (JPA)

Penglibatan

– Remaja Pembela Ummah GISBH

Menu masakan:

-Nasi Tomato

-Donut Ikhwan

-Buah Tembikai

-Air Ikhwan

Jumlah Agihan:

-100 Pax

Respon:

Inspektor Rosdi:

Terima kasih kepada GISBH atas keprihatinan menyumbang JBB kepada kami anggota keselamatan

Sub Inspektor Md Tajul Ariffin: Terima kasih banyak pada pihak GISBH Mutiara Rini atas sumbangan makanan kepada kami yang bertugas.

Sarjan Salimin dari IPD Iskandar Puteri yang sanggup datang ke MR untuk mengiringi pihak GISBH menggunakan kenderaan sendiri sehingga ke IPD Iskandar Puteri. Beliau telah memaklumkan kepada pos-pos sekatan jalanraya tentang kehadiran pihak GISBH yang akan memberi sumbangan JBB. Dengan bantuannya memudahkan pergerakan para RPU GISBH ke pos-pos yang lain.

Firman Allah:

وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Al-Maaidah; 2

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *