AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

SANA-SINI COVID-19 30.03.2020

Kongsikan kepada yang lain
Share
62 orang perlukan bantuan pernafasan. Ya Allah cukupkan segala peralatan di pusat-pusat rawatan. Aamiin.

Dekat 40 ribu orang yang telah lalui ujian saringan. Moga Allah pelihara seluruh rakyat Malaysia.
Oh Johor antara yang paling ramai dijangkiti. Mohon kekal berada di rumah. Jangan keluar kecuali terlalu penting.
Semalam dengar rakaman pesakit yang sayu dan menyedihkan, rupanya tak lama lepas itu dia meninggal dunia.
Kalau semua orang berdisiplin dan bertanggung jawab, InsyaAllah rantaian covid-19 ini akan dapat diputuskan dengan banyak. Is akan menurun. Semua rakyat Malaysia kena hayati Rukun Negara. Jangan hanya pentingkan diri.

Apa-apa masalah call je no ni. Bertanya pada yang betul-betul memberi jawapan bukan bergantung kepada mesej yang viral sedangkan belum tentu benar atau salah. Syarikat-Syarikat telekomunikasi bagi free je perkhidmatan tak boleh ke sebagai CSR, selama ni dah untung banyak pun. Macam Digi yang Anjang pakai ni… 3 bulan bagi free ada bran ke?!
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang ketiga dikenakan di Menara City One, Jalan Mushi Abdullah, KL. Ia melibatkan 3,200 penghuni di 502 kondominium dan premis perniagaan berkuatkuasa 31 Mac hingga 13 April. Sebanyak 17 kes positif #COVID19 di menara itu.
Mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara WAJIB asingkan diri selama 14 hari, 24 jam tanpa pilihan. Baca pesanan daripada Ketua Pengarah Kesihatan kita, @DGHisham
Dr Adham Baba Mengiringi Tan Sri @MuhyiddinYassin melawat Pusat Kuarantin & Rawatan Covid Berisiko Rendah (PRCBR) MAEPS, Serdang. PRCBR adalah langkah awal berdepan dengan kemungkinan akan bakal dihadapi. Ianya berkapasiti sehingga 600 orang pesakit COVID-19 pada satu-satu masa. #StayHome

Pusat Kuarantin dan Rawatan Pesakit COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS adalah persediaan negara jika pesakit terus meningkat. Pusat itu menyediakan 600 katil dgn kemudahan spt WiFi, komputer, lounge dan surau. Perkhidmatan disediakan antaranya klinikal, ruang ‘resuscitation’
untuk menstabilkan pesakit ketika dalam kecemasan dan wad pesakit dalam untuk pesakit COVID-19. Ketika ini, Pusat Kusta dan ILKKM di Sg Buloh masih mampu menempatkan pesakit COVID-19 di Lembah Klang.

Kumpulan pertama pesakit #COVID19 daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sudah pulih dan boleh balik. Alhamdulillah. – Ketua Pengarah Kesihatan @DGHisham

Moga rakyat Malaysia lebih berdisiplin dan tak perlu dirotan

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2020/03/medium-4-2.mov

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *