Sawah GISBH dan Cita-cita Datuk PE
Semalam Khamis 2hb April 2020, Ybhg Datuk PE telah mengadakan lawatan ke projek pertanian Ikhwan di Indonesia iaitu Sawah Padi di Tanjung Rasa dan Singasari.
Sawah Cariu
Lokasi:
Kampung Pamipiran, Desa Tanjung Rasa, Kecamatan Tanjungsari.
Keluasan: 3.5 hektar
Datuk berpesan,
“Kalau ini baru kali pertama kita cuba bertanam padi, kenalah belajar, buat catatan atas setiap apa yang berlaku, nanti satu masa kita boleh belajar dari pengalaman yang sudah berlaku melalui catatan kita sendiri.”
Kata Pak Faisal,
“Kalau sawah padi yang sedang kita usahakan, jika menjadi seperti yang Pak David targetkan, maka hasilnya dapat menampung keperluan Zon GISBH Jawa 1 selama 2 tahun.”
Datuk PE merespon,
“Janganlah nak selesai tempat kita saja, janganlah tengok tempat kita saja, macamana tempat lain? Kenalah dapat selesaikan seluruh Indonesia juga Malaysia.”
Begitulah bagaimana Ybhg Datuk PE memandu cara bertindak dan berperasaan setiap anak buahnya. Semuanya itu dari besarnya jiwa beliau yang hendak selesaikan masalah dunia ini. Memang beliau sebut sebelum ini cita-citanya agar Seluruh Indonesia dan Malaysia menikmati faedah percubaan GISB menggunakan teknologi Fateh yang diasaskan oleh Pak
David.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
Adakah wabak Covid-19 ini Allah datangkan sebagai azab kerana manusia kufur kepada-Nya?
Allah sahaja yang mengetahui.
SAWAH PADI YANG BARU DIUSAHAKAN DI KLAPANUNGGAL.
Lokasi:
Perum Ray, Koperumnas Singasari Residence, Singasari, Jonggol.
Keluasan:
8.8 hektar.