AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

KASIH SAYANG DATUK PE TERHADAP TERNAKAN GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share
Adalah menjadi hasrat YBhg Datuk Mohd Rasidi Abdullah agar seluruh kehidupan staf GISBH mengikut cara hidup Islam di bidang apa sahaja yang mereka ceburi termasuklah di bidang pertanian dan penternakan agar terhubung hati kepada Allah walau bagaimana suasana sekalipun.
Sebagai pemimpin beliau menjadi contoh kepada semua staf di semua sudut seperti kasih sayangnya terserlah walaupun terhadap haiwan ternakan. Ia berlaku secara praktikal di depan mata dan mudah ditiru. Haiwan juga makhluk Allah yang punya perasaan.
Lembu-lembu Ikhwan ini asalnya dibeli sebanyak 20 ekor. Sekarang tinggal 13 ekor di kandang kerana 3 ekor sakit, 2 ekor pula disembelih untuk keperluan perniagaan Butcher Ikhwan dan 2 ekor lagi sedang dibuat experiment untuk mengkaji keberkesanan ‘Fateh Ruminansia’.
Projek atas nama Allah dan Rasul walau kecil macam mana sekalipun sangat dipastikan agar menepati kehendak Allah dan Rasul apatah lagi ia semakin membesar. Setakat ini, jualan tahun pertama adalah sebanyak 17 ekor lembu dan jualan tahun ke 2 pula meningkat sebanyak 22 ekor lembu.
Bila melihat anak kerbau yang semakin ceria, Datuk PE bertanya beratnya. Alhamdulillah selepas 8 hari beratnya bertambah 10kg menjadi 41kg.
Datuk PE juga ada bertanyakan, adakah susu ibunya dah ada dan banyak? Dan memberi panduan agar digunakan ‘Fateh’ untuk menambahkan susu ibunya agar cukup untuk anaknya. Datuk PE juga membenarkan diambil susu kerbau tersebut untuk keperluan staf tetapi dipastikan ianya cukup untuk anaknya terlebih dahulu.
Datuk PE mengajar agar membeli lembu-lembu yang kurus untuk di gemukkan di Wadi Harapan. G Paling rendah sekitar 100kg dan paling berat sekitar 300kg.ISBH.
Taat, nama yang berkat diberi oleh Datuk Mohd Rasidi.
Kenaikan berat badan perhari di Penternakan Ikhwan ini 1.7kg/ekor = 51kg/bulan
Lembu-lembu di sini tidak digembala di ladang.
Di sini digunakan sistem Fidlot sepenuhnya. Najis dibersihkan 2x 1 hari. Dimandikan 2x 1 hari.

Selamat tinggal Taat, nanti Datuk PE dan Ibu datang lagi…
YBhg Datuk PE bukan sahaja sangat menjaga pembangunan insaniah staf GISBH seluruh dunia khasnya di zon-zon bawah beliau, bahkan sangat turun padang melihat setiap projek sambil memberi panduan dan kasih sayang hatta kepada haiwan ternakan.

Campuran makanan lembu-lembu ini ialah:

-Kulit kopi

-Hampas sawit

– Onggok (Hampas ubi kayu)

-Kopra (hampas kulit kelapa)

-DDGS (jagung yang dah diambil zatnya)

-Jagung giling

– polard

– dedak padi

– kacang Soya

-Garam

-Vitamin mineral

InsyaaAllah selepas pandemi COVIC 19 ini akan kembali membeli lembu yang baru.

Moga Allah bantu setiap aktiviti GISBH yang dibuat atas nama Allah dan Rasul-Nya.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *