OFFICIAL: PENJELASAN KHAS CEO GISBH YH DATO’ LOKMAN HAKIM PFORDTEN
TEKS KENYATAAN YH TUAN DATO’ LOKMAN HAKIM PFORDTEN – CEO GISB HOLDINGS
Assalamualaikum wrb (…..)
Saya mewakili seluruh Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings Sdn Bhd serta staf dan ahli keluarga, ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan staf syarikat Albab Family Trading (AFT) atas pemergian YBhg Ustaz Hashim Muhammad, Pengerusi AFT atas faktor kesihatan. Semoga roh Almarhum di tempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang bertakwa.
Di kesempatan ini juga, saya berdoa agar seluruh staf dan ahli keluarga AFT menerima ujian ini dengan penuh kesabaran. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, dijauhi dan dilindungi Allah SWT dari segala musibah dan wabak penyakit.
Bagi menjawab persoalan dan kekeliruan masyarakat, sebagaimana yang kita ketahui, Albab Family Trading (AFT) adalah syarikat perniagaan yang turut sama memperjuangkan ekonomi islam dengan beberapa cabang perniagaan dan perkhidmatan. Walaupun begitu, syarikat AFT dan GISBH adalah dua entiti yang berbeza dari struktur organisasinya.
Pusat Perniagaan AFT adalah di sekitar Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan, manakala Pusat Perniagaan GISBH Cawangan Negeri Sembilan pula terletak di bandar Seremban 2 dan Bandar Enstek.
Moga Allah merahmati semua umat Islam yang ingin melaksanakan tuntutan fardhu kifayah walau atas nama apa sekalipun.
Akhir kata, sekali lagi, sebagai mewakili seluruh staf GISBH, saya ucapkan takziah khasnya kepada keluaraga Almarhum Ustaz Hashim Muhammad dan seluruh staf AFT. Moga Allah meredhai kita semua.
Sekian.
Wassalamualaikum.
Hospital Tuanku Jaafar Seremban
Hospital Tuanku Ja’afar
Hospital Tuanku Jaafar Seremban
#Covid19 #BandarSriSendayan #MukimLabu
- https://www anjangmuor com/2020/04/14/official-penjelasan-khas-ceo-gisbh-yh-dato-lokman-hakim-pfordten/ (15)