AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

BERAKHLAK MULIALAH

Kongsikan kepada yang lain
Share

BERAKHLAK MULIALAH

Watak semulajadi manusia,
terutama perempuan,
kalau rasa bertuhan lemah,
suka menunjuk-nunjuk
Kalau mukanya cantik,
dia suka orang mengambil perhatian kepadanya

Jika dia berpakaian,
dia suka orang melihatnya cantik dan menarik

Sekiranya suaranya sedap,
dia ingin menarik perhatian orang dengan suaranya yang merdu

Begitulah juga jika seseorang itu petah bercakap hendak sangat bercakap untuk orang memujinya

Jika dia sasa, tegap, berani, suka menceritakan keberanian dan kehandalannya
Sengaja dia cari-cari fasal bagaimana boleh menceritakan kehebatannya

Seterusnya di dalam pergaulan suka menceritakan kepandaian, kebolehan, keberaniannya

Hingga setengah orang untuk menarik perhatian orang,
tidak segan-segan silu menceritakan di tempat kerjanya ramai perempuan atau laki-laki jatuh hati dengannya

Bahkan perangai manusia itu,
di tengah ramai, apa sahaja kelebihan yang ada pada dirinya dia akan bercerita
Dia akan cari jalan bagaimana dia hendak promosikan dirinya

Sikap ini ada beberapa perkara akan berlaku kalau kita perhati di dalam pergaulan
Sebenarnya yang mengambil perhatian itu sedikit sangat, yang ramai tidak peduli pun,
Kerana bukan kita seorang manusia
Orang lain manusia juga

Sikap menunjuk-nunjuk ini mengundang kebencian orang, orang meluat. Kalau orang benci apa untungnya?!

Perhatian orang pada seseorang hingga orang jatuh hati padanya
sekalipun orang itu tidak suka orang mengambil perhatian ialah akhlaknya

Orang jatuh hati dengan akhlak,
Seperti tawadhuknya, kemesraannya, kasih sayang, timbang rasa, bertolak ansur, mahu berlebih kurang, pemaafnya, suka meminta maaf, perikemanusiaannya

Akhlak itulah orang jatuh hati, akhlak itulah orang senang hati, akhlak itulah orang perhati

Orang itu buruk pun tidak mengapa, akhlak itulah mencantikkannya
Pakaian tidak menarik pun tidak mengapa, tapi akhlak yang mulia itulah tarikan manusia.

Kepercayaan orang adalah pada akhlaknya bukan selainnya
Akhlak adalah bunga diri,
Tidak ada bunga diri, tidak ada perhatian manusia.

Berakhlak mulialah sekalipun kita tidak hendak perhatian manusia,
Perhatian manusia sudah pasti ada

Menjelang tidur
08.02.2004

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

One thought on “BERAKHLAK MULIALAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *