AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Alhamdulillah Pak Latip selamat

Kongsikan kepada yang lain
Share
Keadaan dalam kereta Pak Latip

Kemalangan itu berlaku dengan begitu pantas. Ketika itu saya masih sedar. Dapat buka pintu kereta dan keluar sendiri. Kemudian berhenti sebuah van dan sebuah kereta putih.

“Pak Cik tak cedera?” Tanya seorang dari mereka.

“Tidak…”jawab saya.

“Kami nampak dari jauh. Kereta Pak Cik melambung dan terbalik. Kemudian terletak pada kedudukan begini,” katanya.

Jalan itu lurus. Tidak pasti pula ketika itu mereka berada di belakang atau di depan.

Patut cermin kereta depan pecah dan cermin kereta belakang tercabut. Bag keselamatan yang terbuka secara otomatik pecah. Mungkin terkena serpihan kaca.

Saya hubungi Shukri (anak) bila dia sampai terus bawa ke hospital Jelebu di pekan Kuala Klawang.

Saya disuruh baring di atas katil dan petugas perubatan pereksa jika ada anggota yang cedera atau patah.

“Ada rasa sakit di mana-mana?” Tanya doktor.

“Ada pada dada, kepala rasa pening dan perut senak.”

“Pak Cik ada darah tinggi?”

“Tak ada…”

“Kencing manis?”

“Tak ada…”

“Ada alahan ubat?”

“Tak ada…”

“Kejap lagi Pak Cik akan di xray …”

Kemudian diberi suntikan ubat tahan sakit. Sementara menunggu dibawa ke bilik xray saya disuruh terus baring atas katil. Ramai petugas yang datang.

“Ini Pak Latip penulis novel sejarah. Masa saya belajar di Mesir dia ada datang,” kata seorang doktor.

Saya teringat beberapa tahun yang lalu memang pernah pergi ke Mesir untuk menjejak sejarah hidup Hassan al Banna, novelnya sudah terbit.

Pelajar Malaysia di Mesir yang membantu menjejak sejarah hidup tokoh Ikhwanul Muslimin itu. Mereka yang jadi jurubahasa kerana saya tidak tahu bahasa Arab. Terima kasih kerana mereka masih ingat.

“Kami dah xray dada tidak ada tulang dada yang patah atau retak. Sudah scan perut tidak ada perdarahan dalam perut. Kejap lagi Pak Latip boleh balik dan berehat di rumah,” kata doktor.

Kemudian saya terus ke balai polis Kuala Klawang untuk buat laporan di bahagian trafik.

Di sini ingin saya mengucapkan terima kasih kepada doktor dan petugas kesihatan hospital daerah Jelebu. Dan terima kasih juga kepada Polis Trafik Jelebu.

Alhamdulillah dan terima kasih…

Dari FB Pak Latip

Untuk membeli buku-buku Pak Latip, sila klik link di bawah:
http://www.paklatip.com

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *