AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

MENYANTUNI PARA PETANI

Kongsikan kepada yang lain
Share


Salam ceria.
Apa khabar semua? Semoga sihat sentiasa di rumah. Apa aktiviti? Moga-moga semuanya bermanfaat. Ramai yang bertanya aktiviti GISBH sekarang selain berkurung di rumah. Hari ini anjang nak kongsikan sikit cerita dari Kilang Mi Ikhwan, Tanjung Karang.Pada 15 April, kilang Mi Ikhwan telah dihubungi YB Rozana Zainal dan menyatakan hasratnya untuk mengagihkan barangan keperluan kepada petani dan beliau mengajak untuk sama-sama menyumbang.

Atas panduan daripada YBhg Tuan Fadhil Yasin dan Tuan Rahman Said untuk pihak kilang menyumbang Mi Ikhwan sebanyak 200 bungkus. YB Rozana berbesar hati di atas kesudian pihak GISBH untuk sama-sama menyumbang.

Pada 16hb April 2020, Kilang Mi Ikhwan telah menghantar mi tersebut di pejabat ADUN Permatang, di mana ketika itu, YB Rozana Zainal Abidin menunggu untuk menerima sumbangan tersebut untuk diagihkan kepada pesawah-pesawah sekitar DUN Permatang.

Sebelum ini, YB Rozana juga sering menjemput pihak GISBH untuk menyertai expo yang dibuat oleh pihaknya.

Di atas sumbangan yang diberikan dari pihak GISBH YB Rozana berhasrat untuk menempah Mi Sanggul pula, untuk diagihkan pada program yang akan datang.

Mi Sanggul Ikhwan

YB Rozana juga telah mengirimkan link program tersebut dimana turut dinyatkan sumbangan dari pihak GISBH berupa mi kuning.
Link: https://selangortv.my/adn-permatang-hargai-jasa-warga-petani/

Sebenarnya beramal dengan sedekah atau memberi hadiah ini dibenarkan secara sembunyi atau terang-terangan sepertimana firman Allah,

‎ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُم بِٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-Baqarah: 274



Jelas firman Allah di sini bahawa memberi secara terang dibenarkan. Yang tidak dibenarkan ialah ketika memberi ada niat selain Allah jadi itulah yang dirawat kalau ada. Janganlah kita pukul samarata. Lebih-lebih lagi kalau yang memberi bukan atas nama peribadi, tetapi atas nama syarikat untuk berbakti kepada masyarakat agar masyarakat lebih kenal kepada syarikat Islam. Moga-moga mereka terus memberi sokongan kepada projek-projek Fardhu Kifayah. Jangan lupa #BMF walaupun kita di musim Covid-19.

Lagipun memberi secara terang-terang ini memberi semangat kepada semua orang untuk sama-sama menirunya, maka berlakulah;

‎فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِ ۚ

oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan
Al-Baqarah: 148

Tapi kalau hati yang ada hasad tetap akan mengatakan, itu istidraj atau haramlah dan sebagainya. Begitulah mereka menilai. Yang tak istidraj tu macam mana? Mungkin bila Allah uji kita macam-macam dari atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang baru dikatakan ini bukan istidraj tetapi proses dari Allah.


Para pembaca AM semua, nak kenal istidraj tu lihat bagaimana ujian itu diterima, kalau aqidahnya tak tergugat, syariatnya tetap kemas, akhlaknya kekal mulia dengan ujian kesusahan mahupun kemewahan itu bukan istidraj. Itu kemuliaan dari Allah samada dari ketakwaan atau karamah atau keberkatan. Tapi kalau baru teruji sedikit dah menyalahkan orang, tak menerima hakikat apa yang berlaku, kita takut Allah akan uji lagi supaya hilang ego yang telah bertahun-tahun subur di hati kerana tak ada siapa berani menegurnya. Kali ini, kalau Allah sendiri bertindak, kita belum tunduk kepada kebenaran, fahamilah kita sudah semakin tersasar jatuh dari track. Sesungguhnya teguran ini untuk anjang sendiri sebelum para pembaca sekalian. Moga semakin ramai orang yang ingin bersedekah dan menderma khasnya sepanjang bulan Ramadhan ini. Aamiin ya Allah.

Jumpa lagi. Salam pintu Ramadhan 1441 H.

AB Bandar Kuarantin
7.05 am, Apr 22, 2020

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *