Tony Fernandes baca buku apa?
Maklumat menarik mengenai buku di tangan Tony.
1 – Karya itu berjudul Syamail Muhammadiah (Membincangkan Sifat-sifat Nabi Muhammad dari sudut jasad dan akhlak).
2 – Dikarang oleh ulama’ hadis kurun ke 3 hijrah yang bernama Imam Abu Isa Muhammad bin Isa At-tarmizi.
3 – Di dalam karya tersebut mempunyai 56 bab, bermula dari bab menceritakan jasad bermula dari hujung rambut sehingga hujung kaki.
4 – Bukan sekadar jasad baginda, tapi tutur cara memakai, makan, minum dan akhlak baginda dikhabarkan dalam karya tersebut.
5 – Ada juga bab yang dibawa datang mengenai pakaian nabi, haiwan peliharaan, tunggangan nabi, baju perang dan pedang nabi. Di sini dinyatakan bahawa semuanya itu mempunyai nama-nama yang baginda letakkan padanya.
6 – Hubungi muamalat baginda nabi bersama para sahabat dan isteri-isteri baginda, sama ada dalam bentuk serius mahupun bergurau senda. Bagaimana baginda ketawa dan sedih dicatatkan dalam karya ini.
7 – Karya ini merupakan salah satu karya agong yang diulang baca seantero dunia.
8 – Karya ini diakhiri dengan bab membincangkan perihal mimpi bertemu baginda Nabi.
9 – Sebelum diakhiri dengan bab tersebut, Imam Tarmizi membawa kisah mengenai kewafatan baginda nabi, bagaimana suasana dan perasaan para sahabat apabila ditimpa dengan khabar kewafatan nabi.
10 – Kita sebagai umat nabi Muhammad s.a.w begitu beruntung dapat mengenal baginda melalui perantaraan ulama yang sanggup berpenat lelah mengumpul hadis perihal baginda dari sifat luaran dan dalam, dari perihal hidup sehingga wafat.
11 – Kenapa begitu sekali ulama usahakan? Kerana ingin memberikan umat manusia cinta dan kasihkan baginda nabi, walaupun sudah 1400 tahun lebih kita berpisah dengan baginda. Kita umat akhir zaman yang beruntung dan bahagia jika dapat mengenal baginda.
12 – Syamail kata gandaan dari Syamilah yang bermaksud karektaristik.
شميلة (مفرد) شمائل (جمع).
Kredit: Twitter cicit Wan Salleh