Intipati Ucapan PM Sempena Hari Pekerja 2020
Intipati Ucapan PM Sempena Hari Pekerja 2020
- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan oleh kerajaan secara berhati hati.
- Bermula 4 Mei 2020, sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan.
- Rakyat boleh bersukan dengan syarat mengelakkan sentuhan seperti badminton dan aktiviti yang tidak melebihi 10 orang dengan mengamalkan penjarakan sosial.
- Semua jenis perhimpunan seperti rumah terbuka, majlis berbuka puasa termasuk solat jumaat, tidak dibenarkan.
- Perjalanan rentas sempadan tidak dibenarkan termasuk balik kampung untuk beraya.
- Restoran-restoran dibenarkan beroperasi dengan mengikup SOP penjarakan sosial. Pelanggan diambil suhu badan dan maklumat pelanggan dicatatkan. Peniaga dan pekerja mesti pakai face mask.
- Majikan dipohon memberi kebenaran bekerja dari rumah adalah digalakkan supaya anak tidak dihantar ke pusat jagaan.
- Penjawat awam juga akan mula bertugas pada 4 Mei 2020. Ketua-ketua jabatan diminta menyusun jadual supaya pekerja boleh bekerja dari rumah.
- Elakkan berkumpul ramai-ramai di kejiranan.
- Jika ada kes, cepat-cepat laporkan kepada pihak berkaitan.
- Aplikasi MySejahtera diwujudkan untuk melaporkan kes-kes.
- Pekerja mesti mematuhi akta2 yg sedang berkuatkuasa.
- Selamat Hari Pekerja 2020.